1.Kenyataan Anwar yang mengatakan pembebasannya adalah disebabkan ketakutan kerajaan kepada tekanan antarabangsa adalah bukti menunjukkan Anwar telah berkonspirasi di peringkat antarabangsa untuk mewujudkan tekanan tersebut.
2. Kenyataan Anwar yang menuduh mahkamah dipergunakan oleh UMNO untuk menjatuhkan pengaruh politiknya adalah bukti menunjukkan bahawa Anwar berkonspirasi dan merancang untuk merosakkan nama baik mahkamah dan UMNO dengan menuduh secara liar bahawa mahkamah dipengaruhi sedangkan akhirnya mahkamah yang dikatakan dipengaruhi UMNO itulah yang telah membebaskannya.
3. Gerakan Anwar dan PKR untuk mewujudkan suasana tegang dalam negara sepanjang masa adalah bertujuan untuk memberi tekanan kepada UMNO dan pemimpinnya. Ini juga adalah konspirasi Anwar.
4. Tindakan Anwar menjual nama ulamak-ulamak dunia untuk mempertahankannya dari tuduhan moral yang buruk adalah satu lagi bukti bahawa Anwar telah melakukan konspirasi memperalatkan agama supaya dia akan kelihatan suci di pandangan mata rakyat dan dunia.
5. Anwar berkonspirasi untuk mempertahankan dirinya dari dipersalahkan oleh rakyat terhadap segala masalah peribadi yang diciptanya sendiri.
6. Anwar juga membuat konspirasi untuk menjejaskan reputasi dan menjahanamkan Umno dan pemimpinnya di pandangan mata rakyat.
7. Anwar juga mmbuat pelbagai konspirasi untuk mengelirukan dan memperbodohkan rakyat, menaikkan simpati rakyat agar rakyat akan bersimpati dengannya dan pada masa yang sama membenci UMNO dan pemimpinnya.
8. Anwar juga telah berkonspirasi dengan media antarabangsa untuk memburukkan sistem kehakiman dan pemerintahan negara.
9. Anwar telah berkonspirasi dengan badan-badan antarabangsa untuk menyusahkan pentadbiran negara.
10. Anwar juga berkonspirasi dengan beberapa pemimpin dunia samada yang masih berkuasa mahu pun yang sudah pencen untuk mencalar-balakan nama baik Malaysia dan pemerintahnya.
Pendek kata setiap tuduhan yang dilemparkan oleh Anwar kepada kerajaan UMNO, sebenarnya Anwarlah raja kepada segala amalan dan perlakuan tersebut.
Hanya yang pakar mencuri saja mampu mengandaikan setiap strategi dan rancangan yang mungkin digunakan oleh pencuri untuk mencuri.
Patutkah kita berdoa dan memohon kepada tuhan supaya dibuat lagi satu lapisan neraka, khas untuk kediaman rasmi para konspirator?
.......Kerana amalan konspirasi ini telah membuatkan rakyat dan negara ini terus porak peranda dan rakyat negara ini telah tercemar kesucian pemikirannya untuk membuat penilaian yang adil dan rasional disebabkan kepakaran konspirator ini mencipta pelbagai dongengan dan tuduhan-tuduhan tidak berdalil kepada UMNO dan kerajaan yang memerintah.
Bapak anwar ni boleh lah kita anggap the FATHER OF ALL EVILS....or THE AXIS OF ALL EVILS....
ReplyDelete