Saturday, January 28, 2012

PENYOKONG TAKSUB ANWAR LETAK BOM DI JAMBATAN PUTRAJAYA!!!!???

Rakyat Malaysia patut disaran supaya mengikuti setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Anwar. Insyaallah jika resepi ini diamalkan, semua orang akan dapat menilai siapa itu Anwar Ibrahim.

Kenyataan yang dibuat akhir-akhir ini semakin menunjukkan betapa minda Anwar benar-benar hilang fokus dan bercelaru. Mulutnya ibarat senapang patah yang mengeluarkan peluru sesat dan ditembak secara rambang bertujuan hanya untuk menakut-nakutkan musuh

Penembak sesat ini sebenarnya tidak tahu di mana kedudukan musuh, siapa musuh dia yang sebenar dan apa sebenarnya yang sedang dimusuhinya. Terlalu jelas kelihatan Anwar sebenarnya semakin terdesak. 

Dia nekad berbuat apa saja. Maksudnya hanya untuk melindungi kelemahan dan keruntuhan diri dengan cara mengebom semua laluan ke Putrajaya seolah-olah menggambarkan kepada rakyat bahawa Putrajaya sudah hampir mereka tawan.

Jika dengan kehebatan peluru pidato sesat, rakyat menganggap apa yang keluar dari mulutnya itu benar belaka, maka rendah sangatlah mental dan pemikiran para pendengar. Malanglah nasib para pendengar. Beruntunglah sesiapa yang dianugerahkan tuhan kepandaian berpidato. Malanglah nasib bagi sesiapa yang tidak diberi oleh tuhan kepetahan berkata-kata. 

Hilanglah sifat maha adil tuhan kalau begitu tafsirannya.

Saidina Ali pemidato hebat. Abdullah Ubai juga pemidato bijak di zamannya. Sukarno lebih hebat pidatonya. Hitler juga pemidato hebat dan dengan gabungan dari pakar propagandanya, Hitler berjaya menguasai pemikiran rakyat German.

Ramai lagi pemimpin yang dilahirkan tuhan samada pemimpin baik atau zalim yang dikurniakan tuhan kebolehan untuk memukau pendengar dengan kebolehan pidato. 

Tetapi di manakah ukuran kejayaan seseorang pemimpin itu? Adakah hanya setakat kebolehan pidato saja sudah cukup untuk kita letakkan seluruh kepercayaan untuk memimpin kita?

Jika peluru pidato itu saja sudah cukup syarat untuk menjadi pemimpin, maka Sardon Jubir lebih layak menjadi PM dari Tunku. Dato Harun lebih layak jadi PM dari Hussein Onn. Anuar Musa lebih layak dari Dolah Badawi atau Najib. Malah Ibrahim Ali juga sama layak dengan Anwar Ibrahim.

Jika pidato yang jadi asas kepimpinan, Abu Sufian atau Khalid Al Walid lebih layak menjadi Khalifah daripada Saidina Osman Affan.

Cubalah cari sendiri di dalam kitab akan kata-kata Saidina Ali, "barang siapa yang belajar pidato untuk kemasyuran, maka tidak akan diterima amalan mereka yang wajib mahu pun yang sunat".

Apa jaminan seorang pemidato hebat itu tidak menipu? Apakah bila seseorang itu pandai berkata-kata dan meyakinkan orang lain, maka  pasti dia seorang yang jujur dan ikhlas dalam perjuangannya?

Kepada para pendengar ceramah Anwar Ibrahim, dinasihatkan agar gunakan akal yang waras dan timbang dengan hati yang tulus setiap peluru sesat yang diungkapkan oleh Anwar. Janganlah merendahkan martabat tuan-tuan sehingga setaraf dengan ikan tilapia belaan. Dicampak makanan dihujung kolam, berduyun-duyun ke hujung. Dicampak ke pangkal terlari-lari ke pangkal. Dicampak mata kail, sedar-sedar mata kail tersangkut di anak tekak.

Inilah nasib yang diterima oleh mereka yang mudah teruja hanya dengan persembahan pidato yang memukau. 

Minda tertutup untuk menerima pandangan ke dua. Hati menjadi buta untuk menerima cahaya kebenaran sehingga wujud ketaksuban berlebihan kepada makhluk melebihi ketaksuban kepada Allah yang haq.

Malapetaka besar buat negara, apabila ada manusia diberi kelebihan yang dianugerahkan Allah, menyalahgunakan kebolehannya untuk memandu manusia dari jalan yang lurus kepada jalan berliku. Dari kedudukan jalan berliku menuju ke jalan mati.

Akhirnya, apabila kebenaran sudah sampai, Hitler bunuh diri, Napoleon juga minum racun.

No comments:

Post a Comment