Lusa hari Ahad 25 Mac ini, Dong Zong Apakenamanya akan mengadakan satu perhimpunan ( Halal atau Haram ? ) bagi menuntut kerajaan memanggil balik guru yang mengajar Bahasa Malaysia atau Bahasa Kebangsaan Malaysia yang tidak pandai cakap bahasa cina. Parti Dap pula menyokong sepenuhnya usaha ini.
Mereka menuntut kerajaan memastikan SEMUA guru dan kaunselor yang mengajar di sekolah cina, tak kiralah matapelajaran apapun mestilah fasih dalam bahasa cina.
Blogger otai JMD yang sekarang jarang sekali menulis ada artikel terbaru 3 hari lalu mengenai isu ini. JMD mempersoalkan kewajaran tuntutan mereka dan penglibatan Dap yang kononnya memperjuangkan Malaysia First Chinese Second dalam isu ini. Helen Ang juga ada artikel yang menarik.
Hairan ya ..... Apa masalahnya kalau guru Bahasa Malaysia tidak pandai berbahasa cina ? Yang saya nampak dan TERBUKTI sekiranya ingin cepat pandai dalam mempelajari mana-mana bahasa adalah dalam keadaan penggunaan bahasa itu sepenuhnya.
Cuba tanya SIAPA PUN yang pernah pergi luarnegara untuk melanjutkan pengajian .... antara subjek utama yang diurgentkan adalah mempelajari bahasa negara itu kerana bukan saja ia memastikan mereka mampu mengikuti pengajian yang diajar dalam bahasa itu, ia juga memudahkan perjalanan kehidupan seharian bilamana terpaksa berkomunikasi dengan penduduk setempat. Yang pasti, guru mereka dan penduduk setempat tidak pandai bahasa Malaysia atau cina atau tamil !
Cepat pulak para pelajar ini fasih !
Jadi timbul persoalan , Ngo cina dan Dap ini mahu lihat pelajar disekolah cina cepat mahir dalam Bahasa Malaysia atau tidak ?
Atau sebenarnya ada agenda lain ........ hmmmmm, ni dah masuk kawasan bahaya ni. Antaranya -
1 - Atau sebenarnya Dong Zong Apakenamanya dan Dap tidak mahu melihat guru berbangsa Melayu mengajar disekolah cina ? Dimana akan timbul situasi dimana pelajar mereka terpaksa menghormati orang Melayu ...........? Tak kot ... mereka cuma tuntut guru yang fasih dalam bahasa cina TANPA menyebut bangsa apa , kan .... Saya harap kerajaan melatih lebih ramai guru Melayu yang fasih dalam bahasa cina untuk mengajar bahasa Malaysia disekolah cina, bayarlah lebih sikit elaun pun.
Amatlah tidak elok bagi perhubungan antara kaum sekiranya kesemua kakitangan dan tenaga pelajar adalah terdiri dari satu bangsa sahaja. Kan ? Kita nak juga dedahkan kepada para pelajar tentang perlunya menghormati sesiapa pun tanpa mengira bangsa.
2 - Atau isu guru itu sengaja dijadikan alasan untuk berdemo dimana perbuatan DEMO itu yang lebih penting ? Dimana Dong Zong Apakenamanya bersama Dap cuba bermain dengan sentimen perkauman menyatukan orang cina ...... hmmmmm yang ini LEBIH LOGIKAL, ye dak ?
Melalui cara ini, Dap mahu menjadi 'kawan' dengan orang cina, menunjukkan yang mereka bersama perjuangan bahasa kaum cina. Musuh dalam satu isu bila menjadi kawan dalam satu isu lain, secara otomatis akan dianggap sebagai kawan. Saikologi beb ! Juga dengan cara itu, sebarang 'halangan' yang ada dalam diri terhadap Dap dengan sendirinya akan hilang.
Tengoklah apa dah jadi antara Pas dan Dap.... bandingkan Dulu dan Sekarang.
Saya akan tulis lagi mengenai isu ini selepas mereka berdemo lusa, kali ini saya nak tumpukan kepada golongan yang mendabik dada sebagai pejuang Bahasa Melayu ... yang saya maksudkan adalah TERAS dan orang Pas.
Anda semua senyap jer ..... takde komen ke ?
Artikel yang diceduk dari dinturtle sebahagiannya...
nak dengar dari pihak Umno sbg pejuang bangsa melayu yang ulung, apa kata presiden Umno?
ReplyDeleteWrite what ever you want and will about the Opposition, it doesn't change the fact that UMNO/BN leaders have raped and continues to rape our country's wealth for their own exclusive benefits.
ReplyDeleteLet's see if you are man enough to release this comment.
Don't start it!!!!.
Deletedinasihatkan tutup semuanya demi perpaduan.
ReplyDeleteAnon 10.57,
ReplyDeleteYoupun sama, tulislah apapun ttg UMNO/BN, the fact is Pakatan pun sama bila dapat kuasa, malah lebih teruk dan lebih busuk dari UMNO/BN,
BN sudah berkuasa lama, bangun pagi, buka mata dan lihat sekeliling setakat yang mata boleh lihat, tak perlu pergi jauh, itu semua adalah jasa UMNO/BN. BELUM ada jasa pembangkang. Bila mereka dapat kuasa kesusahan yang rakyat tertaksa hadapi dalam masa 4 tahun mengalahkan kesusuahan rakyat selama 50 di bawah UMNO/BN. Lagi lama mereka diberi peluang pastinya rakyat lagi terseksa kelak.
Toleransi yang BN tunjukan khususnya orang melayu memungkinkan semua sekolah dan persatuan cina yang mirip ke rasis terus bertapak di negara ini. Mereka ni seperti kaduk naik junjung. Ini belum lagi disebut tentang usaha nak mengkristiankan Melayu, usaha nak menukar perlembagaan negara, nak meminda kanun tanah negara dan banyak lagi. Nasib baiklah masih ramai orang-orang UMNO yang bodoh-bodoh, yang masih sanggup mempertahankan sedikit sebanyak yang orang melayu miliki hari ini. Jika tidak semuanya akan terlepas ke tangan orang lain.
Orang UMNO menyapu, merogol dan merompak kekayaan negara, namun rakyat masih hidup mewah. Memang ada yang masih susah, namun realitinya rakyat makmur walaupun RM trillion ringgit pemimpin UMNO sapu. Jikoden tidak marah..sapulah, kebaslah ketika berkuasa, sebab kalau pembangkang berkuasa mereka juga menyapu, merompak dan merogol. 10 orang Wakil rakyat UMNO/BN yang kaya masih tidak menyamai kekayaan seorang pemimpin pembangkang bernama Kamaruddin Jaafar atau Azmin Ali.