Monday, January 23, 2012

ROSMAH BOLEH MENYEBABKAN ANWAR JATUH BANKRAP....!!!

1. Di antara Anwar dan Rosmah, agaknya siapa yang paling banyak kena fitnah?
2. Antara dua individu ini, siapa agaknya yang paling mewah akan menerima harta rampasan pahala di padang masyar kelak?
3. Siapa pula agaknya antara 2 orang ini yang melakukan banyak pembaziran dan boros membelanjakan pahala sewenang-wenangnya semasa hidup di dunia?

Anwar disabitkan dengan segala macam masalah perlakuan moral.

Rosmah pula disabitkan dengan segala macam bentuk kemewahan dan digambarkan sebagai permaisuri shopping. 

Yang berbeza antara Anwar dan Rosmah ialah Anwar menjadi spin doctor kepada setiap gambaran imej mewah dan membazir yang dipalitkan kepada Rosmah, manakala Rosmah bukan spin doctor kepada masalah moral yang disabitkan kepada Anwar dan Rosmah tidak pernah naik ke pentas semata-mata mahu menyebar keburukan dan fitnah terhadap Anwar. 
Sebaliknya, segala sabitan terhadap masalah moral Anwar ini dilakukan oleh pihak pengadu sendiri (Dalam kes Liwat Saiful), manakala pendedahan isu video seks pula telah didedahkan sendiri oleh rakan karibnya yang juga dilihat wajahnya di dalam video yang didedahkan itu. 

Di dalam hal Anwar ini, rosmah tidak akan dihakimi di mahkamah Allah di mahsyar nanti. Yang terbabit nanti ialah orang-orang seperti Saiful, Dato Eskay dan lain-lain yang terbabit di dalam kes berkaitan. Jika ada pun, kalau Rosmah ada mengumpat Anwar sikit-sikit di sana sini.

Berdasarkan fakta ini, jelas Anwar tidak akan berjaya merampas sebarang pahala dari Rosmah jika ada pahala yang diberi oleh Allah kepada Rosmah semasa di dunia. Di dalam kes Rosmah-Anwar ini, jelas Rosmah tidak akan berjaya dibankrapkan oleh Anwar di padang mahsyar nanti.

Tetapi, jika semua tuduhan yang dilemparkan oleh Anwar terhadap Rosmah selama ini tidak benar, maka Anwar akan disabitkan dengan kesalahan memfitnah Rosmah di mahkamah agung Allah di mahsyar kelak. Jika ini yang berlaku, maka secara otomatik segala kemewahan pahala yang yang bertatahkan berlian jika terdapat di dalam simpanan Anwar akan jatuh ke tangan Rosmah.

Jika benar sekali pun segala tuduhan yang dilemparkan kepada Rosmah, maka ia akan jatuh dalam dosa menyebar dan mengumpat keburukan orang lain. Maka dengan kesalahan ini, segala harta kemewahan pahala Anwar juga akan dirampas dan akan diserahkan kepada Rosmah.

Di dalam ke dua-dua senario ini, Anwar boleh jatuh bankrap pahala, manakala Rosmah pula dapat dua kali kenikmatan, iaitu bermewah-mewah semasa di dunia(jika tuduhan Anwar benar) dan bermewah-mewah di akhirat hasil dari segala fitnah dan umpatan yang ditujukan kepada Rosmah sepanjang tempoh dia hidup di dunia terutama sewaktu dia menjadi isteri Perdana Menteri.

Manakala di pihak Anwar pula, dia akan mengalami dua kali musibah, iaitu semasa di dunia dan juga semasa di akhirat. Semasa di dunia menerima keaiban seantero dunia, dan di akhirat standard la.

Maaf. Ini hanya hypotesis saja...bukan nak jadi hakim mahkamah Ilahi.

No comments:

Post a Comment