Siapa yang paling dipercayai oleh rakyat untuk memimpin negara ini selepas PRU 13 nanti? Apakah kriteria penting yang bakal diperhatikan oleh majoriti rakyat sebelum mereka membuat keputusan siapa yang bakal mereka beri mandat?
Banyak kriteria penting yang harus difikirkan secara serious dan rasional oleh seluruh rakyat sebelum membuat pilihan. Hanya sikap serious dan rasional saja yang akan membolehkan rakyat membuat pilihan yang tepat.
Apa juga keputusan dan tindakan yang dilakukan secara emosional di dalam apa juga urusan pasti akan memberi hasil yang tidak baik. Emosi itu sebahagian dari nafsu. Jika sesuatu perlakuan yang dilakukan berlandaskan hawa nafsu walaupun perlakuan itu suatu perkara kecil, ia tetap akan memberi kesan yang tidak baik samada kita sedar atau pun tidak.
Apatah lagi jika ia suatu keputusan yang sangat penting untuk diputuskan.
Dilema inilah yang sedang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat hari ini. Rakyat sedang berperang dengan pemikiran sendiri. Pemikiran rakyat sudah tercemar terok. Tercemar disebabkan lambakan maklumat yang tidak bertapis. Maklumat benar, separuh benar dan maklumat palsu datang bertali-arus dan bercampur-baur lalu di taliair yang sama.
Terlalu banyak pihak tidak bertanggungjawab dengan agenda masing-masing mencampakkan maklumat palsu, fitnah dan dusta ke tali air maklumat ini. Mereka berharap rakyat akan meminum mentah-mentah maklumat ini tanpa menggunakan filter.
Jika pemikiran rakyat sudah tidak rasional adalah dikhuatiri rakyat akan membuat keputusan berdasarkan kebencian dan prasangka buruk yang terbit hasil dari maklumat palsu dan separuh benar yang diperolehi dari laman web dan blog yang tidak ada krdebiliti langsung.
Jika maklumat yang dilambakkan secara tidak bertanggungjawab ini menjadi sumber rujukan rakyat dan diterima sebagai sesuatu yang benar, maka episod malang buat negara berkemungkinan besar akan benar-benar terjadi.
Keyboard komputer boleh menjadi madu dan boleh menjadi racun. Jika penggunanya berniat untuk menjadikan ia madu, ia boleh mendatangkan khasiat kepada pembaca. Jika penggunanya berniat untuk menjadikan keyboard ini racun, maka akan ramailah kalangan pembaca dan pelawat yang akan mati pemikiran dan jiwanya akibat dari termakan dengan racun hasutan, fitnah dan pembohongan.
Cubalah kita beri penghormatan kepada jiwa dan pemikiran kita sendiri. Janganlah letakkan jiwa dan minda kita yang dianugerahkan Allah hanya kepda makhluknya yang bernama manusia setaraf dengsn makhluk yang tidak dikurniakan akal. Sesiapa saja begitu mudah meracuni jiwa dan minda kita dengan menerima bulat-bulat apa juga santapan maklumat yang dihidangkan oleh para pemfitnah dan pendusta.
Jika majoriti rakyat menggunakan emosi dalam setiap percaturannya, tidak mustahil BN akan tumbang pada PRU 13 akan datang. Emosi inilah yang akan mengangkat segala berita palsu, fitnah dan pembohongan dari tahap sampah naik hingga ke tahap wahyu yang wajib dipercayai.
Sekarang cubalah nilai dan amat-amati dengan mengunakan akal yang suci dan waras tanpa mencampur-adukannya dengan sentimen parti, kebencian dan sikap prejudis. Apa, siapa dan bagaimana sebenarnya kepimpinan yang kita mahukan?
Apa corak dan jenis kerajaan yang kita mahu? Apakah sudah pasti dan terbukti corak dan jenis kerajaan yang kita impikan itu. Apakah pasti kerajaan yang kita impikan itu akan memberi faedah yang lebih baik kepada rakyat dari apa yang telah kita perolehi? Bersyukur dengan apa yang ada adalah lebih dituntut oleh Allah dari sifat keluh kesah dengan apa yang Allah sudah diqadarkan oleh Allah setakat ini. Siapakah kalangan bijak pandai mahu menafikan bahawa Allah murka dengan golongan yang sentiasa berkeluh-kesah?
Perbilangan, "Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran" adalah lebih mudah difahami untuk mengkaji maksud ini.
Siapa pula yang paling layak untuk dipercayai, setakat pemimpin yang ada hari ini untuk diletakkan sebagai Perdana Menteri dan memimpin negara?
Haji Hadi? Anwar Ibrahim? Atau Najib?
Lim Kit Siang tak mungkin. Tiada mana-mana pemimpin cina pun yang akan sanggup menerima jika ditawarkan menduduki kerusi Perdana Menteri pada kedudukan hari ini.
Pandang dan suluhlah wajah ke tiga-tiga pemimpin melayu ini dengan mata hati yang ikhlas dan jujur. Demi agama, bangsa dan negara, apakah pilihan yang ada pada kita selain dari muka-muka yang di atas?
Melainkan parlimen membuat "unprecedented move" memilih kalangan Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen untuk memilih selain dari wajah 3 pemimpin melayu ini untuk menjadi Perdana Menteri, maka akan diperolehilah oleh rakyat Malaysia PM selain dari mereka.
Kajilah dari segenap sudut akan kelebihan, kekangan dan kelemahan kalangan yang 3 ini, dan tanya pada diri anda. Yang pasti dalam PRU 13 nanti anda tiada pilihan, melainkan wajib menentukan parti manakah yang anda pilih untuk menerajui kerajaan kerana parti-parti yang bertanding nanti hanya akan menawarkan 2 dari 3 pemimpin melayu ini untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.
Yang seorang lagi bergantung kepada mahkamah yang bakal memutuskan kes bela dirinya. Jika didapati bersalah, maka pilihan kepada rakyat hanya kepada Hj.Hadi dan Najib.
Jika rakyat masih tunduk sujud kepada emosi dan bersikap semberono dalam menentukan siapa bakal menyelamatkan Malaysia, pokok dek situlah.
Payah amek-amek.
salam bro.. mohon pautan disini
ReplyDelete