Monday, March 26, 2012

AZMIN-SHAMSIDAR PERNAH CINA BUTA!!??


Babak-babak akhir yang berlaku kini beransur-ansur menenggelamkan ayat-ayat retorik, pembohongan, fitnah dan janji-janji kosong. Tidak banyak lagi ruang untuk pembangkang bebas beretorika, berbohong, melakukan fitnah dan membuat janji kosong sewenang-wenang.

Rakyat beransur-ansur telah mula kembali rasional dan tidak bertindak atau berfikir secara melulu dan emosional. Rakyat akhirnya bertarung dengan keadaan dan realiti sebenar yang berlaku di sekelilingnya.

Rakyat atau manusia akhirnya akan berpijak dibumi nyata, iaitu mereka akan memberi keutamaan kepada siapa yang boleh dan berupaya memenuhi keperluan hidup diri, keluarga, keperluan pendidikan, perniagaan atau pun pekerjaan yang sedang dinikmatinya.

Majoriti rakyat juga akan mengutamakan lain-lain survival seperti soal keselamatan, kemudahan dan keupayaan untuk mereka terus berkembang maju dalam hidup dan terus menikmati faedah tanpa adanya kemudaratan yang boleh menjejaskan semua yang telah dan sedang mereka nikmati.

Golongan yang cenderung menghadkan ruang-lingkup kehidupan mereka hanya dari sudut kacamata politik dan kuasa amatlah minoriti bilangannya. Golongan ini berpendapat seolah-olah "hari takkan siang jika ayam tak berkokok ataupun hari takkan malam kalau unggas tak berbunyi".

Golongan minoriti inilah yang sedang panik dan terdesak. Mereka sedang melakukan apa saja untuk survive apabila semakin dekat dengan PRU.

Mereka sedang hebat berusaha menukar pemikiran rakyat dari realistik kepada retorik, dari rasional kepada emosional dan dari janji-janji nyata kepada buaian janji-janji kosong menggapai bulan dan bintang.

Ada ke patut orang yang bermata satu mahu menawarkan khidmat ujian optometris? Itu sebab ramai hari ini yang menyangka peluru berpandu itu roket. Berbondong-bondong mahu naik peluru berpandu yang disangka roket untuk naik ke bulan, akhirnya agama, bangsa dan tanah air sendiri terancam disebabkan kelabu mata dan fikiran.

Puak pembangkang hanya boleh hidup dengan retorik, mainan emosi dan janji-janji yang tidak berpijak di bumi nyata.

Kalau mahu belajar bagaimana mahu menjadi penjual obat yang berkesan, datanglah selalu ke ceramah pembangkang.

Di sana akan kita pelajari kemahiran silat lidah, cara berkesan untuk menawan pendengar, bagaimana untuk berbohong tapi kelihatan benar, bagaimana untuk kelihatan seperti dianiaya dan dizalimi walau pun diri sendiri lebih zalim, dan macam-macam lagi kemahiran boleh dipelajari jika kita rajin mendengar ceramah PAS, PKR dan DAP.

Kaedah terakhir pembangkang hari ini dalam usaha meyakinkan rakyat supaya menyokong mereka ialah melalui kaedah "cina buta".

"Beri peluang pakatan memerintah sepenggal. Untuk percubaan! Jika pakatan pun sama macam UMNO, rasuah dan kaki bolot harta, ambillah balik kuasa dan beri pada UMNO semula. Ini saja caranya untuk ajar pemimpin UMNO."

Hanya golongan "gila talak" yang telah melafazkan talak 3 pada si isteri saja yang sanggup untuk menggunakan kaedah "cina buta" semata-mata untuk memperisterikan kembali jandanya.

Masalahnya, siapa yang mahu menjadi pak sanggup? Kalau pakatan dah dapat kuasa sampai mati pun mereka takkan ceraikan kuasa yang telah diberi oleh rakyat. Dah sedap-sedap beradu, pagi-pagi terus cerai dan pulangkan balik isteri. Hamid Gurkha pun tau apa itu keseronokan beristeri.

Cukupkah sekadar membuat janji "cina buta" dan bersedia menjadi "pak sanggup" dijadikan manifesto pembangkang untuk berhadapan dengan BN?

Hakikatnya, pakatan sudah hilang maruah, magnimity dan lain-lain syarat sah untuk diterima sebagai akternatif kepada Barisan Nasional.

1 comment:

  1. jika kita berfikir menggunakan akal fikiran kita sentiasa nampak kesalahan kita sendiri .jika kita berfikir menggunakan hati dan perasaan kita sentiasa nampak kesalahan orang lain.

    ReplyDelete