Penyokong PAS tak perlu persoal kenapa PAS menggugurkan matlamat menegakkan negara Islam. Juga tak perlu pertikai kenapa hudud bukan lagi menjadi keutamaan PAS.
Penyokong PAS juga tak perlu bimbang dengan keputusan perwakilan muktamar yang mendahulukan kumpulan profesional daripada pimpinan ulamak.
Juga jangan pertikai kenapa Muktamar Pas menolak bukti video yang disahkan tulin sebagai bukti pertuduhan seks yang melibatkan Anwar. Itu bukan isunya. Isunya ialah kenapa didedahkan dan apa niat disebalik pendedahan keaiban yang benar-benar berlaku.
Jangan bimbang walaupun seolah-olah Pas kelihatan telah tolak negara Islam dan tolak hudud. Jangan bimbang walaupun Pas kelihatan telah menolak golongan ulamak. Jangan takut walaupun kelihatan Pas sudah menjadi pejuang dan pembela no.1 golongan yang melakukan kemungkaran zina dan liwat.
Semua ini dilakukan oleh PAS adalah semata-mata untuk mencapai matlamat baru untuk menguasai Putrajaya. Jika Pas tak lakukan semua ini, maka selagi itulah usaha untuk menuju Putrajaya akan gagal.
Penyokong Pas harus faham 'matlamat menghalalkan cara' kini sudah dibolehkan dalam Islam. Muktamar Pas sudah meluluskan sebulat suara teori marchivallie ini tidak bertentangan lagi dengan Islam.
Untuk mencapai matlamat ini, PAS harus sanggup korbankan matlamat perjuangan asal penubuhannya. Walaupun terpaksa menelan semula tuduhan kufur dan kafir yang dilemparkan kepada UMNO atas alasan umno menolak hudud dan negara islam serta bersekongkol dengan MCA tetapi pilihan terpaksa juga dibuat. Selagi tidak dikorbankan prinsip perjuangan asal ini, selagi itulah kerjasama mereka dengan DAP akan menemui jalan buntu.
Mahu tidak mahu PAS mesti bertolak ansur dengan DAP. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Mahu tidak mahu, Pas terpaksa juga menyebelahi Anwar, walaupun PAS seperti yang dinyatakan oleh Salehuddin Ayub dan Tantawi akan menunggu hasil siasatan polis baru mahu buat pendirian berkaitan video seks yang melibatkan Anwar.
Mahu tidak mahu Pas harus nyatakan pendirian sekarang, walaupun ayat tuhan ada menyebut, 'Jangan sangka kamu beriman selagi Aku tidak duga....'
Kesimpulannya, mahu tidak mahu jika terpaksa memilih antara iman dan kufur, tetapi demi maksud kuasa dan kerjasama erat dapat dijayakan bersama DAP, Pas harus memilih jalan ini walaupun terdedah kepada bahaya kufur.
Mungkin iman dan agama boleh 'buy back' kemudian. Apa yang penting ketika ini, kuasa wajib diambil dulu. Lain-lain belakang cerita.
No comments:
Post a Comment