Friday, May 25, 2012

MCA, MIC, PPP TUNTUT KERUSI. MAT HASAN PULAK TUNTUT CALON!!

BN tidak punya banyak pilihan. Kesilapan pembahagian kawasan yang mewakili parti komponen boleh membawa padah.

Ancaman paling besar BN adalah faktor tuntut-menuntut kerusi. Sekarang suara tuntutan dari parti-parti komponen sudah mula kedengaran.

PPP, Gerakan dan MCA masing-masing hanya pro-aktif dalam soal pembahagian kerusi. Gerak kerja persiapan PRU tak nampak. Bilik gerakan entah mana-mana. Program dan ceramah parti lebih banyak bergantung kepada program anjuran UMNO atau memgambil peluang menunjuk sokongan ketika lawatan turun padang pemimpin-pemimpin besar UMNO.

Kawasan yang paling dibimbangi ialah kawasan yang bakal ditandingi oleh calon PPP. Ke-2, MIC. Ke-3, Gerakan dan ke-4, MCA.

Kelemahan paling ketara parti-parti komponen ini ialah mereka tidak punya kekuatan asas, iaitu undi dari kaum yang diwakilinya. Pengaruh parti-parti ini di kalangan kaum mereka amatlah diragui, terutama parti yang mewakili kaum cina. 

Walaupun sokongan majoriti kaum India kepada BN boleh dikatakan tinggi, tetapi malang kerana pengundi India terlalu minoriti di kebanyakan kawasan yang ditandingi. Belum ada lagi kawasan yang mana pengundi India melebihi 30%. Yang akan menghalang calon MIC atau PPP untuk menang nanti adalah pengundi cina yang terdapat di kawasan tersebut.

Rasionalnya ialah, sehingga kini banyak analisa mengatakan sokongan kaum cina kepada BN masih mendatar pada sekitar 20%. Kawasan bercampur dan mana-mana kawasan yang sewaktu dengannya, kaum cina pasti akan mengambil kesempatan sepenuhnya untuk menjadi kuasa penentu kemenangan sesebuah parti yang bertanding.

Strategi MB Negeri Sembilan untuk menawarkan kepada Presiden parti MCA dan MIC untuk bertanding di Negeri Sembilan dilihat hanya bersifat peribadi dan tidak kena-mengena dengan strategi untuk menambah sokongan kaum cina dan india kepada BN. 

Strategi Mat Hasan ini bukanlah ubat kepada penyakit muflis sokongan yang sedang dihidapi oleh MCA dan MIC, sebaliknya ia lebih dilihat bertujuan untuk menumpang syafaat pihak ke-3 dalam usaha untuk mencukupkan kelayakan mencapai status "winnable leadership" untuk memimpin Negeri Sembilan pada PRU akan datang, seterusnya kekal sebagai MB Negeri Sembilan. 

Strategi ini memang ada benafaatnya sedikit sebanyak, tapi hanya menguntungkan BN Negeri Sembilan sahaja, dan bukan untuk BN keseluruhannya. Dalam situasi "genting" hari ini, Mat Hasan tidak seharusnya menunjukkan sifat "selfish" dengan hanya memikirkan hidup mati BN di Negeri Sembilan semata. Nasib negeri lain juga harus difikirkan juga.

Jika parti komponen gagal untuk mendahulukan konsep winnable parti dalam percaturan "untuk BN menang" kali ini, peluang BN untuk mencapai kemenangan 2/3 amatlah diragui.

MCA, Gerakan, MIC dan PPP harus sedar diri dengan mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu. Berkorbanlah dahulu demi survival BN keseluruhannya. 

Jangan hanya bila melihat baju yang dipakai oleh orang lain itu kelihatan cantik, maka kamu terus menuntut supaya baju tersebut diberikan kepada kamu. Orang lain yang ukur dan tempah baju, kamu pulak senang-senang mahu itu baju hanya atas alasan kamu pernah pakai baju serupa itu, tapi sakrangg itu PKR, DAP sudah curi itu baju.

Kalau itu Najib ganti lagi satu kali itu baju sama ini MCA, Gerakan sama itu MIC atau PPP kalu, garenti itu baju DAP, PKR curi lagi satu kali jugak.

Berani dulu pendapatan, berani kemudian tidak berguna. PM Najib harus benar-benar berani membuat transformasi politik bagi menamatkan lanskap politik gila peninggalan Pak Lah ini. 

No comments:

Post a Comment