Wednesday, May 25, 2011

ANWAR BHD DILETAK DI BAWAH PN17

Pemikiran Anwar semakin hari semakin tidak stabil. Benarlah seperti yang disebut oleh Eskay. 

Pasaran saham yang tidak stabil sangat berisiko tinggi. Boleh untung dan boleh rugi sekelip mata. Pelabur yang bijak akan bertindak menjauhi pasaran yo-yo seperti ini. Hanya pelabur yang tamak atau bodoh saja yang akan melabur dalam pasaran sebegini.

Pelabur yang bijak akan memilih pasaran saham yang kukuh fundamental dan stabil pergerakannya.

Pemikiran Anwar ibarat pasaran saham mexico. Tidak boleh dipercayai kerana faktor ketidakstabilan dan tiada asas yang kukuh. Terlalu bersifat spekulatif. Sangat terkesan dengan persekitaran.

Anwar Bhd boleh diibaratkan sebagai sebuah syarikat yang sangat tinggi gearingnya. Liability melebihi aset dengan ketara. Sebuah kaunter yang sedang mengalami kerugian yang sangat besar akibat dari masalah fundamental yang kronik. Kesilapan dalam membuat keputusan pelaburan di tempat yang bukan-bukan telah menyebabkan Anwar Bhd menanggung kerugian besar. Pelaburan dan projek yang dijalankan oleh Anwar Bhd tidak dimaklumkan kepada pihak berwajib atau Securities Commission kerana Anwar Bhd melabur ditempat yang haram dan tidak dibenarkan oleh peraturan.

Harga pasaran Anwar Bhd bergantung penuh kepada pembelian spekulatif kerana faktor fundamental sudah tidak boleh lagi membantu untuk tujuan pengukuhan nilai sahamnya.

Kita boleh analisa faktor kebergantungan Anwar Bhd terhadap faktor spekulatif dalam mempertahankan harga dirinya dari jatuh merudum. Faktor fundamental yang sudah rosak binasa telah cuba ditutup dengan membuat pelbagai pengumuman yang bersifat spekulatif.

Antara pengumuman spekulatif yang cuba disebarkan, antaranya ialah menyatakan wujudnya konspirasi politik khususnya oleh PM sendiri.

Bagaimana pula PM boleh mencampuri urusan dalaman Anwar Bhd sedangkan Anwar Bhd berkuasa penuh terhadap pengurusan dirinya. Jika Anwar Bhd melabur ditempat yang menyalahi peraturan itu adalah keputusan dia sendiri. Melainkan jika PM sendiri mempengaruhinya supaya melakukan perkara-perkara yang menyalahi peraturan itu dan Anwar Bhd menurut saja seperti mana yang disuruh oleh PM.

Apabila pemegang saham mendapati wujud pelanggaran dari segi peraturan yang dilakukan oleh pengurusan Anwar Bhd, maka selaku pemegang saham yang berhak mengetahui kedudukan dan perilaku pihak pengurusan, adalah tidak salah untuk pemegang saham melapurkan salah laku yang terjadi kepada pihak berwajib.

Pihak berwajib pula sudah tentu mempunyai asas untuk menyiasat kedudukan sebenar jika wujud lapuran dari pemegang saham. Jika wujud kebenaran dari siasatan yang dijalankan, maka pihak berwajib mengikut kuasa-kuasa yang ada boleh mencela syarikat Anwar Bhd dan diletakkan di bawah kaunter PN17 atau di bawah senarai hitam dan digantung dari terus menjalankan kempen-kempen spekulatif yang boleh menjejaskan kestabilan pasaran saham keseluruhannya.

Hanya pemegang-pemegang saham jenis taksub saja yang akan terus mempertahankan pelaburannya di dalam kaunter yang jelas menyeleweng dan melakukan penipuan demi penipuan dalam menjalankan transaksi politiknya. 

Mereka adalah pelabur yang bodoh tidak boleh diajar dan pandainya tidak boleh diikut.

1 comment:

  1. A good market analysis, this counter's fundamentals has been over looked. Too many 'back door' listing, ploughing in unapproved foreign territory and losses in it's 'omega dealing' may also be a cause.....

    ReplyDelete