Wednesday, March 21, 2012

MAT HASAN PERLU JUMPA TUN DAIM...


Apa yang dimaksudkan oleh Tun Daim, bila dia menyebut, "Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan 6 kerusi, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus".

Masalah khusus perlu penyelesaian secara khusus juga. Masalah khusus tidak boleh diselesaikan secara umum.

Kalau diserkap jarang maksud Daim tu, saya pasti salah satunya tidak lain tidak bukan ialah masalah pucuk pimpinan BN/UMNO Negeri Sembilan. Ada sesiapa yang cuba menafikan perkara khusus ini? 

Berilah fakta apa pun untuk menafikan serkap jarang ini, hakikatnya sejak 2004 hingga hari ini, kegagalan paling besar Mohamad Hasan di Negeri Sembilan ialah ketidakupayaan beliau untuk memberi suntikan "leadership" yang boleh menambahkukuhkan "unity" di kalangan pimpinan UMNO bahagian-bahagian di seluruh NSDK. 

Beliau masih gagal mendapat sokongan dan kerjasama dari hampir 2/3 bahagian-bahagian di NS, walaupun sudah 2 penggal diberi peluang memimpin negeri.

Gerakerja UMNO NSDK untuk menghadapi PRU13 hingga saat ini masih tak nampak, seolah-olah PRU13 akan berlangsung lagi 3 tahun. Lawatan PM dan TPM ke negeri-negeri gagal dimenafaatkan sepenuhnya oleh UMNO/BN Negeri Sembilan bagi menarik sokongan massa dari rakyat. 
Sebaliknya, platform lawatan PM/TPM  ini dijadikan tunggangan pula oleh Mohamad Hasan untuk menaikkan imej peribadinya selaku ketua kerajaan dan parti.

Projek "merebut kasih" pucuk pimpinan lebih diutamakan dari menarik semula kasih rakyat kepada BN, sehingga sebahagian besar dari pimpinan UMNO Bahagian-bahagian tidak tahu pun itinerary program lawatan PM/TPM. Akibatnya, sambutan terhadap lawatan PM/TPM ke NS jauh lebih hambar jika dibandingkan lawatan PM/TPM ke negeri-negeri lain.

Terdapat bahagian di Negeri Sembilan, di mana pihak SB polis sendiri terpaksa menaikkan bendera BN secara senyap-senyap kerana Bahagian UMNO ini langsung tak buat kerja!! Ini kojo pandir!

Tiada siapa yang paling layak untuk dipersalahkan, melainkan Mohamad Hasan selaku MB dan Ketua Perhubungan. Pendekatan kasih bertompok, benci melata telah menjejaskan moral dan semangat sebahagian besar dari loyalist dan pendokong parti di Negeri Sembilan.

Bagaimana orang lain mahu menumpahkan keikhlasan dan khidmat bakti kepada parti, jika prinsip kepimpinan "kasih bertompok-tompok, benci merata-rata", menjadi resepi terpenting beliau dalam mentadbir parti dan kerajaan?

Jika benci dengan Ketua Bahagian, tumpahkan kasih kepada timbalan. Jika tidak suai dengan ketua pemuda, jalin hubungan sulit dengan naib ketua. Tak boleh masuk angin dengan wanita, kipas ketua puteri. Barangkali sifat rasa bersalah memang tiada dalam kamus hidupnya. Sifat "resmi ular menyusur akar", langsung tiada dalam diri. 

Imej "arrogant" pimpinan UMNO adalah di antara penyumbang terpenting kepada prestasi buruk UMNO dalam PRU12 yang lalu.

Sehingga hari ini tiada tanda-tanda, Mohamad Hasan bersedia untuk membuang sifat ini dalam menangani kemelut perpecahan di kalangan pemimpin UMNO Negeri Sembilan.

Mahu dibawa ke mana atau mahu ditunjuk kepada siapa sifat "arrogant" ini sehingga mahu ditatang seperti menatang minyak yang penuh?

Perhatian khusus seperti disaran Tun Daim mungkin sudah sampai ke tahap wajib untuk diusahakan, jika pucuk pimpinan serious mahu menyelamatkan Negeri Sembilan dari menerima realiti kehilangan satu lagi kerajaan negeri pada PRU 13 ini.

Selaku ahli UMNO di Negeri Sembilan, saya bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis, demi masa depan agama, bangsa dan tanah tumpah darah nenek moyang saya.

Salam.

6 comments:

  1. mmg betul tu..MBNS kojo sodar dio tidak mendapat sokongan yg jitu dr UMNO Bhg2 dan ahli2 UMNO disebabkan masalah yang dia cipta sendiri.

    ReplyDelete
  2. PM DS Najib Turun di Kg Abok,Sbn..Mat Hasan Failed! - 1,000 org yor yg dtg! apo kelas PM turun 1,000 yor yg datang. TPM TS Muhyidin dtg ke Johol, tak smpi 500 org dtg itu pun di talo eh berucap kek Mat Hasan di sek agama johol smpi 1 jam lobih, nunjuk handal dio, protokol dah silap, smpi giliran Muhyidin berucap org2 kg dah paneh dan sibuk nak balik, memalukan boto! Plz lah, Tukar lah Mat Hasan ni lps PRU 13 ni, Tlg lah dgr rintihan ahli2 UMNO bawahan di NS ni DS Najib dan TS Muhyidin.

    ReplyDelete
  3. orang gilo koso mmg camtu... hidung tinggi lak tu, tak sodar diri. sapo yang nk ngundi ekau kali ni, MH? lombu2 NFC dan PATI ajolah..

    ReplyDelete
  4. Mat Hassan akan jadi dikenang sebagai MB yang paling hampeh dan kalau tak kono caro eh ..diingat org sebagai MB yg bori pembangkang memerintah NS. Org koperat kono eh ..koperat ayah dio agak eh ..balaci tan sri yo marin tu ..tukang boli teh arwah tan sri marin. Perangai dongki dan bodoh sombong tak hilang lagi dari dulu. Sesiapo yg konon eh baik ngan PM tu ese mintak tolonglah kobar kek dio ..punah NS togah dek dio ni ..

    ReplyDelete
  5. akan di tukar ke kementerian belia dan sukan selepas ini...

    ReplyDelete
  6. Hahaha...bongih boto waghih-waghih kek ateh tu... Jangan comeh bona, NSDK totap milik BN, meh kito buktikan ramalan Tun Daim tu moleset..Aghi Sabtu ni PM plak datang ko PD, meh kito poie intai-intai ghamai-ghamai.

    ReplyDelete