Antara tanda-tanda amalan taksub kepada pemimpin@makhluk;
1. Susah menerima kenyataan atau takdir buruk, jika ia terjadi pada pemimpin sendiri. Bahasa popular zaman Pak Lah, sindrom penafian.
2. Jika dia sudah tidak boleh menafikan, dia akan guna alasan terakhir, iaitu ini semua fitnah.
3. Jika dia terus diasak ke tebing dan tiada jalan keluar untuk terus menafikan, maka dia akan cepat-cepat guna nas agama. Mengaibkan orang lain sangat besar dosanya di sisi agama.
Cara-cara berkesan untuk lakukan damage control;
1. Di samping membuat penafian, dia akan serang balas dengan cara mengaibkan pula pihak lawan, walaupun terpaksa buat foto super impose dan meledakkan pelbagai tuduhan tanpa bukti. Di sini nas larangan mengaibkan orang lain sudah tak relevan lagi. Nas baru yang digunapakai selalunya berkaitan dengan bab kewajiban mencegah kemungkaran. Kemungkaran awal yang terpalit kepada dia sudah boleh ditampung dengan nas larangan mengaibkan saudara se muslim.
2. Pada masa yang sama, dia akan heret pemikiran rakyat melancung jauh-jauh, sambil melihat-lihat lain-lain agenda perjuangan.
- Anak muda dan siswa-siswi akan diberi api dan bangkit mempertahankan hak mereka sebagai mahasiswa.
- Rakyat miskin dan sederhana akan diberi kesedaran betapa mewahnya kehidupan pemimpin yang berkuasa hasil dari rasuah dan penyelewengan.
- Golongan kelas menengah dan atasan akan disimbah minyak supaya terbakar hati dengan amalan pilih kasih dan kronisma melampau para pemimpin kerajaan yang tidak telus dan tidak accountable.
- Golongan yang cenderung agama akan diperingatkan tentang kewajiban mencegah segala penyelewengan, rasuah yang berleluasa pihak penguasa dan membela pemimpin yang tak henti-henti diaibkan adalah wajib.
Akhirnya segala kesalahan dan kezaliman pemimpin sendiri lenyap dengan pelbagai dakwaan buruk terhadap penguasa. Skandal moral dan aktiviti sulit yang biasanya menyebabkan seseorang pemimpin itu jatuh, sebaliknya bertukar kepada simpati yang datang mencurah-curah.
Cemburu saya melihatnya. Seronok dapat, penyokong taksub pula menjadi benteng terhadap segala kerja kotor pemimpin, Putrajaya, rakyat serah pada dia dan jadi PM, kemewahan hasil rasuah sewaktu jadi Menteri Kewangan, rakyat tak kisah, sebab rakyat yakin itu semua tak mungkin dilakukannya
Pendek kata dunia tuhan bagi semahunya, syurga di akhirat pun tuhan bagi.
rakyat tak peduli pasal anwar lagi,yang penting bn jatuh
ReplyDeleteBN takkan jatuh bila pemimpin BN buat kerja...PR akan jatuh sebab byk politik dan wakil rakyat depa tak buat kerja..itu aja beb..jgn nak bissing pasala pilihanraya tak bersih lah, PTPTN lah..itu semua tak penting
DeleteUMNO tidak mampu untuk menutup segala penyelewengan dan salahguna kuasa yang berlaku secara menyeluruh di dalam UMNO.
ReplyDeleteDan inilah pandangan orang ramai sekarang yang mahu BN "direhatkan" selepas PRU13.
Teruskanlah taktik anda untuk memburukkan AI. Ianya tiada kena mengena dengan penyelewengan dan salahguna kuasa yang sudah lama berlaku dalam UMNO.
Jadi siapakah yang sedang mengalami "sindrom penafian"?
BN tak mampu tutup kelemahan memang benar. Saya pun tidak setuju jika BN maaih terus membiarkan kelemahan tanpa pembaikan. Yang mampu tutuo segala penyelewengan ketara hanya seorang, iaitu AI. Tp dia hanya mampu tutup kpd sesiapa yg telah menutup hati dan mata utk menerima takdir dan kenyataan bhw pemimpin mereka telah terlalu byk melakukan penyelewengan dan kelakuan yg amat meragukan. Pengikut sebeginilah yg dinamakan ahli sindrom penafian tegar.
