Dalam posting yang lalu saya ada menulis PAS sedang berada di persimpangan. Pas perlu memilih jalan mana yang harus dilalui, samada Jalan Kebenaran atau pun Jalan Kebathilan yang menganuti fahaman matkamat menghalalkan cara.
Kini, Pas sudah memilih untuk melalui jalan kebathilan. Pemandu-pemandu yang baru terpilih dalam muktamar ke 57 akan memandu arah bertentangan dengan Jalan Kebenaran. Jalan yang dinamakan Jalan Kebenaran oleh pemimpin PAS sejak Dato Fuad Hassan keluar meninggalkan UMNO pada 1951, kini telah melencong ke arah Jalan Shubhah. Di Jalan Shubhah ini penuh dengan ranjau, duri dan racun.
Jalan Kebenaran banyak papan tanda yang tertulis pelbagai seruan kebenaran seperti 'ikhlas kerana Allah', 'perjuangan berteraskan al Quran, assunah dan ijmak ulamak', 'mendaulatkan hukum Allah', hukum hudud dan konsep negara islam serta pelbagai lagi peringatan yang menuju kebahagian dunia dan akhirat dipaparkan di papan iklan di kiri kanan jalan.
Di sepanjang Jalan Shubhah pula terdapat paparan iklan yang sama sekali berbeza. Ada tanda 'awas ulamak palsu', 'di sini adalah pentadbiran negara berkebajikan'. Ada juga tertulis, 'selamat datang PAS' dari pelbagai kabilah yang berkampong di sepanjang jalan ini. Majoriti penduduk yang terdapat di sini terdiri dari kabilah DAP yang dipimpin oleh Bani Kit Siang dan Bani Karpal Singh.
Di sini juga wujud perkampungan yang diberi nama Kg.Erdogan. Asal wujudnya perkampongan ini adalah dari golongan pemuja-pemuja 'Gerakan Umat Nabi Lut', pemuja zina rambang dan segala macam perlakuan sumbang.
Di Kg Erdogan ini juga banyak terdapat kesan-kesan peninggalan sejarah penentangan kaum Erdogan terhadap puak yang cuba membenteras dan mendedahkan segala kebobrokan pemuja umat nabi lut dan zina rambang.
5 km di hadapan Kg Erdogan, terjumpalah perkampongan yang menjadi pujaan kabilah Erdogan ini. Jalan Shubhah ini dinamakan sempena dengan nama kampong ini, iaitu Kg Shubhah. Di sini boleh disaksikan bagaimana leluasanya amalan liwat dan zina rambang. Boleh dilihat dengan jelas, tanpa perlu bukti DNA atau pun perakam video 4 sudut. Semua boleh dilihat dengan mata kepala, semua aksi dan gaya.
Undang-undang di kampong ini agak pelik. Sesiapa pun boleh menyaksikan segala perlakuan dan tingkah laku mereka. Malah jika ingin turut serta pun boleh, tetapi undang-undang di sini mesti pandai makan pandai simpan. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut.
Adalah menjadi satu kesalahan besar jika ada sesiapa yang cuba merakam, mendedah dan menyebarkan apa juga perlakuan liwat, zina rambang dan apa juga yang berlaku di perkampongan ini. Sesiapa yang merakam, mendedah dan menyebar akan dianggap sebagai pesalah, pemfitnah dan tidak akan cium bau neraka.
Di hujung Jalan Shubhah terdapat sebuah perkampongan besar. Kampong ini didiami oleh segala mak dato, nenek moyang dan segala jenis mambang. Lokasi perkampongan ini amat strategik. Terlindung dari segala macam bahaya serangan pihak lawan. Untuk sampai ke kampong ini bukan satu yang mudah.
Segala gerakan dan perancangan bermula di sini, tetapi penghuni di sini amat licik dan bijak dalam strategi perang. Segala perancangan mereka tidak dapat dikesan dengan mudah kerana mereka berlindung di belakang puak Erdogan.
Puak erdoganlah yang menjadi kuda tunggangan kepada bani kit siang dan karpal dalam melangsungkan agenda sulit kaum mereka.
Bani Kit Siang ini begitu kuat pengaruhnya kerana di belakang semua perancangan mereka ada satu kuasa besar yang melindunginya. Kuasa besar inilah sebenarnya yang menjadi penguasa di seluruh provinsi Shubhah ini.
Kuasa besar di belakang bani kit siang ini boleh disamakan dengan kuasa yahudi yang menguasai dunia sehingga kuasa Rumah Putih pun mereka boleh tunjuk siapa yang harus jadi President of The United States. Bani kit Siang pula boleh disamakan seperti The President of the United States.
Kuasa besar ini dalam bahasa kadazan di gelar 'Huguan Siou'. Dalam bahasa tamil ia dipanggil Anuvaji Pandikutty.
Nasib Nasharudin Mat Isa sama seperti Osama Laden yang menjadi
Kambing Hitam kepada semua gerakan yang di atur oleh kuasa besar ala yahudi ini.
Nasib Hadi Awang sama seperti nasib ketua-ketua negara arab yang dicucuk hidung oleh Amerika.
Puak-puak Erdogan yang menguasai pemilihan parti dalam Muktamar Pas adalah ibarat puak-puak pemberontak yang didokong oleh Amerika dan Britain yang sedang mengharu-birukan negara-negara Islam seperti Libya, Mesir, Nigeria dan Tunisia.
Nik Aziz pula ibarat 'Tuanku Titah' yang bersemayam di Vatican. Agenda dan misinya seiring dengan agenda dan misi yahudi untuk menguasai dunia.
Cuma misi mereka tidak sebesar misi yahudi. Misi mereka hanya untuk menguasai Putrajaya.
Kenapa menggunakan "Yahudi" sebagai bogeyman dalam isu ini. Tak ada boleh gunakan "bogeyman" yg lain kah? Asyik asyik Yahudi apabila tidak dapat mengulas dengan bijak. Sepatutnya kita yg tidak menyokong PAS dan PR patut bersyukur kerana PAS dalam "fasa terakhir sebelum kemusnahan".
ReplyDeleteDalam ketika rumah jiran sedang huru hara elok UMNO mencuci bersih saki baki najis di rumah sendiri kalau kalau ada jiran yang datang nak menmumpang.
ReplyDeleteRamai di kalangan UMNO terkejut dengan kekalahan golongan ulama'. Nampak semacam mereka ini sayang sangat dengan ulama', padahal dalam majlis tinggi UMNO seekor ulamak pun tiada.
ReplyDeleteSememangnya Mat Sabu mempunyai aura yang tersendiri. Mempunyai semangat juang yang tiada tandingannya, sudah melalui onak dan ranjau yang penuh duri. Sesungguhnya kemanangan Mat Sabu amat amat tidak disenangi oleh UMNO. Pas kini mendapat timbalan presiden yang paling dibenci oleh UMNO.
Tunggu perhimpunan BERSIH yang diketuai Mat Sabu pada 9 Julai. Selepas ini UMNO pasti tidak tidur lena sehingga PRU ke-13.