Wednesday, January 18, 2012

PARTI2 MELAYU/ISLAM SEDANG MENYIAPKAN TALI GANTUNG UNTUK BUNUH DIRI

Pokok yang keras, tinggi dan rendang, menjadi kuat dan kukuh kerana teras dan akarnya. Bahagian yang paling keras dan tahan pada sebatang pokok adalah pada bahagian terasnya. Kukuhnya cengkaman sebatang pokok itu terletak kepada akarnya.

Bahagian teras kepada pokok inilah yang dijadikan tiang seri apabila menegakkan sesebuah rumah bagi masyarakat melayu. Tiang-tiang lain yang menyokong tertegaknya sesebuah rumah itu diambil dari bahagian luar teras pada sebatang pokok. Begitu juga dengan lain-lain komponen rumah seperti dinding dan lantai.

Itulah antara rahsia yang menyebabkan jangka hayat sesebuah rumah melayu boleh bertahan hingga ratusan tahun.

Hari ini kita boleh lihat bukti kepada rahsia ini. 

Rumah polis pencen yang dibina di Kampong tahun awal 80an pun sudah banyak yang reput dimakan hari dan anai, sebaliknya rumah lama yang sudah ratusan tahun masih kukuh tegak berdiri.

Falsafah ulung minang menyebut, "alam terkembang jadi guru" memang berasas dan terlalu tinggi maksudnya. Falsafah ini menjadi suluh dan pedoman hidup masyarakat minang sejak ratusan tahun.

Analogi "teras pada pokok" ini juga adalah sebahagian dari guru pada alam.

Kesempurnaan sesuatu kejadian sudah pasti ada kelaziman, aturan dan tertib yang tertentu yang menyebabkan tercapainya kesempurnaan itu.

Kesempurnaan sesebuah negara itu juga ada aturan dan tertibnya yang tertentu yang menyebabkan negara itu menjadi sempurna, hasil mahsyulnya makmur dan kehidupan rakyatnya harmoni.

Ia tidak terjadi dengan sendiri.

Teras bagi sesebuah negara sudah pasti berbeza seumpama teras pada pokok yang mana ia berbeza mengikut jenis kayu. Lain jenis kayu, lainlah kualiti dan kesesuaian kegunaannya. 

Teras pembinaan negara ini adalah didasarkan kepada asal-usul dan latar belakang sejarahnya, proses evolusi dan migrasi penduduk yang berlaku, kepercayaan dan budaya masyarakatnya serta pelbagai lagi faktor yang wujud  di persekitaran itu secara lazimnya.

Boleh kita simpulkan terbinanya negara ini adalah diasaskan kepada 3 teras utama, iaitu rupabentuk kepercayaan, kepelbagaian bangsa dan budaya yang wujud dan asal-usul atau asal-muasal sesebuah tanah air itu.

Hakikat ini mahu tidak mahu tiada siapa yang boleh menafikannya. Hanya mereka-mereka yang tidak mahu menerima realiti sahaja dengan bertuhankan kesombongan, riak dan takbur dirinya akan menafikan semua hakikat ini.

Selama mana teras ini digunakan dan diakui kebenarannya, selagi itulah negara akan terus utuh dan kukuh binaannya seperti mana aturan dan tertib senibina melayu.

Apabila ada pihak yang tidak mahu mengguna pakai lagi teras asas ini, dan bertindak menukar dan mencari teras yang selain darinya, maka sudah pasti hasil dan kualiti binaan baru ini akan berbeza dengan hasil dan kualiti binaan lama yang dibina berasaskan kelaziman aturan dan tertib asas sesebuah binaan.

Jika kayu meranti ditukar kepada kayu cengal, mungkin binaan itu akan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya, jika kayu meranti diganti dengan kayu pulai yang kelihatan rendang tapi rapuh, maka binaan itu tidak akan bertahan atau kekal lama.

Perlu diingat, rasmi pokok pulai, daunnya lebar, batang dan dahannya kelihatan licin, rendang dan cantik tapi sayang, terasnya "lompong dan rapuh".

Apakah wajar kelaziman pulai yang cepat mati dan kering, yang pasa lazimnya sesuai dijadikan unggun api untuk memasak lemang, dijadikan pula tiang seri membina rumah untuk keturunan hidup dan berkembang?

Sanggupkah kita melihat satu hari nanti anak, cucu dan cicit yang telah berkembang-biak, punah dengan sekelip mata dek gara-gara kecuaian dan kesilapan kita meletakkan asas yang salah dalam mendirikan sebuah institusi terpenting dalam usaha membina generasi masa depan?

Jika perjuangan berasaskan alif, ba, ta itu telah terbukti berjaya mendatangkan kejayaan kepada negara bangsa, kenapa ada pemimpin yang cuai dan cuba memandai-mandai mencipta dan mencari asas yang selain darinya, walhal asas ini belum pernah terbukti menjamin kejayaan?

Pemimpin dan parti-parti politik yang wujud hari ini harus memikirkan semula apakah keberanian mereka mengubah prinsip asas perjuangan demi maksud, samada untuk mengekalkan kuasa atau merampas kuasa ini, sudah difikirkan baik-buruknya secara mendalam untuk masa depan generasi?

Apakah "tukang" dan jurubina negara ini punya asas yang kukuh untuk menukar teras tiang seri cengal kepada teras pulai yang rapuh? Apakah hanya kerana pulai kelihatan cantik pada luaran dan mampu menarik minat ramai, maka ia sudah cukup untuk dijadikan teras?

Hari ini pokok "tut" dan pokok impot yang cantik-cantik terlalu banyak di pasaran hingga ramai yang sudah terkeliru mana satu yang betul-betul ori.

Pokok "mahkamah tinggi" diganti dengan pokok "mahkamah rakyat".
Pokok "ketuanan melayu" ditukar kepada "pokok ketuanan rakyat".
Pokok "islam sebagai agama rasmi disamping agama lain bebas diamalkan oleh penganutnya" sudah diganti dengan prosa "kepercayaan antara agama boleh dijadikan titik persamaan antara agama".
"Tiada tuhan melainkan ALLAH" sudah diliberalkan menjadi "Allah untuk semua agama".
Pokok perkara 11 perlembagaan menyebut "penganut agama lain tidak boleh menyebarkan kepercayaan mereka kepada penganut agama Islam" sudah ditebang tebas oleh khalid Al Walid PKR dan dibakar pula oleh Khalid Al Walid PAS hingga Hasan Ali hangus rentung akibat menentang kemurtadan.
Hutan belantara keistimewaan melayu/bumiputera sudah gondol 
menjadi hutan KSK akibat dari "kepandaian tak boleh diikut" pemimpin melayu Islam sendiri yang memperlekehkan segala peruntukan perlembagaan yang melindungi segala keistimewaan ini

Banyak lagi teras penting yang membolehkan negara ini selamat, aman dan makmur sudah dan sedang digantikan dengan teras-teras yang berbunyi molek tapi pada hakikatnya sedang disusun rapi untuk dimusnahkan satu persatu.

Kita hari ini ibarat pesalah yang sedang menunggu hukuman di tali gantung yang dibuat sendiri.

Parti-parti politik islam/melayu di negara ini sedang bekerja keras menyiapkan tali gantung ahli jemaah masing-masing yang beragama islam dan berbangsa melayu.

No comments:

Post a Comment