Sunday, February 26, 2012

UST BADRUL DAH JAWAB! ANWAR DAH RESPON! PADAN MUKA BLOGGER PRO-UMNO!

Ustaz Badrul yang terkenal kerana CD zikir munajat itu dijangka akan mendapat sokongan dan simpati yang cukup tinggi dari sebahagian besar rakyat kerana kesanggupannya memberi kaunseling, walau pun pada jam 3 pagi di dalam bilik hotel terhadap isteri orang.

Lebih terharu, ustaz Badrul Amin tidak sempat untuk mengenakan pakaian dan hanya bertuala saja ketika pergi ke bilik wanita tersebut untuk memberi kaunseling secara one to one.

Apa yang lebih menyayat hati, suami wanita tersebut bersama lebih 20 samseng menentang keras usaha ustaz Badrul memberi kaunseling kepada isterinya. Ustaz badrul Amin yang begitu simpati dengan nasib pasangan suami isteri dan cuba untuk menyelamatkan rumahtangga mereka sebaliknya pula yang dipukul oleh samseng-samseng upahan suami wanita tersebut.

Suami wanita tersebut juga tanpa usul periksa, telah menghubungi Jabatan Agama Islam Pahang supaya mencekup Ustaz Badrul yang didapati bersama isterinya di bilik tersebut.

JAIP diberitakan hanya menurut saja arahan si suami dan sampai di tempat kejadian 20 minit kemudian.... 

Apa macam? Ok tak kalau pihak PKR spin cerita Ustaz Badrul macam ni? Hehehe...tak berapa menjadi kan? Aku tak pakar bidang ni...

Takpa, kita tunggu bagaimana pakar-pakar spin mereka pusing isu ini sehingga akhirnya akan menyebabkan UMNO juga akan didapati bersalah yang tidak ada kerja lain selain dari mengaibkan pemimpin-pemimpin PKR.

12 comments:

  1. Penat juga hari hari UMNO saja yang kena. Dapat publisiti murahan macam ni UMNO. Hahaha

    ReplyDelete
  2. 1.Badrul Amin dah dibayar 2 juta untuk rela ditangkap khalwat untuk selesai hutang dan juga tuntutan 2 org isteri...atau..
    2.Isteri org itu juga dibayar 2 juta...atau..
    3. Isteri org tu mesti dah jumpa DS Najib,Rosmah sertya ketua polis pahang untuk jalankan konspirasi...atau
    4.Semua ahli PKR yg menginap disitu juga disogok 2 juta seorang bagi tak membantu isteri org itu dtg mengadu...atau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5. Isteri orang itu akan di C4 oleh Rosmah diohadpaan suaminya untuk menutup salahlaku Najib
      6. Isteri orang itu terlibat sebagai penterjemahan untuk membeli torpedo badrul amin
      7. Inafiona dihadiahkan cincin RM24 juta untuk membenarkan badrul kahwin lagi, isteri pertama dah tak peduli

      Delete
  3. atau 5. mungkin penulis sendiri dah dibayar RM2juta untuk buat cerita

    ReplyDelete
  4. atau selepas ni undang-undang khalwat akan dimansuhkan kerana .....

    ReplyDelete
  5. Maso boghucap di Kuantan Nuar dah toghangkan memang ini kojo UMNO, konspirasi UMNO nak aibkan pomimpin PKR... Laie pun kan anak ea ado samo, isteri oghang tu bawak anak ea sokali.. mano dtg ea isu khalwat ni.. sah BN dah tak ado modal lain... hahaha, UBA pun dah jawab dah... maso kono tangkap dio soghang yo dlm bilik tu...

    Jokiden

    ReplyDelete
    Replies
    1. oi ngot bawak anak tu strategi pasangan khalwat supaya orang ingat laki binilah.Ko nikurang membaca.Si Mr bad tu ditangkap khalwat oleh laki pompuan tu.

      Delete
    2. Ese nak nyampok laie aaa.. solalu ea jam 2.00 pagi tak ado bilik hotel yg kosong doh, kok adopun dio oghang cakap "tak ado bilik kosong..ponuh!!!" tapi UBA dapek pulak bilik untuk isteri oghang tu ngan anak ea.. Ado tak blogger pro BN yg cokap sikit dan bulih dapekan tarikh sobona UBA booking bilik tu... mano tau kok dio dah booking duo tigo aghi sobolun tu...

      Jokiden

      Delete
  6. yg baik jadikan teladan,tak baik jadikan sempadan.ni kes langgar sempadan la ni.

    ReplyDelete
  7. Lebih terharu, ustaz Badrul Amin tidak sempat untuk mengenakan pakaian dan hanya bertuala saja ketika pergi ke bilik wanita tersebut...ahahahahaha......kalau dah nafsu!!!

    ReplyDelete
  8. cacai pr semakin terer spin diorang haha ibarat baca haramkah,penuh lawak XD

    ReplyDelete