Wednesday, January 25, 2012

NAJIB WAJIB AKUR CADANGAN ANWAR!!!

Rakyat Malaysia patut menyambut baik cadangan Anwar untuk merangka undang-undang anti-fitnah.
 
Jika undang-undang anti-fitnah ini dirangka disamping pindaan terhadap akta sodomi 377(A)(B) seperti yang dinyatakan oleh Anwar, sudah pasti ia akan memberi kelebihan kepada BN kerana selama ini tiada akta yang boleh menghalang segala kerja bohong, fitnah dan dusta Anwar dan gerombolannya.

Masalah sekarang ialah mereka bebas melempar apa juga isu samada berupa pembohongan atau pun fitnah tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Implikasi dari cadangan ini, mungkin pakatan akan kehilangan sebahagian besar pemimpinnya kerana dihukum terpenjara akibat dari terlalu banyak membuat fitnah dan konspirasi merosakkan nama pemimpin BN tanpa bukti yang jelas.

Sebaik saja undang-undang anti-fitnah ini diluluskan di Parlimen, bolehlah kita saman dan bawa semua pakar-pakar fitnah yang dilatih khusus oleh perunding antarabangsa iblis, syaitan & co ini ke mahkamah untuk diadili.

Undi bonus pemilihan UMNO telah dicadangkan oleh Ghafar Baba. Akhirnya mangsa pertama kepada undi bonus ini adalah Pak Ghafar sendiri. Anwarlah orangnya yang pertama menggunapakai kelebihan undi bonus ini untuk membenamkan Pak Ghafar.

Berdasarkan hukum karma, Anwar mungkin pesalah pertama yang akan dihukum melalui undang-undang ciptaannya sendiri kerana selama ini Anwar bergantung sepenuhnya kepada pendekatan bohong, fitnah dan dusta untuk meraih sokongan dan simpati sepertimana pesakit cancer bergantung kepada kimo.

Cadangan saya kepada kerajaan, sebaik saja undang-undang ini diluluskan, sel Penjara Sungai Buluh mesti dibesarkan lagi untuk menampung penempatan ribuan pemfitnah yang sedang bermaharajalela memfitnah di pentas-pentas ceramah dan laman2 web pembangkang.

1 comment:

  1. malu lah bro negara 'bertamadun'penjara mereka kosong dan makin kecil..ni negara 'islam' kena besarkan dan byk kan penjara,tak cukup ker taliban al qaeda semua tu..doa lah sesuatu yg menunjukkan kita sedang bertamadun..

    ReplyDelete