Thursday, April 19, 2012

SAPA MAU CINA JADI PM ANGKAT TANGAN - LIM GUAN ENG

Secara naluri tiada siapa di kalangan orang melayu yang sanggup menyerahkan kuasa di tanah air ini kepada kaum bukan melayu. Jika ada yang berfikiran begitu sudah pasti ada sesuatu yang menyebabkan mereka hilang jiwa melayu dan menjadi tidak melayu secara tersirat.

Baik mereka yang di dalam UMNO mahupun diluar UMNO, tiada siapa yang secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk berPMkan seorang cina atau India. Jika ada pun sudah tentu mereka ini bercakap politik dan bukan dari hati atau pun mereka memang melayu yang sangat-sangat ego. 

Apakah "equation" yang paling berkesan di dalam memastikan orang melayu akan terus berkuasa?

Ratio 60:40 antara melayu dan bukan melayu di negara ini bukanlah jaminan untuk orang melayu pasti kekal sebagai kuasa dominan.

Kerajaan Aparteid di Afrika Selatan pernah membuktikannya. Thailand juga telah membuktikan cina boleh menjadi Perdana Menteri.

Di Thailand dan Indonesia berbeza polisi kerakyatannya dengan negara kita berkaitan dengan imigran. Sistem pendidikan mereka juga tidak berasaskan pendekatan vernakular seperti kita. Mereka juga tidak membenarkan penggunaan nama mengikut bangsa imigran yang menjadi warganegara mereka.

Kaum asal imigran di Thailand dan Indonesia lebih terbuka dalam soal ini berbanding dengan asal imigran yang menjadi warganegara Malaysia.

Di Malaysia jangan ada sesiapa waima pihak yang berkuasa menentukan dasar negara ini, menyentuh soal ini. Mereka akan bingkas menentang. Bukan saja menetang kepada sebarang perubahan sistem yang lebih terbuka, malah mereka memberi tekanan supaya mereka diberi autonomi pendidikan yang lebih besar dalam pengajian vernakular.

Guru yang mengajar di sekolah vernakular juga mahu diwajibkan mahir berbahasa mandarin walau pun untuk mengajar subjek Bahasa Malaysia. 

Secara relatifnya, untuk negara ini sedia BerPMkan seorang bukan melayu berbanding Thailand atau Indonesia, sudah tentu jauh panggang dari api, jika faktor keterbukaan dan kesediaan" bukan melayu untuk menukar mentaliti ini diambil pertimbangan.

Selagi minda tertutup bermaharajalela di dalam jiwa mereka, selagi itulah kaum bukan melayu tidak akan menjadi PM di negara ini, melainkan mentaliti orang melayu sendiri yang sudah berubah dari kedudukan hari ini.

Jika status quo "keterbukaan dan kesediaan" ini kekal, selagi itulah status quo melayu sebagai PM akan kekal, kecuali kekuatan melayu sudah dapat diracik-racik kepada pecahan yang lebih kecil, dan pada masa yang sama pemimpin-pemimpin melayu sudah "tidak ada hati" lagi untuk memikirkan soal naluri sebagai bangsa melayu. Perpecahan sudah mustahil untuk disatukan. Perpaduan melayu sudah mustahil untuk dimuafakatkan bersama.

Jika ini yang terjadi, maka ketika itu bolehlah bukan melayu menjadi PM di negara ini.

Sehubungan dengan ini, jika "ada hati" pihak bukan melayu untuk menjadi PM, merekaperlu racik, belah dan pisahkan melayu kepada kelompok yang lebih kecil. Mereka perlu pastikan melayu hilang jatidiri melayu. Mereka perlu cari jalan bagaimana perpecahan melayu boleh menjadi lebih kronik sehingga tidak dapat diobati lagi. 

Mereka juga perlu pastikan tiada lagi organisasi melayu yang dominan. Semua organisasi ini mesti mempunyai kekuatan yang seimbang supaya masing-masing melayu akan terus berasa merekalah yang paling kuat dan disokong oleh majoriti melayu.

