Monday, February 27, 2012

GEMPAR!!! PAKATAN RAKYAT ARAH ANWAR BERCUTI!!!

“Justeru itu, kami menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian negatif dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berwajib,”.

BEGITU BUNYINYA KENYATAAN SEKRETARIAT PEJABAT MB SELANGOR!

Kalaulah semua pihak keluarkan kenyataan begini dalam semua kes yang melibatkan siasatan jenayah atau sebagainya bukan ke bagus!

Negara pasti aman kerana semua pihak memberi kepercayaan kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan.

Tapi masalahnya kenyataan seperti ini pun dikeluarkan secara berpilih dan tengok orang.

Kalaulah pucuk pimpinan Pakatan Random (PR) sepakat keluarkan kenyataan begini;

"Justeru itu, kami menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian negatif berkaitan kes liwat dan isu pendedahan video Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Random yang sedang dalam siasatan dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berwajib,”.

PASTI! RAKYAT DAN PENYOKONG ANWAR AKAN BERSIKAP RASIONAL DAN MAMPU BERFIKIR SECARA MATANG DAN PAKAI AKAL!!!

Jika pemimpin pakai akal yang waras, pengikut pun akan turut pakai akal, walaupun wujud emosi dalam diri.
Kalau pemimpin pakai emosi dan sentimen, pasti pengikut akan pakai kepala lutut untuk berfikir!
Kalau tidak masakan ada pepatah, "kalau bapak kencing berdiri, anak pasti kencing berlari."

No comments:

Post a Comment