ReplyDeleteKepimpinan yg sempurna tidak akan wujud dlm sistem ciptaan manusia yg bernama demokrasi. Apa pun we have to choose among the worst. Itu sj yg ada. Terlalu malanglah mentaliti mereka2 yg masih mahu memilih mereka yg paling buruk dati yg buruk hanya kerana kerajaan yg ada dikatakan lemah dan menyeleweng sedangkan pemimpin yg diharapkannya itulah yg merajai segaka penyelewengan yg berlaku sewaktu dia dipuncak kuasa. Tetapi jelas hukiman tuhan lebih cepat mengena ke pundak dia sendiri lantaran dari kelicikannya bertopengkan imej agama dan moral yg tinggi. Hukuman dan musibah tuhan lebih ceoat terkena kpd manusia yg terlalu licik memperdagangkan agama dr si jahil.
Pimpinan PR di Selangor dan P.Pinang, walaupun hanya sepenggal, telah berjaya menunjukkan perubahan yang memberangsangkan (hutang negeri semakin menurun, rezab negeri bertambah, pengurusan yang baik dsb. Manakala Melaka bawah pimpinan BN, rezab negeri semakin mengecil, sehinggakan ada yang khuatir Melaka akan bangkrap tidak lama lagi. Pimpinan BN juga telah mengenepikan hak rakyat Kelantan kepada royalti minyak, walaupun perjanjian yang telah dimeterai antara Petronas dan Kerajaan Kelantan sudah jelas menyatakan hak ini.
ReplyDeleteJadi pimpinan mana yang buruk?
"we have to choose among the worst" hanyalah retorik untuk menyamaratakan pimpinan BN dengan PR, sedangkan sudah jelas prestasi pimpinan PR berupaya memberikan impak-impak yang positif kepada rakyat negeri-negeri tersebut.
Bayangkanlah sekiranya pretasi positif tersebut boleh diaplikasikan ke seluruh negara. Bukankah itu lebih baik untuk rakyat seluruh Malaysia?
"Hukuman dan musibah tuhan lebih cepat terkena kpd manusia yg terlalu licik memperdagangkan agama dr si jahil." - Kenyataan ini pun boleh digunapakai terhadap pemimpin-pemimpin UMNO/BN, mereka tidak terkecuali.
"Saya pun tidak setuju jika BN maaih terus membiarkan kelemahan tanpa pembaikan" - Kalau betul anda tidak setuju, carilah jalan unutk memperbaiki UMNO dari dalam. Memburukkankan AI dan mengaitkannya dengan PR hanyalah tindakan membazir masa dan tenaga. Perbuatan itu hanyalah untuk mengalih perhatian daripada masalah yang utama, iaitu keburukan dalam UMNO itu sendiri.
Jikalau UMNO sudah tidak dapat diperbaiki lagi, apakah tindakan anda seterusnya? Mengaku kalah dan menerima hakikat itu dengan membiarkannya, atau masih terus melawannya, tapi dengan cara alternatif?
Sepatutnya saya tak perlu layan hujah yg diceduk dr corong2 pembesar suara ceramah pemimpin pembangkang. Tapi tak mengapa. Rezab selangor boleh tinggi lagi jika kjaan PKR terus jual harta dan tanah2 kjaan negeri dan pd masa yg sama tidak spend utk pembangunan rakyat. Pentadbiran yg baik ialah tahu mengurus, melabur, mecari pendapatan dan membelanjakan peruntukan dengan cara dan prinsip growth economy. Jika setakat window dressing utk dpt angka yg besar dgn mwlwlong dan mencairkan semua asset, tidak perlu pengetahuan apa2.
ReplyDeleteAI yang konon nak berjuang dr dalam tp apa yg berlaku dialah yg membawa budaya buruk yg tidak pernah terjadi sblm dia berada dlm umno. Pencipta kekayaan kroni dan rakus kuasa yg tiada tolok banding. Sebenarnya apa juga tuduhan AI terhadap UMNO kelihatan begitu tahu segalanya kerana dialah yg melakukan segala apa yg dituduhnya kpd pemimpin umno hati ini. Jgn keluarkan faktor AI krn semua tuduhan bermula dari mulut dia.
ReplyDeleteAkhirnya terbuktilah bahawa anda hanya ingin menumpukan perhatian terhadap keburukan AI, bukan terhadap keburukan UMNO yang sudah nyata diketahui rakyat jelata dan cara-cara untuk membaikinya.
ReplyDeleteTerima kasih kerana menyiarkan komen-komen saya sehingga kini.
Semoga anda berjaya di dunia dan di akhirat.