Tuesday, April 3, 2012

PKR BILA-BILA BOLEH TUMBANG KALAU TAK PANDAI BOHONG..AZMIN


Tidak ada hujah orang lain yang tidak boleh kita patahkan. Hujah kita pun orang lain boleh patahkan. Persoalan pokoknya bukan sekadar untuk berhujah dan mematah hujah. 

Persoalannya ialah adakah hujah itu berpaksi kepada realiti dan kebenaran? Atau hanya sekadar mahu meyakini orang lain supaya mempercayai hujah dipihak kita saja, sehingga digunapakai segala fakta bohong, berunsur fitnah dan janji kosong?

Memerintah negara bukan semudah mengajurkan piala pusingan debat perdana antara universiti. Jika sekadar mahu menang hujah dan meyakinkan orang lain, hantar saja pemidato-pemidato hebat untuk berhujah bagi pihak kita, sedangkan maksud sebenar, iaitu mencari kebenaran atau kepastian hilang begitu saja di sebalik kemahiran memusing lidah.

Memimpin negara seperti kata Najib bukan main semberono. Apa saja yang bersesuaian dengan nafsu rakyat kita sokong dan penuhi asal rakyat bagi undi. 

Rakyat nak hidup percuma tanpa kos, kita pun kata akan laksanakan negara kebajikan.
 
Rakyat nak pendidikan percuma, kita pun kata akan hapuskan PTPTN dan semua warga akan dapat pendidikan percuma dan pada masa yang sama, guru-guru dan pensyarah dinaikkan gaji. Prasarana pendidikan pun ditingkatkan setaraf dengan negara maju.

Rakyat nak tol dihapuskan, kita pun umum akan hapuskan tol jika dipilih sebagai kerajaan. 

Rakyat nak subsidi harga barang dinaikkan, kita pun umum subsidi akan dinaikkan. Rakyat nak harga barang diturunkan, kita pun umum harga barang akan turun sebaik saja kita memerintah.

Pemandu teksi nak tambah permit, kita pun umum permit teksi akan diberi kepada setiap individu, sampai pemandu teksi parking dan tidor bawah pokok pasal taada penumpang.

Nampaknya pembangkang sangat teruja dengan pendekatan jualan lelong barang di pasar macam dalam cerita melayu ape ntah.. 

Disebabkan mahu pelanggan beli barang mereka dan tak beli barang pesaing, masing-masing berebut-rebut tawarkan harga lelong lebih murah, sampai ada peniaga yang istihar barang mereka boleh dibeli secara percuma. Ini meniaga asal barang 

Akhirnya, semua peniaga bankrap. Inilah standard atau KPI pemerintahan yang akan digunapakai oleh barisan pembangkang yang bakal diberi mandat memerintah negara selepas PRU13 akan datang.

2 comments:

  1. Semua itu boleh buat, kalau RM1 trillion yang sudah diseleweng dan diseludup keluar oleh pemimpin2 UMNO/BN 10 tahun yang sudah dipulangkan semula ke tangan kita...

    Apa alasan awak?

    ReplyDelete
  2. UMNO KALAU TAK PANDAI RASUAH BILA2 BOLEH TUMBANG.

    ReplyDelete