Monday, March 19, 2012

CUKUP..CUKUP! JANGAN LAYAN LAGI VIDEO ANWAR...!!

Suntingan dari artikel Panglima Perang Cyber...

Limpahan kesenangan yang dinikmati rakyat melalui Kr1m Br1m dll termasuklah subsidi selama ini, terbukti telah menaikkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri bukan sebaliknya mengikut kajian Merdeka. Center.

Seperkara lagi antara kita masih dengar ada orang yang mahu kita guna cara menyerang menggunakan video lucah untuk menaikkan Barisan Nasional, soalannya adakah ia perlu lagi selepas semua perkara baik untuk rakyat sudah berjaya dilaksana?

Panglima tertarik pandangan seorang blogger otai Zahrain Hashim yang turut tidak bersetuju video seks digunakan untuk membunuh Anwar dalam majlis tertutup di Hotel KLIH di KL semalam. Walaupun beliau sering mencipta kontroversi namun pemikirannya wajar diteliti untuk masa hadapan negara kita.

Ia juga dikongsi seorang lagi otai blogger yang ditemui, menyifatkan serangan terhadap Anwar Ibrahim isu video seks adalah berbentuk individu manakala serangan Pakatan kepada BN berbentuk dasar yang melibatkan Kerajaan. Itu membezakan serangan pembangkang dan BN.

Meskipun anda mahu ataupun tidak mahu menerima cadangan ini, marilah kita berfikir adakah betul strategi yg kita gunakan atau tidak. Ada pandangan memberitahu rakyat tidak gembira dengan isu video seks sebelum ini kerana ia boleh merosakkan anak muda kita selain memalukan ibubapa..

Video Anwar menari yang ada di youtube sudah cukup baik untuk membuktikan beliau sihat dan boleh meliwat atau berzina - untuk mendedahkan pembohongan beliau yang didakwa sakit tulang belakang dan mustahil mampu meliwat orang.

Anwar sudah hampir musnah walau tidak dibantu video lucahnya kerana kita menyerang dasar Pakatan bukan peribadi pemimpinnya. Dasar dan pegangan merekalah seperti isu Kalimah Allah dan Islam Liberal yang menjadi sasaran kita kerana ia terbukti merugikan rakyat dan agama bukan menguntungkan kita.

Tindakan menyerang menggunakan video seks beliau dikhuatiri menimbulkan persepsi bahawa ia dihasilkan oleh Umno untuk menfitnah Anwar walaupun ia jelas milik beliau dan tidak ada kaitan dengan Umno atau Barisan Nasional.

Ia juga akan menimbulkan persepsi bahawa Anwar sangat hebat sehingga video seks pula terpaksa digunakan kerana beliau. terlalu kebal untuk ditembusi 'peluru' isu biasa. Walhal ia sudah pun mencederakan beliau dan hampir 'mematikannya' !!!

Ini hanya pandangan Panglima dan terpulang kepada anda untuk menilainya.

Maaf Panglima bukan ada Phd atau gelaran Datuk, cuma ada sekeping hati dan akal yang diberi Ilahi untuk berfikir tentang perkara taktikal ini berdasarkan perbincangan dua tiga pihak dan analisa beberapa peringkat.

Ada pegawai khas PM pernah berkata, YAB Perdana Menteri tidak menerima video lucah kerana ia benda kotor, wajar difahami oleh rakyat termasuk kita sebagai blogger pembela negara.

Komen kepal nasi: Setuju sangat. Walau bagaimana pun perlu diketahui juga oleh rakyat Malaysia bahawa UMNO tidak pernah campur hal liwat ke liwat, video ke video Anwar ni. Yang memanaskan isu ialah media maya dan cetak yang pro samada kepada BN atau pakatan. 
PM Najib tak pernah ambil pusing pun. Yang cuba membabit-babitkan PM dan UMNO bila timbil isu hodoh Anwar ni, pembangkanglah. Bukan UMNO. Pembangkang tuduh ini semua kerja kotor UMNO untuk rosakkan Anwar. Walhal UMNO campur ke tak campur ke....memang Anwar tu dah rosak dan punah ranah pun...

2 comments:

  1. Kononya berkatalah kepal nasi, Setuju sangat. Walau bagaimana pun perlu diketahui juga oleh rakyat Malaysia bahawa UMNO tidak pernah campur hal liwat ke liwat, video ke video Anwar ni. Yang memanaskan isu ialah media maya dan cetak yang pro samada kepada BN atau pakatan.

    Usah baling batu sembunyi tanganlah......

    Kan media maya dan cetak yg pro umno tu ditaja oleh umno, umnolah yg suruh barua ni buat kerja jahat ni, nak berbahas dng Anwar takut, maka di bayarlah blogger haprak utk menggoreng isu basi ini sampai hangit.....tui.

    Org bercakap soal bagaimana mahu mengurangkan jenayah rasuah keperingkat seminima munkin manakala pemimpin umno/BN membuat rasuah kerana " semasa berkuasa inilah peluang kita ".....

    Itulah sebabnya saya berani kata hanya org bebal sahaja lagi yg mahu terus menyokong BN di PRU ke 13 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn anon diatas "hanya org bebal sahaja lagi yg mahu terus menyokong BN di PRU ke 13 nanti"

      tetapi

      Hanya yg BANGANG dan X BEROTAK sahaja yg
      YG SANGGUP MENYOKONG pakatan rakyat yg telah
      terbukti memijak kepala rakyat yg bodoh untuk kekayaan kroni2 mereka....

      Delete