Jika ini juga dapat dijayakan, silalah dengan segala hormatnya memegang jawatan Perdana Menteri. Kami, orang-orang melayu menyerah diri secara beramai-ramai seperti Jepun pernah menyerah kalah. 

Bermula dari saat itu, Raja-raja Melayu akan menerima mengadap seorang PM bukan melayu untuk memaklumkan segala hal-ehwal yang berkaitan dengan perincian pentadbiran negara ini, termasuk hal yang berkaitan dengan agama dan adat-istiadat melayu. 

3 comments:

  1. I have never thought a person of your standing could write up something only a weak-minded simpleton would accept blindly.

    My respect towards you has diminished totally. I really hope for your sake that I'm the only one feeling like this towards you.

    Please take this as a constructive criticism. But that is your prerogative, and I won't lose anything any way you want to take it.

    And it's OK, you can choose not to release this comment. It's your blog, after all.

    PS. I'm just being honest to you, even if you don't like it, and I don't need to reveal my identity to show my honesty.

    ReplyDelete
  2. Persoalan Siapa Mahu Olang Cina Jadi Perdana Menteli Malaysia sebenarnya hanyalah merupakan omongan Umno yg tidak sudah2 menjadikan subjek perkauman sebagai benteng mempertahankan kuasa yg semakin terhakis.

    Apakah benar Umno adalah parti yg memperjuangkan/mempertahankan Melayu ?

    Sejak sebelum dan sesudah mencapai kemerdekaan, Pas pernah menjadi sebuah parti ultra Melayu dengan menuntut pelbagai perkara yg mempertahankan kuasa Melayu, umpamanya dari segi bahasa, kerakyatan, hak mengundi dan sebagainya.

    Namun di ketika itu Umno menjadi begitu relevan dengan memberikan kerakyatan, hak mengundi dan pengenbangan bahasa asing sebagai umpan menarik sokongan kaum imegran supaya bersama mereka dengan menubuhkan pula Parti Perikatan.

    Diketika itu Pas berjuang seorg diri, bercakap tentang kerajaan Melayu dan pelbagai lagi hak Melayu dimana akhirnya selama puluhan tahun Umno dengan semangat sederhana telah berjaya berkuasa dengan sokongan undi dari bukan Melayu.

    Kini setelah sedar bahawa perjuangan Pas dimasa lalu iaitu dengan dasar perkauman dan agamanya yg sempit sesungguhnya tidak relevan di Malaysia, dengan penduduk pelbagai kaum dengan percaturan persempadanan pilihanraya yg di susun begitu rupa oleh Umno supaya Melayu sahaja tanpa bantuan kaum lain tidak boleh memerintah.

    Pas akhirnya mengambil pendekatan yg selama ini dimonopoli oleh Umno iaitu bekerjasama dengan bukan melayu melalui Pakatan Rakyat bersama Dap dan lain2 rupanya boleh menghasilkan kejayaan.

    Oleh kerana kejayaan tersebut semakin hampir rupa2nya telah menggusarkan Umno lantas mula meniup api perkauman.

    Mulalah meniup trompet kononya satu masa nanti bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri, persoalannya siapa yg tidak memasukan syarat bahawa perdana Menteri mesti berbangsa Melayu ?

    Bukankah Umno semasa diperngkat awal kemerdekaan dahulu masih boleh berbuat sesuatu tetapi mengabaikannya.....

    Kini setelah nasi sudah menjadi bubur, mulalah Umno bertempek kononya mereka memperjuangkan melayu....

    Jelaslah Umno hanya menjadikan semangat perkauman sebagai umpan untuk menarik sokongan sahaja dan bukan untuk memperjuangkan Melayu sebenarnya......Terima Kasih, wassallam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi Melayu bebal yang masih tak faham rupanya.Habis semua dia politikan.

      Delete