PKR bukan saja berperang politik dengan BN. Nampaknya sudah memasuki fasa baru, iaitu sudah berani menyanggah titah dan perkenan sultan. Sedikit demi sedikit kenyataan pemimpin PKR sudah secara langsung ditujukan kepada batang hidung sultan. Selama ini mereka masih cakap berlapik.
Bermula dengan serangan pertama secara terbuka yang dilakukan oleh rangkaian 3A –Anwar-Azizah –Azmin secara terang dan jelas memperlekehkan ketuanan melayu yang dipayungi raja-raja melayu, kini fasa yang lebih nekad telah dilakukan oleh Adun PKR Sri Muda.
Persoalannya sampai mana tahap serangan yang mengaibkan raja-raja ini boleh dibiarkan berlaku tanpa perlu dikenakan apa-apa tindakan d an hukuman?
Apakah Raja-Raja Melayu harus dibiarkan mencemar duli berperang mulut dengan rakyat baginda secara langsung?
Kemana perginya memanda menteri yang sepatutnya bertanggungjawab melindungi raja-raja dari menerima aib secara langsung dari rakyatnya?
Apakah memanda menteri perlu menunggu arahan dari Raja-raja “tangkaplah si penderhaka durjana yang telah mengaibkan beta”.
Memanda menteri perlu ingat! Mahu tidak mahu kamu sudah berada di posisi kuasa yang membolehkan kamu bertindak. Kuasa itu ada kepada kamu. Mahu tidak mahu kamu telah memegang kedudukan ini. Kamu tidak boleh lari dari tanggungjawab memelihara kesucian dan kredibiliti institusi terpenting Negara, iaitu Institusi Raja-Raja yang menaungi seluruh kerajaannya.
Apa akan terjadi jika ada dikalangan rakyat yang taat dan menjunjung kesucian Institusi raja ini hilang sabar, lantas bertindak secara sendirian memerangi golongan yang menderhaka kepada raja ini? Tidakkah nanti keadaan ini akan mengundang keadaan yang lebih sulit?
Cakap banyak tidak guna. Kalau sudah tidak ada kudrat untuk bertindak bagi membendung situasi ini atau tidak ada kekuatan diri untuk menggunakan akta-akta tertentu yang telah diperuntukan untuk mensabit hukum mereka-mereka yang jelas menderhaka, janganlah duduk lagi di portfolio ini.
Memegang terus portfolio ini tanpa melakukan apa-apa tindakan melindungi raja-raja melayu dari menerima aib secara langsung dari rakyat baginda, adalah satu bentuk penghinaan yang lebih besar kepada institusi raja dari penghinaan yang telah dilakukan oleh YB kurang ajar PKR ini.
Andai kata satu hari nanti lebih ramai kalangan rakyat secara terbuka menghentam raja-raja melayu sehingga mendatangkan kerosakan besar dari segi kehormatan dan kemuliaan institusi ini dipandangan mata rakyat, maka memanda menterilah yang seharusnya memikul penghinaan ini sehingga 7 keturunan.
Selamatkanlah institusi raja ini dari terus diaibkan. Tunjukkanlahkejantanan.
Salam tuan,
ReplyDeletemohon dilinkkan blog Pahang-ku ~ http://pahang-ku.blogspot.com