Kerajaan perlu jelaskan dakwaan Anwar bahawa berlaku ketirisan sebanyak RM28 billion seperti yang dinyatakan dalam lapuran Ketua Audit Negara. Apa dan di mana yang dikatakan ketirisan itu harus diperjelaskan. Bagaimana ketirisan itu berlaku juga harus diberitahu.
Jika tidak diberitahu, maka dakwaan Anwar ini akan diterima oleh rakyat kerana rakyat sedang menerima tempias kenaikan kos hidup yang agak mendadak akhir-akhir ini.
Kerajaan tidak boleh meniru pendekatan Anwar yang sering memindahkan dakwaan yang dihadapinya kepada orang lain. Kerajaan tidak boleh lari dari kenyataan ini sebagaimana Anwar yang sering saja cuba melarikan setiap isu yang dihadapinya dengan membawa isu lain.
Kerajaan tidak harus terikut-ikut dengan pendekatan tidak bermoral dan tidak beretika seperti yang diamalkan oleh Anwar. Kerajaan harus menunjukkan bahawa pentadbiran mereka adalah sebuah pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab. Berani menghadapi setiap dakwaan dan perjelaskan dengan justifikasi, apa, di mana dan bagaimana kebocoran sebegitu besar boleh berlaku. Jika angka itu tidak tetap, nyatakan di mana ketidaktepatan itu berlaku.
Kerajaan tidak boleh terikut-ikut dengan tabiat pembangkang yang akan menjadikan setiap isu dan masalah yang timbul sebagai bahan politik murahan untuk meraih sokongan rakyat. Kerajaan BN sudah begitu lama memerintah dan segala dasar-dasarnya sudah semestinya sudah mengalami pelbagai transformasi dari semasa ke semasa. Kerajaan harus membuktikan dasar-dasar yang ada ini berpijak di bumi nyata dan menepati keperluan negara dan rakyat. Kerajaan tidak harus meniru pendekatan buku jingga yang menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat. Kerajaan harus sedar buku jingga itu adalah buku retorik dan buku yang direka khas untuk mendapat sokongan popular. Tindakan popular tidak semestinya sesuai untuk diamalkan dalam situasi disesebuah negara.
Tetapi jika kerajaan terikut-ikut dengan gaya desperado pembangkang mengusulkan dasar-dasar yang hanya bertujuan untuk meraih sokongan popular, akhirnya kerajaan sendiri akan terjebak dengan permainan pembangkang ini. Kerajaan harus pragmatik dan sentiasa dinamik dalam merangka dan melaksanakan segala dasar agar negara terus stabil ekonomi dan rakyat beroleh benafaat dari setiap dasar ini.
Jika kita membaca buku jingga, kita akan merasakan seolah-olah segala-gala masalah yang berkaitan dengan rakyat akan selesai. Tidak wujud lagi masalah dan tidak wujud lagi rungutan dari rakyat. Rakyat hidup makmur. Kerajaan bebas 100% dari rasuah. Negara jadi sifar rasuah dan para pemimpin PR ketika itu seolah-olah sudah tidak ada dosa langsung kepada rakyat kerana semuanya beretika, punya moral dan sangat ikhlas dan jujur kepada segala amanah yang mereka pikul.
Kehidupan yang tergambar dalam bayangan buku jingga adalah kehidupan yang tidak ada 'precedent'. Tidak ada negara seindah itu yang wujud diseantero dunia ini kecuali kehidupan Negara Madinah AL Munawarah yang telah dipelopori oleh Nabi Muhammad saw. Itulah kehebatan buku jingga. Satu kertas kerja dan kertas cadangan yang sangat ideal dan terbaik. Tiada lagi umat yang tertindas. Tiada lagi rakyat yang miskin. Tiada lagi permusuhan dan penindasan. Tidak wujud lagi ketidakadilan, apatah lagi rasuah. Semuanya sama rasa tiada jurang lagi antara masyarakat dan antara kaum mahupun antara agama.
Ia tersangat ideal. Di Madinah Al Munawarah pun masih wujud kalangan ahli suffah yang menganggur dan duduk di dalam masjid Nabawi. Tetapi dengan buku jingga semua ini akan dapat diatasi.
too good to be true..
ReplyDeleteThanks god you have read it, and acknowledged its potential benefits to the people at large. Have you ever dreamnt of something ideal? Something that can benefit everyone? Something that brings harmony, peace to the whole nation? And what is wrong to have such a dream? It has been proven in Penang, and why are you all afraid of trying?
ReplyDelete