Monday, October 31, 2011

PAKATAN SETARAF DENGAN MENTALITI RAKYAT LIBYA...APAHAL PUN HANCURKAN UMNO DULU

Banyak soalan tertunggak dan tak terjawab untuk pakatan pembangkang sebelum PRU 13. Antaranya;
1. Masalah dalaman PKR dan PAS.
2. Masalah hubungan antara parti komponen pakatan terutama hubungan antara DAP dan PAS.
3. Masalah pertentangan dasar yang ketara antara DAP dan PAS.
4. Pentadbiran kerajaan dan rambut Khalid Ibrahim yang serabut di Selangor.
5. Pentadbiran Ust.Azizan di Kedah yang terlalu santai ibarat melepas batuk di tangga. Business as usual. 
6. Janji@manifesto yang tak tertunai atau secara mudahnya "banyak mohong".
7. Bebanan masalah peribadi Anwar yang telah berjaya dijadikan sebagai masalah keseluruhan pakatan pembangkang dan memerlukan komitmen seluruh pimpinan pakatan untuk memperjuangkannya.
8. Dilemma PAS yang mengalami masalah mental kronik, iaitu pertentangan antara apa yang diungkap dengan apa yang dibuat. Percakapan seperti wajib syurga tapi perbuatan sangat meragukan. Pendek kata, perlembagaan dan idealisma parti mengagungkan Islam tapi perbuatannya mengagungkan apa saja idealisma yang dibawa oleh DAP, seolah-olah apa saja yang keluar dari mulut Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Kit Siang 100% selari dengan al Quran dan Hadis Nabi.

Secara umumnya, BN sepatutnya hanya perlu melakukan kerja-kerja menyakinkan rakyat tentang semua masalah-masalah yang dihadapi oleh pakatan rakyat.

Rakyat perlu diinsafkan bahawa ketidak-seragaman perjuangan dan pembawaan pakatan pembangkang ini akan hanya menyebabkan
negara ini akan menjurus kepada keadaan yang lebih terok berbanding dengan apa yang sedang dinikmati oleh rakyat melalui pemerintahan
BN yang ada hari ini.

Bagaimana mahu diharapkan seorang yang penuh dengan kudis buta mahu diberi kepercayaan untuk mencuci kudis yang cuba digambarkan
sebagai kronik yang dilakukan oleh BN?

Bagaimana mahu diharapkan sebuah rumahtangga yang porak-peranda dan hiruk pikuk dengan masalah dalaman keluarga yang kronik mahu dilantik untuk menyelesaikan masalah keluarga yang lebih besar? Hanya orang yang tidak waras saja yang akan melantik konsultan yang hanya ada track record di bawah par untuk menyelesaikan masalah negara yang lebih kritikal.

Rakyat dan pengundi biar betul-betul sikit. 

Jangan hanya disebabkan mahu menurut emosi dan ammarah mahu menukar kerajaan, maka segala deria mata, telinga dan pendengaran yang dianugerahkan Allah mahu dibuta dan dipekakkan, hanya kerana mahu menyahkan BN dan UMNO dari persada kuasa.

Untuk menentukan seorang Perdana Menteri dari kalangan pembangkang pun hingga hari ini masih tidak jelas, bagaimana mahu menawarkan pentadbiran yang lebih baik dan berkesan dari BN?

Anwar tak mungkin jadi PM. Habis siapa lagi? Hadi Awang? Lim Kit Siang? Lim Guan Eng? Azmin? Wan Azizah dah tak boleh bertanding lagi sebab hari tu siapa suruh pandai-pandai letak jawatan Ahli Parlimen.

Atau rakyat Malaysia nak buat macam style rakyat Libya dan lain-lain negara Arab yang sedang menuju kehancuran? 

Buang dan hancurkan saja kerajaan yang ada terlebih dulu. Lepas tu baru fikir dan mulakan sebuah negara baru yang entahkan wujud entahkan tidak lagi cahaya dihujung terowong.

No comments:

Post a Comment