1. Kalaulah politikus lain sudah lama tewas, tapi dia sangat tabah menghadapi apa juga kerja jahat pimpinan Umno untuk membunuh karier politiknya.
2. Beliau sanggup gadaikan diri dan keluarganya demi memperjuangkan nasib rakyat Malaysia.
- Itu pandangan pentaksub Anwar yang menganggap Anwar pasti maksum.
Bagaimana pula pandangan pihak yang tiada ketaksuban?
1. Kalaulah politikus lain sudah lama tewas. Ada yang baru setakat keluar gossip dan cakap dengar pun sudah letak jawatan. Ada yang baru buka kertas siasatan pun sudah diarah bercuti sehingga siasatan selesai dijalankan. Ada pulak tu, bila sudah dibicara di mahkamah dan didesak oleh pelbagai pihak baru letak jawatan.
2. Beliau sanggup gadaikan diri dan keluarganya demi mempertahankan ego politiknya untuk terus bertahan dalam arus politik perdana. Dia benar-benar nekad walaupun terlalu banyak perkara yang meragukan dan menjadi tanda tanya rakyat.
Bagaimana pula komen kenalan rapat yang tahu luar dalam dan bersama dengan beliau di dalam kerja-kerja peribadi?
1. Saya mendedahkan ini demi untuk menyelamatkan Malaysia dari berperdana menterikan seorang yang rosak moral.
2. Saya ada bukti, malah sayalah orangnya yang membekal dan menguruskan wanita-wanita untuk hidangan beliau.
3. Sayalah orang ke tiga yang dilihat di dalam video tersebut.
4. Seorang biseksual tidak layak dan tak boleh sama sekali dibenarkan untuk menjadi Perdana Menteri.
Buka mata besar-besar. Buka minda luas-luas. Beristighfar dan minta petunjuk supaya hati menjadi rasional dan sentimen taksub terhapus. Lapangkan dada, jiwa dan pemikiran dari sebarang sifat bias dan asobiyyah.
Bila sudah dilakukan semua syarat-syarat ini, barulah kamu akan temui kebenaran.
No comments:
Post a Comment