Monday, March 26, 2012

PELUANG PAKATAN MAKIN TIPIS UNTUK PERTAHAN KERAJAAN!!!


Beberapa fakta dan berita yang perlu diulangkaji minggu ini;

1. Bekas-bekas rakan karib Anwar bergabung dan cabar Anwar saman mereka.
2. Anwar hantar notis saman pada Nalla seperti yang pernah dibuat 6 tahun dulu, bila Nalla claim Anwar terima RM60 juta dari judi Magnum. Dalam tempoh 30 hari Anwar perlu saman. Jika tidak Anwar kira saja-saja gempaklah dengan harapan rakyat akan fikir Anwar berani saman. Samalah game dia hantar notis tapi tak saman dalam kes Nalla yang dulu.
3. Sejak akhir-akhir ini ada tanda-tanda PAS mahu lepas tengkuk dari terpalit dengan isu Anwar yang terlalu banyak bawa masalah dan beban yang bukan kepalang pada PAS seperti isu keselamatan Israel, isu peribadi yang dibongkar oleh sahabat sendiri dll. PAS amat takut isu ini mungkin boleh membunuh pandangan baik orang melayu Islam, sebaliknya pula boleh membibit pandangan sinis rakyat terhadap Pas.
3. PKR Selangor makin caca merba. Dalam dewan MB Khalid dengan Azmin dah membalun sama sendiri. Hasan Ali dapat pentas baru hentam adun PAS dan PKR. Memang peninglah barisan kerajaan pakatan.
4. Penyokong tegar PKR dan PAS tutup terus pintu hati dan akal yang waras. Pandangan selain dari pandangan mereka sudah pasti dianggap salah, fitnah dan jahat. Justru, jadilah mereka setaraf dengan perangai Abu Jahal. Nabi Muhammad saw baru nak ajak untuk hadir ke majlis yang akan diadakan baginda, Abu Jahal sudah tutup terus pintu hati dan tempelak anak saudaranya,"aku dah tahu apa kau nak cakap, tak kuasaa aku!".
5. Sementara itu PM & TPM sudah memasuki pusingan terakhir turun padang bertemu rakyat sebelum PRU diumumkan. Sambutan rakyat semakin hari semakin hebat. Puluhan ribu turun menyambut pemimpin. Sebaliknya sesi turun padang pakatan pembangkang, sambutan semakin hari semakin merudum. Kebanyakan majlis lebih banyak kerusi dari manusia.
6. BN telah konsisten menunaikan janji dan hampir setiap minggu ada saja bebanan kos hidup rakyat yang dikurangkan atau dihapuskan seperti tol dan bantuan secara langsung kepada rakyat, manakala di pihak pembangkang pula masih melaungkan azan tanpa henti sehingga tak ada kesempatan untuk menunaikan sembahyang. Saya berjanji... saya akan mempastikan... pakatan akan... bla bla bla. Itu sajalah laungan tanpa henti yang mereka mampu buat. Semua janji tertunggak dan ada yang sudah jadi janji yang dah dihapus kira seperti hutang lapuk.

Sekian ringkasan berita mingguan dari agensi kepal nasi.

No comments:

Post a Comment