Saturday, April 14, 2012

NAJIB CEMBURUKAN LAMPU ALADIN YG DIMILIKI ANWAR!!!



Ringkasan analisa dari artikel taipingmali.blogspot.com.

Pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN RM 143 billion. Subsidi minyak dan peningkatan bayaran royalti, RM 42 billion. Tol percuma RM 20 billion.
Jumlah kos baru hasil dari 3 janji Pakatan Rakyat RM 205 billion. 

Komen kepal nasi: 
Inilah Budget Lampu Aladin Pakatan Rakyat. Ini belum lagi dicampur dengan janji lama yang tidak pernah tertunai dan janji-janji baru yang lain yang akan diumumkan dari masa ke semasa hingga PRU13.

Tiada seorang pun rakyat yang tidak bersetuju dengan janji PR, termasuklah Perdana Menteri yang sedang memerintah sekarang. Anak kecil yang berumur 6 tahun pun pasti akan menyokong cadangan ini. Hanya orang-orang mengalami masalah kecacatan otak saja yang tidak terkesan dengan janji aladin ini.

Manakan tak setuju. Sangat-sangat menguntungkan. Rakyat hanya perlu mencari belanja isirumah, makan minum dan pakai saja. Itu pun pada harga yang sangat murah sebab subsidi puluhan billion lagi akan diberi untuk barangan keperluan untuk rakyat. 

Lain-lain kos semua bakal ditanggung oleh kerajaan baru pakatan melalui sistem budget lampu aladin yang bakal melenyapkan sistem budget konvensional yang sedang diamalkan oleh seluruh kerajaan di Timur mahu pun Barat sekarang ini.

Bagaimana runtuhnya sistem komunis pasca Soviet Union dan bangkitnya sistem demokrasi ciptaan Barat di seluruh dunia, begitulah runtuhnya sistem dan amalan ekonomi konvensional yang sedang berlangsung harii ini, sebaik saja pakatan rakyat mengambil alih Putrajaya.

Sesiapa yang tak setuju dengan janji ini, maka mereka akan termasuk dikalangan pemimpin yang zalim terhadap rakyat.

Sumber baru bagi menampung semua kos baru ini akan diusahakan oleh Pakatan Rakyat pengembelingan usaha mengikut seperti mana yang disebut di dalam al Quran, iaitu Allah mampu memberi rezeki dari sumber-sumber yang tidak diketahui kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Mungkin berdasarkan ayat ini, Anwar Alladin yakin Allah akan memberi  rakyat negara ini rezeki dari sumber yang tidak diketahui, jika jawatan Perdana Menteri Malaysia disandang oleh Anwar Alladin.

Allah taala akan tingkatkan sumber pendapatan negara melalui sumber yang tidak diketahui ini sebanyak 100% untuk membolehkan pakatan menunaikan janji-janji ini. Angka RM200++ billion kos baru itu hampir bersamaan dengan budget tahunan negara yang dibuat melalui sistem budget konvensional.

Syaratnya hanya satu, iaitu rakyat wajib undi pakatan rakyat dan pastikan Anwar Alladin menjadi PM. Lampu Aladin tidak dimiliki oleh sesiapa pun di dunia ini, kecuali oleh Anwar Alladin.

3 comments:

  1. Kalau RM1trillion yang kita sudah hilang sejak 10+ tahun yang lepas, dan ada cara untuk mendapatkannya semula, sudah tentu boleh dibayar rm200+ billion itu.

    ReplyDelete
  2. 1 trillion tu brp angka? Boleh beri detail 10 trillion hilang ke mana.? Kalau ada saya pun boleh tolong bongkarkan. Tp jangan sekadar cakap dan kutip maklumat melalui loud speaker ceramah sj. Tak aci la. Kita org sekolah.

    ReplyDelete
  3. Sepe Nuar sonang jo. Bilo negara dah bengkrap, (mungkin itu pun hasrat dio) pinjam kek IMF. Kan dio ramai bro. & sis kek sinun. Botambah kayo weh!!. Tak habih lapan boleh (18) koturunan. Dio ingat minyak tu sontiasa ado ko, kalau dikorek hari-hari gunung pun runtuh.

    ReplyDelete