Monday, May 16, 2011

HARAPAN HANYA PADA MENTERI KDN....

Anwar sudah diperintah bela diri.
Seperti biasa, dia akan pertikaikan apa aja keputusan dan siapa pun yang buat keputusan yang tidak menyebelahinya. Itulah Anwar bin Ibrahim.
KDN harus lebih berhati-hati dan jangan mengambil mudah kes ini. anwar tidak akan berdiam diri kerana jika berdiam diri secara otomatik rakyat akan meninggalkan dia secara beramai-ramai. Sekurang-kurangnya dia akan dipertahankan oleh para pentaksubnya jika dia terus membuat penafian dan membuat pelbagai tuduhan balas kepada kerajaan.
Apa lagi yang boleh dilakukan oleh Anwar. Itu saja pilihan yang ada pada dia. Untung sabut timbul untung batu tenggelam. Tidak salah untuk mencuba.
Tapi jika KDN terus mengambil mudah apa yang sedang dilakukan dan akan terus dilakukan oleh Anwar, saya yakin Anwar mampu untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan kita.
Riak-riak dan usaha kearah mengulangi demonstrasi jalanan sudah kelihatan.
Jiika dia sudah mula melakukan solat hajat perdana dengan memanggil entah siapa-siapa ulamak dari arab, itu adalah mukaddimah kepada usaha menarik simpati dan perhatian.
Pada masa yang sama dia pasti akan membuat gerakan senyap untuk mengumpul kekuatan. Dikhabarkan dia sudah pun ke Indonesia. Apa tujuan dia ke sana? KDN kenalah pantau.
KDN jangan tunggu suhu menggelegak baru mahu bertindak. KDN jangan sangka boleh urus hal Anwar dengan cara hemah dan berlembut. Anwar bukan orangnya untuk diuruskan dengan cara itu.
KDN jangan tunggu sampai api sentimen anti kerajaan sampai menjulang tinggi baru mahu menyekat. Nanti akan dituduh tidak demokratik dan nampak jelas takut dengan kebangkitan rakyat yang sedang dimobilise oleh Anwar.
KDN jangan lembik sangat. Jika sudah tidak sanggup mengendalikan KDN elok minta dengan PM supaya tukar kementerian cepat-cepat.
Jangan nanti bila semua isu agama dan perkauman yang sedang dimainkan oleh semua pihak sudah tidak dapat dibendung baru mahu bertindak. Jangan tunggu semua isu sensitif berlonggok-longgok depan pejabat tanpa penyelesaian baru mahu mahu bertindak.
Beranikanlah diri untuk bertindak tegas sebelum terlambat.
Ghazali Shafiee dulu sangat tegas walau pun isu waktu itu jauh lebih sedikit dari zaman sekarang. Menteri KDN hari ini sepatutnya mempunyai ketegasan 2 kali ganda dari ketegasan Ghazali Shafie kerana isu yang sedang dihadapi berkali ganda lebih kronik dari isu di zaman beliau.
Adakah ketegasan Menteri KDN hari ini sama atau melebihi ketegasan Allahyarham Ghazali Shafie? Apa akan jadi jika ketegasan menteri hari ini 2 kali ganda kurang dari ketegasan kIng Ghaz?

1 comment:

  1. Setuju sangat dengan pandangan penulis. Jika KDN tidak mengambil langkah pencegahan dari sekarang, kita khuatir perkara-perkara yang tak dingini boleh berlaku. Memang sejarah dah membukti keupayaan pengikut taksub 'manusia' ini untuk mencetus huru-hara di jalanan. Bukan sangat untuk membela TAPI hanya sebagai helah untuk mempertahan 'boss' mereka. Selagi mana 'dia' boleh bertindak sedemikian rupa, selama itulah dia mampu mengwujud keraguan di minda rakyat ; justeru mula bersimpati dengan dia.

    Jangan lupa, rakan dia di dalam PR tak akan berdiam diri. Agenda mereka perlu diteruskan . Malah kata penganalisis politik. mereka telah diberi hadiah dan peluang untuk menjahanam dan meranapkan kerjaya politik si'dia' ini tanpa membuat sesuatu yang boleh ditakrif sebagai pengkhianatan !

    Akan kita dihidang dengan drama bersiri lepas ini. Percayalah dari sekarang hingga tarikh perbicaraan dalam bulan June nanti, episode demi episode akan kita tontoni. Pelakonnya sama, penulis skrip pun serupa dan yang syok tu, pengarah dan pelakon mungkin org yg sama. Modus operandi dah boleh kita ramalkan. Buat kacau , salahkan kerajaan , tuduh ketidakadilan oleh semua pihak dan agensi, dapatkan simpati dari negara luar, blog dan portal diguna sehabis-habisnya untuk mengiya segala tuduhan dan kecaman. Kita dah muak dgn strategi ini. Dah didramakan berpuluh kali sejak dari dulu.

    Kenapa tidak passport antarabangsanya dipegang oleh pihak berkuasa buat sementara ?

    ReplyDelete