Suhu politik negara tidak pernah surut sejak PRU12. Ada saja isu yang muncul satu demi satu. Dari sudut politik, kepanasan suhu politik yang berpanjangan akan memberi kelebihan kepada pihak pembangkang.
Pihak pemerintah tidak mendapat apa-apa kelebihan dari kepanasan suhu politik yang berpanjangan. Sebagai kerajaan yang memerintah, sudah pasti kestabilan suasana politik yang akan diutamakan kerana kestabilan suhu politik boleh memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.
Sebagai pemerintah sudah tentu pihak kerajaan akan cuba mengelak dari menimbulkan isu-isu yang akan merugikan pihak yang memerintah. Bagi kerajaan, lebih sejuk suhu politik maka lebih beruntunglah kerajaan kerana rakyat akan melihat kerajaan yang memerintah berupaya dan berkemampuan untuk mentadbir. Pihak pembangkang akan tenggelam jika tiada isu yang boleh dimainkan untuk mengekalkan kepanasan suhu politik ini sekurang-kurangnya sehingga PRU13.
Tetapi jika suhu politik sentiasa panas dan timbul pelbagai isu yang sensitif, maka rakyat akan mempertikaikan kemampuan kerajaan untuk mentadbir. Pihak pembangkang pula akan sentiasa mendapat perhatian dari rakyat.
Jika diambil dari semua isu yang timbul hari ini, kita boleh tanya siapakah yang lebih beruntung jika ianya menjadi kontroversi dan menjadi perhatian rakyat?
Sudah tentulah pihak pembangkang yang akan mendapat kelebihan.
Jika begitu keadaannya, kenapa hari ini dilihat seolah-olah kerajaan yang dipersalahkan di dalam setiap pendedahan dan kontroversi yang menjadi pertikaian umum?
Sangat bodoh dan merugikan sebenarnya jika kerajaan sendiri yang bertindak mewujudkan pelbagai isu dan kontroversi. Tidak ada untungnya kerajaan dari setiap isu yang timbul hari ini.
Ambil saja contoh isu pertuduhan liwat ke atas Anwar. Bukan sesuatu yang mudah untuk kerajaan mahu mengambil peluang dari kes liwat ini.
Begitu juga dengan kontroversi pendedahan video seks yang melibatkan Anwar.
Akibat dari pertuduhan liwat dan pendedahan video seks ini, segala perancangan program transformasi kerajaan yang diharapkan oleh kerajaan untuk mendapat sokongan rakyat telah tenggelam begitu saja. Rakyat tidak ada masa untuk mengupas dan memahamkan apa yang mereka dapat hasil dari program transformasi kerajaan ini disebabkan pemikiran mereka asyik tertumpu kepada isu yang melingkungi Anwar.
Jadi tuduhan tidak henti-henti Anwar yang menuduh kerajaan dan pucuk pimpinan berkonspirasi melakukan politik gutter untuk membunuh kerjaya politik Anwar sebenarnya tidak berasas langsung. Tidak ada untungnya kepada kerajaan jika kerajaan bertindak begitu sehingga menenggelamkan segala dasar dan pendekatan baru pemerintahan Najib.
Berapa banyak kerugian yang diterima oleh kerajaan apabila segala dasar besar untuk masa depan rakyat tidak dapat difahami oleh rakyat akibat pemikiran yang sudah terikat dengan isu-isu fitnah dan keaiban yang berlaku.
Segala perancangan kerajaan akhirnya berlalu begitu saja tanpa mendapat respon yang baik dari rakyat.
Siapakah yang rugi dalam hal ini? Tidak lain tidak bukan kerajaanlah yang berada dalam kerugian kerana dasar baru kerajaan tidak dapat diresapi dalam pemikiran rakyat. Pemikiran rakyat terlalu sibuk dibuai oleh isu-isu yang tidak sepatutnya timbul.
Isu liwat tidak akan timbul jika tidak wujud perlakuan dan tidak wujud aduan dari mangsa.
Isu video seks tidak akan muncul dan tidak akan dapat didedahkan oleh Dato Eskay jika perlakuan itu tidak divideokan.
Mana mungkin personaliti yang dilihat dalam video itu separuh benar dan separuh palsu. Jika Dato Eskay yang ada dalam video tersebut adalah Dato Eskay yang sebenar, habis siapa pula lelaki yang dilihat melakukan aksi itu? Adakah lelaki itu palsu?
Salah seorang lelaki dalam video tersebut telah mengaku dan bersumpah bahawa dialah lelaki yang dilihat mundar-mandir dalam video tersebut, manakala seorang lagi lelaki telah bermati- matian mengatakan bukan dia yang ada dalam video itu. Cuma kelihatan menyerupai dia tapi sebenarnya bukan.
DAN jika ke dua-dua personaliti dalam video itu lelaki lain, bukan Eskay dan Anwar, apakah orang yang merakam video itu terlalu hebat sehingga berjaya mencari 2 personaliti yang seiras secara serentak? Bagaimana konspirator pembuat video itu boleh mencari wajah dan gaya yang benar-benar sebiji dengan Eskay dan Anwar untuk melakonkan watak dalam penggambaran video porno itu?
Apakah kerajaan umno begitu hebat sehingga berupaya mencari watak dan wajah mirip eskay dan anwar untuk melakonkan pergerakan dalam video porno yang telah ditonton di seluruh dunia ini?
Apa mungkin kerajaan merancang semua ini? Apakah kerajaan hanya mempunyai pilihan ini semata- mata untuk berhadapan dengan Anwar?
Terlalu bodoh dan dangkal tuduhan yang cuba dipalitkan kepada kerajaan, jika kita menilai dan menggunakan kewarasan sebagai seorang manusia yang berakal sempurna.
Untuk apa kerajaan mencipta semua kerja gila ini sehingga dasar dan program transformasi yang sedang digerakkan secara agresif tenggelam begitu saja disebabkan semata-mata mahu membunuh politik Anwar?
Sebenarnya pihak pembangkanglah yang sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk memanaskan suhu politik sehingga menjadi huru hara. Harapan mereka apabila suhu politik terus panas, maka mereka akan mendapat laba sokongan yang besar dari rakyat.
Merekalah yang sebenarnya telah pergi lebih jauh melanggar sempadan etika demokrasi dengan membangkit pelbagai isu sensitif yang melibatkan kaum dan agama untuk meraih sokongan politik.
Akhirnya apabila ada pihak yang cuba membendung gerakan kotor dan tidak beretika ini, mereka pula yang dituduh memainkan isu sensitif dan cuba membakar semangat rasis.
Apa pun sekalong tahniah buat Utusan Malaysia kerana berjaya melakukan 'tindakan pre-emptive' terhadap segala perancangan kotor puak-puak yang sedang menyembur minyak diesel ke dalam api.
No comments:
Post a Comment