Tuesday, March 27, 2012

LAIN JGN CERITA...APAHAL PUN KASI MATI UMNO DULU!!


Bukan saja kerajaan persekutuan harus dinilai prestasi pentadbirannya sepanjang sessi pemerintahan 2008-2013. Kerajaan negeri pun sama.

Kerajaan negeri samada kerajaan BN ataupun tadbiran pembangkang juga perlu dinilai prestasinya oleh rakyat. Jangan hanya tahu berhujah pasal konsep federalism dan bidang kuasa kerajaan negeri saja. Tapi bila ada kelemahan tunjuk jari pada kerajaan pusat.

Bila ada perkara baik yang berlaku, cepat-cepat claim ini kerja kerajaan negeri yang ditadbir pakatan. Tapi bila ada keburukan dan kelemahan, itu adalah peninggalan pemerintah korup kerajaan BN.

Rakyat berhak menyoal ke dua-dua parti pemerintah yang sedang mentadbir sekarang ini. Gunakan hak untuk mempersoal secara adil dan rasional. Bukan semata-mata bersandarkan kepada sentimen politik kepartian.  Bila wujud penyelewengan oleh parti yang didokong, dibutakan mata dan hati, tapi bila ada saja kesilapan parti lawan, tokok tambah lebih banyak dari yang benar. Ular lidi pun dikata naga.

Tengoklah kerajaan PKR Selangor. 

Isu kroni pasir sampai tahap bunuh-bunuh. Isu tanah milik Yayasan Selangor suka selesaikan masalah dengan cara tutup sekolah. Ditutup tsnoa diganti. Semua ini semata-mata disebabkan terbeliak mata tengok harga tanah yang bernilai ratusan juta. 

Pentadbiran majlis kerajaan tempatan takut bertindak membenteras kewujudan rumah urut disebabkan gangster sudah naik lemak kerana ada YB Dap yang backup. Kempen Selangorku dengan imej negeri terkaya, tidak sepadan dengan timbunan sampah sarap yang tidak terurus. 

Pemimpin yang memerintah, macam beruk dapat bunga. Tidak layak dan tidak tahu mengurus sebuah negeri yang kaya. Keceriaan sebagai sebuah negeri yang kaya tidak kelihatan langsung.

Pemimpin pakatan hanya pakar dalam meyakinkan rakyat suoaya beri mandat tapi tidak tahu mengurus mandat yang diberi.

Lebih malang lagi, segala kelemahan dan penyelewengan yang berlaku ini tidak dipertikaikan langsung oleh penyokong mereka. Penyokong tak kisah pun apa nak jadi dengan rakyat dan negeri.

Ini semua terjadi disebabkan sudah tersemat di dalam kepala penyokong mereka satu kegilaan hakiki, iaitu apa pun nak jadi biarlah, asal bukan UMNO.

Mereka tidak mahu berfikir soal lain, selain dari hanya berfikir bagaimana mahu memastikan UMNO  tinggal batu nisan. Tamatkan riwayat UMNO dulu. Kemudian baru fikir macam mana nak menyusun kerajaan dan pentadbiran.

Apa-apa pun kasi hantam ini umno sampai mati dulu. Lain-lain hat blakang crita..

No comments:

Post a Comment