Tuesday, November 1, 2011

AKHIRNYA KARPAL SINGH MENGAKU....!!??

Karpal kata, di bawah undang-undang perlaksanaan hukum hudud, keempat-empat saksi perlu bersih dari sebarang dosa dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Karpal turut berkata pihak pendakwaan cukup sukar dalam menyediakan empat saksi bagi membuktikan berlakunya kes zina, sumbang mahram, rogol dan liwat.

“Penjenayah pasti akan memilih hukum hudud kerana mustahil bagi pihak pendakwa mahu membuktikan kes."

“Hudud akan menyebabkan penjenayah bebas dan kes jenayah pasti meningkat," kata Karpal kepada wartwan semasa membuat lawatan di kawasan parlimennya.

Kenyataan Karpal Singh ini boleh memberi 2 implikasi atau reaksi dari 2 pihak yang berkepentingan, iaitu;

1. Apa reaksi dari pimpinan PAS.
2. Apa reaksi dan implikasi kenyataan Karpal dari/kepada pelanggannya Anwar Ibrahim.

PAS selama ini cuba meyakinkan rakyat bahawa perjudiannya berkongsi kuasa dengan DAP adalah disebabkan DAP kafir lebih mudah menerima hukum Islam dari UMNO. Dalam bahasa lain, lebih baik berkawan dengan kafir DAP yang tidak menentang hukum Islam yang dibawa PAS dari berkawan dengan UMNO Islam yang jelas menolak hukum Islam.

Karpal adalah peguambela jenayah sivil yang dibayar oleh Anwar dalam kes liwat yang sudah hampir ke penghujung.

Anak guamnya ini juga turut mencari jalan melalui mahkamah syariah untuk melepaskan diri dari pertuduhan. Apabila dia mengguna saluran mahkamah syariah, faktor 4 saksi yang suci dari dosa dan mengamal ajaran Islam sebenar akan terguna-pakai.

Dalam masa yang sama Karpal turut mengakui bahawa, "penjenayah pasti akan memilih hukum hudud kerana mustahil bagi pihak pendakwa mahu membuktikan kes".

Kenyataan Karpal ini jelas telah mengesahkan telahan ramai selama ini yang mengatakan tindakan Anwar membawa kes kazaf adalah semata-mata untuk melepaskan diri dari dihukum kerana pendakwaan sangat sukar dibuktikan melalui hukum hudud.

Kalau dah benang tu basah, basah jugaklah. Tak payah kita susah payah menjelaskan pada rakyat bagaimana tektik dan teknik melepaskan diri yang direncana dek Anwar. 

Akhirnya, peguambela dia sendiri yang tolong perjelaskan.

No comments:

Post a Comment