Wednesday, May 23, 2012

BADAN KEHAKIMAN MANGSA LIWAT ANWAR?


Mantan Ketua pendakwa raya, Peguamcara negara 2 yang resign sebelum keputusan perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful bertindak sebagai Ketua pembela Anwar dalam kes pertuduhan keganasan demonstrasi jalanan.

Padanlah sepanjang perbicaraan, pasukan pendakwa raya macam pendakwa "ayam mati". Blogger lebih pandai mencari ruang berhujah dari pendakwa.

Padanlah Anwar bebas membuat penangguhan demi penangguhan.

Padanlah Ghani Patail diasak bertubi-tubi agar beliau tidak terlibat mengendalikan kes liwat ini.

Padanlah pasukan pendakwa nampak terlalu bersabar dalam menghadapi pelbagai provokasi dan karenah Anwar dan pasukan pembela.

Padanlah pasukan pendakwa tidak banyak ikhtiar untuk meminta mahkamah mengarahkan Anwar memberikan sampel DNA.

Padanlah pasukan Pendakwa asyik nak bergantung kepada botol mineral dan towel Anwar dilokap saja untuk perbandingan DNA. Nampak pendakwa terlalu yakin menang kes, tapi rupanya ini tektik untuk kalah.

Padanlah nak serah notis rayuan pun kena desak dan rayu sampai bapak Saiful pun menangis-nangis barulah diserah notis hari terakhir tempoh rayuan.

Kerajaan dituduh campurtangan dalam badan kehakiman. Selama ini Kerajaan dituduh berkonspirasi. Rosmah dan Najib dituduh hanya kerana ada bukti pertemuan mangsa dengan Najib atas permintaan mangsa.

Siapakah yang campurtangan dan berkonspirasi dalam badan kehakiman sebenarnya?

Mana satu lebih memberi implikasi di dalam mempengaruhi keputusan mahkamah? Pertemuan Najib dengan mangsa atau pertemuan sulit Anwar dengan Peguamcara negara?

Apakah mesej yang cuba diberikan oleh Anwar apabila melantik mantan peguamcara menjadi ketua pembela?

Apakah mesej yang cuba digambarkan oleh peguamcara ayam mati ini bila dia menerima pelawaan Anwar sebagai pembela?

Adakah hanya kerana yuran guaman? Adakah hanya sekadar mahu membuktikan profesionalisma guaman?

Adakah tuhan mahu mengingatkan manusia bahawa dunia memang benar-benar sudah mahu kiamat di mana tiada siapa lagi di kalangan badan kehakiman yang boleh dipercayai lagi?



4 comments:

  1. Saya tak ingat Ostat mana yang cakap...'Antara paling ramai penghuni neraka ialah peguam2 dan hakim2.

    ReplyDelete
  2. Betul dan kini saya percaya kata2 itu. Masih tak sedar lagi kah para2 peguam dan para2 hakim yang tidak bijaksana....

    ReplyDelete
  3. Dan juga bloggers...hehe

    ReplyDelete