Saturday, February 18, 2012

BOLASEPAK PUN DILACURKAN PKR....!!!!

Gaya politik PKR sudah jauh dari amalan dan etika sebuah parti siasah yang menjunjung amalan demokrasi. Mereka bebas mengamalkan peraturan yang mereka cipta sendiri.

Dalam permainan bolasepak tidak dibenarkan pemain selain dari penjaga gol memegang bola dengan apa cara sekali pun, tapi pemain PKR bebas memegang walaupun pengadil telah meniup wisel tanda ada kesalahan telah berlaku. Tapi bila pemain lawan dilihat terkena tangan walaupun di atas siku, pemain PKR akan kepong dan beei tekanan kepada pengadil supaya mereka diberi sepakan percuma.

Pemain-pemain PKR tidak peduli samada bola keluar padang, bentes kaki lawan atau kaki tendang kepala pemain lawan kerana bagi mereka itu semua peraturan kolot dan menyekat hak dan kebebasan sebagai pemain bolasepak di Stadium Demokrasi. Bagi mereka pengadil telah dicucuk hidung oleh pasukan lawan. Lawan tetap lawan.

Tapi jangan sekali-kali pihak lawan mengeluarkan bola dari padang. Jangan sekali-kali pihak lawan bentes pemain mereka. Jangan sekali-kali kepala mereka tertendang oleh pihak lawan. Jika pemain mereka dikasari, maka akan gegak gempitalah Stadium Demokrasi dengan rusuhan para penyokong. Lakonan pemain PKR yang berguling-guling ditengah padang akan menambah lagi keganasan penyokong PKR. Keadaan menjadi lebih panas apabila pengadil dikepong dan ditinju kerana dituduh tidak berlaku adil dan telah dirasuah oleh pihak lawan.

Ada juga kalangan pemain mereka yang mengambil kesempatan menghasut para penyokong supaya turun ke padang untuk menunjukkan betapa pengadil dan seluruh sistem permainan bolasepak telah dikuasai oleh pihak lawan. PKR menuduh permainan semuanya telah diatur oleh pihak lawan, termasuk menawarkan rasuah dan kemewahan kepada pemain mereka. Malah pemain dan penyokong mereka yang bertindak ganas juga adalah disebabkan oleh provokasi keterlaluan yang dilakukan oleh pihak lawan.

Mereka menuduh bukan saja FAM telah dikuasai oleh pihak lawan, malah PKR juga telah mendapat maklumat yang sahih bahawa pihak lawan juga telah cuba merasuah pegawai FIFA bagi menafikan kekuatan pemain PKR.

Pendek kata segala kerja kotor telah diusahakan oleh pihak lawan bagi menghalang PKR dari memenangi Piala Perdana Menteri kali ke 13.

Hakikatnya segala ruang yang ada di dalam Stadium Demokrasi berparlimen telah digunakan oleh pemain PKR untuk merapas Piala Perdana Menteri. Caranya ialah dengan pihak lawan mesti ikut segala peraturan tapi mereka harus dibebaskan untuk berbuat apa saja.

Inilah demokrasi harapan baru ala PKR...

1 comment:

  1. Hahaha!!! PKR tuduh dalam bolasepak pun bolaku konspirasi utk nak sokat puak dio.. itu bolun laie yg bawah bom mercun, lotupkan kek tompek duduk..lopeh tu tuduh polis yang buek mkojo tu...kah..kah..kah.. hebat catatan kau man..

    Jokiden

    ReplyDelete