Saturday, April 14, 2012

KENANGLAH JASA-JASA BEKAS PEMIMPIN NEGARA...

Berikut senarai bekas-bekas pemimpin besar UMNO berserta dengan track record masing-masing secara ringkas yang telah menyumbang / mensumbangkan jasabakti untuk agama, bangsa dan tanah air;

1. Tun Mahathir Mohamad
- Bapa pembangunan moden. Menukar status pendapatan negara dari berasaskan pertanian kepada pendapatan berasaskan industri moden.  - menjadi antara negara sedang membangun paling pesat.
- menyelamatkan negara dari krisis ekonomi dan cengkaman IMF dengan cara tersendiri.
- merubah minda rakyat dari sifat rendah diri kepada "Malaysia boleh" dan mampu bersaing.
- meletakkan asas dan halatuju negara secara jelas melalui  Visi2020.
- menaikkan imej Malaysia sehingga mendapat penghormatan dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
- berjaya meletakkan Malaysia sebagai pemimpin negara dunia ke 3.
- pembangunan mercu tanda KLCC dan menara berkembar tertinggi,  Putrajaya, KLIA dll bertaraf dunia.
- terlalu banyak lagi.

2. Tun Abdullah Badawi
- mengambilalih kepimpinan parti dan kerajaan di kedudukan paling kuat pada 2003 dan meninggalkan parti dan kerajaan pada kedudukan paling lemah pada 2009.
- memajukan pulau duyong, Terengganu dan jambatan ke 2 P.Pinang.
- Bapa industri asas tani. NFC lahir dari usaha membangunkan industri asas tani "bermula dari ladang hingga ke kilang". Dari durian jadi tempoyak, dari tempoyak jadi jem.
- Islam hadhari.
- penggabungan konglomerat ladang terbesar Sime Darby-Guthrie-Golden Hope menjadi kumpulan peladangan terbesar dunia hingga membawa kepada perolehan antara kerugian yang terbesar juga.
- perbelanjaan wang keluar Petronas terbesar. 5 tahun pemerintahannya  lebih besar dari 20 tahun pemerintahan Tun M.
-banyak lagi.

3. Tun Musa Hitam
- mempopularkan istilah kepimpinan 2M, Mahathir-Musa.
- mempopularkan kaedah 3M, iaitu membaca, Menulis dan  Mengira.
- mempopularkan Kg Memali hingga ke peringkat antarabangsa.
- mempopularkan istilah melayu mesti jadi kurang ajar.
- mempopularkan istilah politik kampong.

4. Tun Ghafar Baba
- Bapa penyatuan komponen Barisan Nasional.
- Pernah menjadi presiden MCA.
- Bapa UMNO Sabah yang melahirkan anak derhaka, Anwar Ibrahim.
- Bapa penyelamat UMNO setelah diharamkan.
- Bapa pembangunan luar bandar.
- Bapa Tamrin.

5. DS Anwar Ibrahim
- bapa "pengumuman" Perbankan Islam yang diilhamkan oleh Ku Li.
- bapa "pengumuman" UIA yang diilhamkan Tun M dan Ku Li.
- bapa penyampaian berita bakal Menteri, MB dan calon yang bakal dilantik dan dipilih oleh Tun M selaku Presiden UMNO dan PM.
- bapa pengiktirafan dan penghormatan kepada diri sendiri.
- bapa penstrukuran media massa secara terkawal.
- bapa istilah "lembu punya susu sapi dapat nama".
- Menteri Kewangan yang menawarkan kadar faedah pinjaman tertinggi dalam sejarah, sebanyak 13.5%.
- Menteri Kewangan "santa clause". Berupaya memberi kekayaan kepada sesiapa yang dikehendaki dan membankrapkan seiapa yang dikehendaki.
- berupaya menonjolkan segala imej hebat hingga rakyat sendiri tidak percaya dia ada pelbagai kelemahan yang boleh memusnahkan negara.
- Pernah jadi pengerusi sub-committee IMF.

6. Tengku Razaleigh Hamzah
- Bapa penubuhan Bank Bumiputra.
- Bapa pembangunan ekonomi melayu, konvensyen ekonomi 1965.
- Bapa penubuhan Petronas.
- Arkitek penubuhan Pernas.
- Arkitek penubuhan PNB-ASNB zaman Tun Hussein Onn.
- Arkitek pembangunan ERA Tun Razak - DEB, FELDA dll
- Pembuat deraf Perbankan Islam untuk Anwar umumkan.
- Pernah menjadi Presiden Bank Dunia, Islamic Development Bank, Asian Development Bank.
- menyerahkan syarikat keluarganya Fleet Group kepada UMNO.
- menyerahkan tanah tapak miliknya kepada  PWTC-Seri Pacifik kepada UMNO.
- dll.

5 comments:

  1. Bagaimana dengan penyalahgunaan kuasa bekas-bekas pemimpin?

    ReplyDelete
  2. Anon 5.44 am, ado ko penyalahgunaan kuasa oleh bekas-bekas pemimpin??? pemimpin dari parti mana?, UMNO?, MCA? MIC, PAS? DAP?, PBS? Berjaya?? mana ada..tak percayalah... Mereka tu semuanya berjasa kepada negara.

    ReplyDelete
  3. Jokiden, antara yang tersenarai di atas, pergilah buat penyelidikan menyeluruh yang mana satu ada melakukan penyalahgunaan kuasa.

    Tak perlu saya nak nyatakan nama dan dari parti mana. Renungilah dengan akal dan pengetahuan, dan anda sendiri tahu siapa yang dimaksudkan.

    Kalau anda tidak mahu percaya, terpulanglah. Saya percaya, dan ramai yang lain pun percaya.

    ReplyDelete
  4. 2. Tun Abdullah Tido Badawi : Yang den menyampah bilo dio 'cancell' projek jambatan ganti 'causeway' Johor - Singapore tu. Tak ado wawasan langsung.

    ReplyDelete
  5. Kau lupo tentang bahano-bahano yang dah dibuek kek Dr. Mahathir atau kau buek-buek lupo. Kalau kau lupo Kau bukak jo lah blog abang kau tu aspanaliasnet.blogspot to refresh your memory.

    ReplyDelete