Gara-gara politik baru ciptaan Saifuddin & KJ, mahasiswa seolah-olah seperti mendapat suntikan baru.
AUKU yang sudah lama tak jadi isu sudah kembali dijadikan isu.
Mangsa kapal karam yang sedang hanyut dan bertarung nyawa antara hidup dan mati menjelang 901, pantas menyambar apa saja yang melintas depan mata asal boleh menyelamatkan diri, walaupun yang melintas itu hanya sekadar ranting kayu.
Pencipta slogan politik baru senyap dan bisu gara-gara kebiadaban mahasiswa yang menurunkan gambar PM. Terkedu kerana slogan politik baru yang diciptanya telah diterjemah dengan pantas oleh mahasiswa.
Mana suara Saifuddin? Jawablah! Terakhir hanya bertwitter. Apa maksud politik baru yang kononnya lebih maju dari politik lama tu? Dah ketinggalan zaman sangat ke politik lama ni? Kamu naik sampai tahap timbalan menteri melalui budaya politik lama. Bila kamu naik, kamu keji pendekatan yang telah menaikkan kamu. Perangai kamu samalah macam mahasiswa, bila sudah berjaya masuk universiti hasil dari pentadbiran politik lama, mereka pula cuba mahu mengajar kerajaan bagaimana mahu mentadbir.
Mana suara Kj? Sekarang kamu beralih pulak kepada isu Skim Baru Perkhidmatan Awam pulak. Asyik berpindah-randah dari satu isu ke satu isu. Belum habis kerja menjawab isu lama, kamu beralih kepada isu baru. Belum habis menjawab isu NFC, kamu pindah pulak ke isu SBPA. Lepas tu senyap. Patut kamu tolong kerajaan pertahankan AUKU, tapi kamu pejuangkan politik baru. Minta pula pinda/mansuh AUKU.
Kamu ni KJ hanya suka mencipta dan menjawab isu untuk tujuan populariti. Buat kerja tak pernah sampai ke sudah. Kamu yang mulakan, orang lain yang separuh mati menyudahkan semua kerja yang kamu mulakan.
Kenapa dalam satu-satu parti politik ada banyak sangat anutan? Sepatutnya dalam satu parti politik hanya ada satu anutan atau ideologi. Kalau banyak sangat ideologi, inilah jadinya.
Sekelompok pemimpin pakai ideologi semangat kebangsaan asal. Sekelompok lagi pakai ideologi memperjuangkan semangat kebangsaan sedikit terbuka. Sekelompok lagi pulak membawa fahaman politik baru dan macam-macam resepi perjuangan tersendiri.
Hasil yang kita lihat hanya satu. Umno begitu mudah ditembusi dan diperlekehkan oleh lawan yang sentiasa menunggu peluang untuk membelasah UMNO kiri dan kanan.
Kukuhkan pertahan di sebelah kiri, KJ buka flood gate sebelah kanan. Pertahan kubu sebelah kanan, Saifuddin pulak buka pintu dapur.
Akhirnya musuh dan sahabat dalam rumah UMNO pun kita sendiri tak kenal.
Ketua Rumah UMNO kenalah jelas dan tegas dengan ideologi dan prinsip perjuangan UMNO. Baru mudah menapis siapa yang layak dan siapa yang tidak layak memimpin UMNO.
Kalau ketua tak jelas pemandangan, pengikut akan kabur. Kalau ketua kabur, pengikut akan rabun. Kalau ketua rabun, pengikut tentu buta.
No comments:
Post a Comment