Friday, May 25, 2012

KJ, RAFIZI SAMA HEBAT.. NAJIB?

Kebebasan menyampaikan maklumat melalui debat bukan penyelesaian kepada masalah. Belum pernah lagi debat boleh menghasil sesuatu yang baik. Debat hanya digunakan sebagai venue bagi meyakinkan supaya orang lain bersetuju dengan fahaman dan ideologi kita.


Debat disukai oleh orang yang petah bersilat lidah. Tiada siapa pun orang gagap dan tak pandai berdebat akan menggunakan platform debat untuk meyakinkan orang lain. OKU yang mengalami masalah pekak dan bisu pun kadang-kadang lebih baik idea dan pandangan mereka. Cuma mereka perlu sampaikan melalui penggunaan bahasa isyarat.

Sejarah telah membuktikan, belum ada lagi PM Malaysia yang kaki debat dan petah silat lidah atau bercakap berapi-api. Tapi kekurangan yang ada pada mereka tidak tidak pernah menyebabkan Malaysia bankrap macam Greece. Tunku Abd Rahman dan Tun Razak mana petah bercakap. Tun Hussein lebih terok dari Dato Hishamuddin. Yang petah bercakap waktu itu Sardon Jubir, Ishak Ahmad, Syed Jaafar Albar dan ramai lagi. Kalau kriteria pidato dan pandai debat jadi ukuran kebolehan untuk memerintah, Tunku Abd Rahman dan Tun Razak pasti terkeluar dari senarai. Hari ini pula sepatutnya Annuar Musa atau KJlah yang patut jadi PM.

Zaman Khalifah Rashidin pun sama. Saidina Uthman langsung tak pandai bercakap. Yang pandai berhujah Abdullah bin Ubai. Patut dia lebih layak jadi Khalifah jika berdasarkan kebolehan pidato.

Seorang ahli pidato lebih berpotensi besar untuk menjadi seorang ahli penipu dan pembohong tersohor, jika dalam dirinya tiada kejujuran, keihklasan dan pertanggungjawaban, daripada seorang penipu yang cakap tergagap-gagap. Ukuran kepimpinan bukan kepada kebolehan pidato tapi terasas kepada keikhlasan, kejujuran dan pertanggungjawaban.

Debat mungkin hanya 1/100 dari medium penyampaian maklumat. Ada 99 lagi jenis medium untuk menyampaikan maklumat jika mahu menyampaikan sesuatu. Orang sudah mati pun kita boleh sampaikan berkat, hikmah, khasiat serta pahala Al Fatihah jika kita berkehendak.

Sebenarnya orang yang suka debat ni mengada-ngada. Kepada pendebat diingatkan mahfum hadis dan diperkuatkan oleh kata-kata Saidina Ali, yang membayangkan berdebat boleh mematikan hati. Debat di atas maksud untuk kemasyuran, tidak akan diterima amalan yang wajib mahu pun sunat. Tak percaya sudah. Carilah maksud hadis dan kata-kata Ali ra diam-diam sampai jumpa kalau malu nak bertanya.

Kalau debat kita mahu ikut stail Amerika. Kalau pendidikan percuma kita mahu ikut Finland. Kebebasan bersuara kita mahu ikut demokrasi barat. Kalau demonstrasi kita mahu ikut arab spring. Kalau revolusi kita mahu ikut Iran. Kebebasan akhbar kita mahu ikut Indonesia. Prinsip ekonomi kita mahu ikut prinsip liberalisasi.

Etika rasuah kita mahu ikut Jepun. Kedaulatan undang-undang kita mahu ikut tafsiran pengamal undang-undang yang sealiran dengan kita.

Pendidikan vernacular kita tak mahu ikut siapa-siapa. Tak mahu ikut amalan China, tak mahu ikut Indonesia dan tak mahu ikut Singapura. Hak pendidikan untuk semua.

Tapi dalam masa yang sama kita nak juga undang-undang Islam dan hudud dilaksanakan. Pada masa yang sama kita nak juga mahkamah sivil. Kita nak juga mahkamah syariah. Tapi kita tak mahu sesiapa diaibkan dengan tuduhan rasuah, seks dan liwat yang di bawa ke mahkamah kerana ini dicegah oleh agama. Tapi kita tak nak pulak sesiapa menghalang hak kebebasan individu dalam soal LBGT. Pada masa yang sama kita marah pula kerajaan kerana tidak mengamal hukum dan syariat Islam.

Kalau ahli pidato dan ahli silat lidah isu ini tidak mendatangkan masalah langsung pada mereka. Semua boleh dipusing dan diputar serta dibelit. Akhirnya mereka sentiasa akan dilihat dipihak yang betul dan orang lain di pihak yang salah.

Hakikatnya mereka mungkin setaraf dengan Abdullah bin Ubai, Salman Rusdie atau suami Wan Azizah.

No comments:

Post a Comment