Kita orang melayu sebenarnya bukan prihatin sangat pun dengan masalah- masalah yang berbangkit di kalangan masyarakat kita. Melayu lebih cenderung kepada isu-isu politik dan politiking. Lebih tepat lagi politik retorik, teguran retorik dan kritikan retorik. Tiada elemen yang constructive.
Kalau bab mengulas dn mengkritik serahlah kepada melayu. Tetapi ulasan isu ini kebanyakannya hanya dikupas secara permukaan saja.
Mengulas untuk sekadar mengkritik tidak sama dengan mengulas untuk tujuan tercapainya misi survival bangsa. Jika sekadar hanya untuk mengulas dan mengkritik, kelebihan ini hakikatnya ada pada semua orang.
Inilah yang membezakan pimpinan melayu dan pimpinan cina. Niat dan fokus pemimpin cina lebih betul berbanding dengan pimpinan melayu.
Contoh terbaru ialah soal isu biasiswa untuk pelajar cemerlang. Berbeza sekali keprihatinan Chua Soi Lek dan Wee Ka Siong, jika dibandingkan dengan pemimpin melayu. Pimpinan melayu samada dari UMNO, Pas atau PKR tidak tahu untuk mengemukakan desakan dan saranan bagaimana harus dilaksanakan mekanisma pemberian biasiswa ini. Tiada suara yang bangkit untuk menyanggah desakan Chua Soi Lek dan Wee Kah Siong.
Melayu gagal memberi pandangan dan cadangan bagaimana mahu diselesaikan isu pemberian biasiswa pelajar cemerlang ini. Pada hal isu ini saban tahun terus dijuarai oleh pemimpin MCA. DAP pula begitu bersefahaman sekali dengan MCA dalam menghadapi isu ini. DAP diam membisu kerana DAP tahu MCA mampu melakukannya dengan berkesan. Jadi DAP tidak payah masuk campur. DAP sedar, kalau dia masuk campur ada kemungkinan desakan yang dibuat oleh MCA akan menyebabkan matlamat untuk menjayakan pemberian biasiswa secara meritokrasi akan gagal.
Bila isu biasiswa ini dimainkan di dalam komponen BN, maka pucuk pimpinan akan tersepit dan harus menyelesaikannya dengan bijak atau tunduk dengan bijak terhadap desakan yang datang dari rakan komponen.
Persefahaman sebegini yang tidak ada kepada pemimpin PAS atau melayu PKR. Kiblat DAP dan MCA akan tetap sama jika isu itu adalah untuk jaminan atau survival kaum mereka. Bagi Melayu PAS, PKR dan UMNO, kiblat dalam politik akan mempengaruhi pandangan dan kritikan mereka dalam lain- lain isu yang bukan politik, termasuklah isu pemberian biasiswa.
Melayu lebih sanggup korbankan kepentingan bangsa dari mengorbankan kepentingan politik kabilah. Demi survival politik, mereka akan korbankan sesuatu kepentingan atau survival bangsa, jika dari segi survival politiknya boleh menjejaskan kedudukan mereka.
Kelemahan pemimpin politik melayu ini amat difahami oleh pemimpin cina samada cina DAP mahu pun cina MCA.
Atas kesedaran terhadap kelemahan inilah maka MCA akan berperanan menjayakan cita-bangsa mereka melalui BN, manakala DAP akan memainkan peranan pula dalam Pakatan Rakyat. Matlamatnya sama, iaitu menjamin survival bangsa mereka agar tidak terjejas.
Mereka, samada MCA atau DAP lebih bijak mengeksploitasi konsep 1Malaysia dalam menjayakan matlamat bangsa mereka.
MCA atau DAP tahu untuk mengeksploitasi setiap peluang dan venue yang ada dalam matlamat untuk memperkasa bangsa mereka.
Biasiswa yang begitu jelas tafsirannya di dalam perlembagaan pun masih mampu dieksploitasi oleh MCA dan DAP untuk advantage kaum mereka.
Hari ini, hak ekslusif biasiswa kepada bumiputera yang jelas diperuntukan oleh perlembagaan telah dikongsi dengan kaum lain di atas nama meritokrasi yang berasaskan kepada kecemerlangan semata.
Faktor-faktor lain seperti latar belakang pendapatan keluarga, faktor demography dan geography seperti sektor bandar dan luar bandar sudah tidak menjadi sebahagian dari syarat-syarat meritokrasi.
Siapa yang cemerlang walau pun dia anak billionair, maka dia layak mendapat anugerah biasiswa. Sesiapa di kalangan anak Malaysia yang mendapat 7A tidak layak menerima anugerah kecemerlangan walau pun anak ini gagal mendapat 8A disebabkan kekangan kemiskinan di luar bandar. Pelajar pendalaman di Sabah dan Sarawak yang daif serba serbi juga tidak layak mendapat biasiswa jika mereka setakat berjaya mendapat 7A dalam SPM.
Meritokrasi yang diperjuangkan oleh MCA dan DAP juga akan membolehkan anak-anak 40 manusia terkaya di Malaysia juga berhak mendapat biasiswa jika anak mereka mampu mendapat sekursng-kurangnya 8A dalm SPM.
Semua ini adalah isu dan agenda penting yang gagal diperjuangkan oleh pimpinan melayu. Pimpinan melayu di dalam kerajaan juga tidak mampu untuk memperjuangkan isu biasiswa ini disebabkan tidak cukup kekuatan politik untuk mempertahankannya. PAS dan melayu PKR tidak mahu bersama dalam memastikan agenda bangsa ini tercapai. Mereka lebih cenderung untuk mempolitikkan setiap isu agar kepentingan politik dapat dicapai.
Melayu PAS dan PKR terikat kaki dan tangan oleh DAP sebagaimana UMNO juga terikat dengan MCA. Inilah perbezaan ketara antara politik melayu dan politik cina.
Inilah juga bukti yang menunjukkan bagaimana kesan perpecahan politik di kalangan melayu hanya akan mendatangkan kerugian semata. Tiada sekelumit pun keuntungan yang diperolehi.
Inilah juga bukti bagaimana bijaknya pimpinan cina dalam mengeksploitasi setiap kelemahan dari perpecahan politik melayu.
Cina lebih pandai menterjemah pepatah minang, 'baagih bia samo rato, cumo labihan den ciek'.
No comments:
Post a Comment