Boleh tahan juga hebohnya pasal lapuran Ketua Audit Negara. Bunyi gamat berlaku over spending, over pricing dan sebahagian miss-appropriation of fund yang berlaku di sesetengah jabatan terus dipalitkan semuanya kepada Perdana Menteri Malaysia.
Anak ponteng sekolah terus dipalitkan kepada salah ibu mengandung.
Anak curi coklat di supermarket terus dituduh ini adalah pengaruh yang dikenakan oleh ibubapa terhadap anak hingga menyebabkan berlaku kecurian di supermarket.
Anak mencuri pen cikgu di sekolah pun dituduh ibubapa yang bersubahat dan mempunyai kepentingan dalam kes kecurian pen di sekolah.
Anak bertindak meraba rakan sekelas juga mahu dituduh akibat dari campurtangan bapa hingga menyebabkan anak bertindak bagi pihak nafsu bapa mereka untuk melempiaskan nafsu. Bapak takut kat mak. Jadi suruh anak tolong ramaskan bagi pihak bapak gamaknya.
Inilah tahap kebongokkan atau percubaan untuk membongokkan pemikiran rakyat yang cuba digambarkan oleh pembangkang. Seolah-olah Perdana Menteri Malaysia mentadbir secara solo dan tidak wujud langsung kementerian, jabatan atau pun kakitangan kerajaan.
Seolah-olah semua kerja pentadbiran dari tugas sebagai Perdana Menteri hinggalah kepada tugas memanggil sebut harga membeli pen atau genset yang dibuat diperingkat chief clerke pun adalah diurus secara solo oleh Dato Seri Najib selaku Perdana Menteri.
Seolah-olah setiap ringgit dan sen penyelewengan dan salah urus kewangan yang berlaku di setiap kementerian, jabatan atau oleh kerani cabuk di seksyen terbabit adalah atas arahan yang datang dari seorang Perdana Menteri untuk tujuan menyonglap segala khazanah dan harta negara.
Seolah-olah Perdana Menteri Malaysia cuba digambarkan sebagai seorang manusia yang kerjanya siang dan malam tiada kerja lain dan hanya memikir bagaimana mahu merompak harta perbendaharaan negara, hingga pembelian pen dan pembaris pun mahu di mark-up oleh Najib.
Sampai tahap mana pembangkang mahu menghina tahap pemikiran rakyat? Apakah pembangkang memikir rakyat begitu bidoh untuk diperbodohkan. Apakah pembangkang memikir rakyat hari ini tidak boleh langsung menggunakan akal mereka sehingga tidak berfungsi langsung. Apakah pembangkang mahu menyama-tarafkan rakyat dengan robot atau program komputer yang dipandu dan diberi apa saja input mengikut suka mereka?
Pembangkang mendakwa majoriti kakitangan kerajaan dan kakitangan universiti atau mana-mana institusi kerajaan hari ini adalah penyokong pembangkang dan menentang kerajaan secara senyap.
Tidakkah mereka-mereka ini yang terlibat membeli barangan dan memanggil sebutharga atau mengeluarkan mana-mana tender? Tidakkah kakitangan yang didakwa menyokong pembangkang ini yang menguruskan dan mempunyai tanggungjawab hakiki sebagai seorang kakitangan kerajaan?
Kalau berlaku penyelewengan di peringkat authority kakitangan ini, merekalah yang bertanggungjawab dan harus dipertanggungjawabkan.
Kalau berlaku penyelewengan, maka merekalah sebenarnya yang menyeleweng. Jika ada rundingan mark-up harga unruk kutip rasuah, mereka inilah yang rasuah.
Kalau benar seperti didakwa, majoriti mereka menyokong pembangkang, maka penyokong pembangkanglah sebenarnya yang kaki rasuah.
No comments:
Post a Comment