Ibu kepada sekalian pilihanraya semakin hampir dan hampir mencecah suhu kepanasan maksimum. PM mengisytiharkan PRU13 adalah ibu kepada seluruh PRU. Pakatan juga turut bersetuju dengan label yang diberi oleh PM Najib.
Anwar juga menganggapkan PRU13 sebagai satu-satunya baki peluang yang tinggal untuk dia menyambung nyawa politiknya. Bagi Anwar PRU 13 samalah seperti mahkamah rayuan tertinggi dan terakhir yang bakal menentukan sama ada dia akan dilepaskan atau dijatuhkan hukuman gantung politik sampai mati.
Kenyataan dari kalangan pemimpin ini menunjukkan betapa getirnya PRU13 yang akan berlangsung bila-bila masa dari sekarang.
Dalam kegetiran ini, jelas dapat dilihat penampilan pemimpin dan parti masing-masing dalam usaha meningkatkan sokongan rakyat. Siapa yang terdesak dan siapa yang kelihatan fokus dan tenang. Siapa yang serious dan kekal berpolitik menurut etika demokrasi dan siapa yang sering tersasar dari amalan demokrasi sebenar.
Menurut Laporan Kajian dan Analisa terakhir yang dijalankan oleh Merdeka Tengah, Ranking teratas pemimpin yang paling terdesak, jatuh kepada Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PKR. Tempat ke dua digondol oleh para pemimpin PAS. Manakala tempat ke 3, jatuh kepada MCA. DAP jatuh di tempat ke 4.
Asas kajian dan penilaian ranking@tahap terdesak ini dibuat berdasarkan kepada tahap ‘melatah’ yang ditunjukkan oleh para pemimpin parti ketika berhadapan dengan suasana getir.
Ternyata, tiada siapa yang mampu menandingi Anwar dalam hal-ehwal yang berkait dengan melatah ini. Secara psikologinya, tahap ‘latah’ sangat terkesan sekali dengan penyakit desperado atau terdesak yang dihidapi oleh seseorang. Semakin tinggi tahap terdesak, akan semakin kuatlah seseorang itu melatah. Kadang-kadang tahap melatah ini akan menjangkau hingga sampai tahap meracau. Ia bergantung pada kekuatan mental seseorang.
Kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh Anwar apabila menghampiri pusingan terakhir PRU13. Jaminan keselamatan Israel dan percubaannya untuk membuat damage control telah menambah-parahkan persepsi rakyat dan masyarakat dunia Islam terhadapnya.
Kenyataannya mengiktiraf LBGT dan pegangan prinsipnya yang menganggap sesuatu hubungan seks, sama ada sama atau berlainan jenis yang dilakukan bukan di tempat awam tidak harus diganggu dan diaibkan, amatlah pelik bagi orang Islam yang jahil mahupun yang berpengetahuan. Jelas sekali, ideologi sebeginilah yang telah menyebabkan Nabi Lut memohon kepada Allah swt supaya diturunkan bala kepada umatnya.
Kemaruk kuasa yang di luar kawalan telah menyebabkan pemimpin-pemimpin PAS turut menanam saham di dalam menyumbang kepada kehancuran umat Islam dan Melayu di negara ini. Tidak pernah termimpi oleh seluruh umat Melayu Islam, walaupun oleh Ahlul UMNO paling jahil, bahawa satu hari nanti pemimpin PAS akan berpeluk tubuh dan membutakan mata apabila melihat manusia Melayu dan Islam menyokong Israel Zionis dan LBGT secara terang-terangan. Hanya disebabkan kenyataan ini dikeluarkan oleh Anwar, seluruh pemimpin PAS jadi serba salah sama ada untuk menyokong pendirian Anwar atau menyokong hukum yang Allah turunkan!
Segala prinsip asal yang selama ini ‘menjunjung al Quran dan assunnah’ telah dikompromi dan dilunakkan hanya semata-mata demi kemenangan PRU dan sifat kemaruk untuk menguasai Putrajaya.
Melatah MCA dan Dap tak payah ulaslah buat masa ini. Cina ni sama je walaupun baju lain-lain.
Kita akan terus saksikan episod melatah ini hinggalah sampai hari mengundi. Rakyat pilihlah mana satu yang kamu suka. Nak pilih orang berpenyakit latah ke, nak pilih orang yang takut manusia melebihi ketakutan kepada Allah ke,..terpulanglah.
siapa pemimpin2 pemerintah yang tak kaya-raya hasil dari memegang jawatan sebagai menteri , menteri beasr, ketua menteri ?
ReplyDeletebagaimana kekayaan yg diperolehi oleh khir toyo, azalina, rahman bakar, mohamad taib, isa samad, tu m, anak tun mahathir, anak tajuddin, allahyarham megat junid, aziz shamsuddin, shahidan kassim dan banyak lagi kalau disenaraikan. berapa banyak kj buat pinjaman mudah dgn sme ratus juta, zaid ibrahim buat pinjaman dgn sme ratus juta (semasa dlm umno), kenapa bank industri ditutup ? kenapa bank islam diberi suntikan ? kenapa projek rm2.2b diberik pada peguam umno dan pada bekas isteri hakim apa kelebihan merit yg dia ada ? nfc rm250 juta dgn geran rm 6juta, berapa banyak mustapha punya ap bagi kat proxy. semua mereka kaya raya dgn hasil negara dan wang negara. rakyat miskin dan dihimpit dgn harga barang semakin hari terus naik. berapa percent pemimpin umno yg betul2 ikhlas membantu rakyat? semua keluarga dan kroni betambah kaya. saudara kk pun dulu tak ada apa2 sekarang mungkin dah kaya dapat saham berjuta tak termasuk komisen betul tak ? dalam umno jadi kroni saja boleh kaya-raya saudara ini kan pula ada jawatan. pemimpin dan bakal pemimpin melayu banyak dibeli oleh cina sebab cina mempunyai wang. rizal merican kaya mana dia ambil duit apa dia buat semasa dgn pak lah berapa komisen dia dapat. kalau nak diceritakan masalah rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa pemimpin bn ianya boleh dibukukan. menjadi setiausaha politk pun boleh kaya-raya cuba tanya wak markiman kobiran dan yg lain2.......... walahualam