Saturday, May 26, 2012

PM NAJIB PASTI TEGAS KALI INI!!

Berdasarkan fakta dalam entri sebelum ini, status quo kuota pembahagian kerusi BN mungkin tidak relevan pada kali ini. 

Realitinya, pengundian berasaskan warna kulit tetap akan mendominasi pola pengundian. 

Status quo lebih 15 kerusi majoriti melayu yang disubsidikan kepada MCA, GERAKAN dan MIC atas semangat perkongsian kuasa bakal menjadi kerusi fixed deposit pakatan dalam PRU13, jika BN masih terus dengan pendirian untuk terus memberi rakan komponen bertanding di kerusi tersebut.

Mentaliti MCA, MIC dan GERAKAN untuk terus bergantung kepada tongkat subsidi ini harus dihapuskan. Ia sudah tidak relevan lagi, sama sepertimana mereka mengatakan DEB dan hak istimewa melayu tidak relevan lagi. Zaman bergantung kepada tongkat bagi menambah kerusi MCA, GERAKAN dan MIC di parlimen sudah berlalu.

15 kerusi ini wajib diberikan semula kepada UMNO kerana jelas UMNOlah yang menjadi winnable party bagi kerusi-kerusi tersebut. Peluang untuk BN menang lebih cerah, jika 15 kerusi ini diberi kepada UMNO.

Bertanding untuk kalah adalah satu pekerjaan sia-sia yang paling bodoh bakal dilakukan oleh BN, jika BN masih berdegil untuk menyerahkan kerusi tersebut kepada parti boleh kalah ini.

NAJIB tidak punya banyak pilihan. Pilihan terbaik bagi beliau ialah keberanian untuk bertegas dan yakin dengan prinsip winnable party dan winnable candidate yang beliau sendiri gagaskan.

Di dalam UMNO juga Najib tidak punya banyak pilihan. 

1 kerusi parlimen amat berharga bagi Najib dalam keadaan hari ini. Apakah Najib mahu sanggup mengorbankan 1 kerusi parlimen, hanya disebabkan mahu memberi muka kepada kawan baik yang berkemungkinan akan menyebabkan BN kehilangan 1kerusi?

Prinsip 1Parlimen1BN adalah lebih realistik untuk dilakukan daripada 1Parlimen1Kawan.

Peratusan muka baru yang diketengahkan harus dilihat lebih menonjol sepertimana yang dicadangkan oleh Tun Daim.

Peratus penambahan sokongan massa melalui pendekatan memperkenalkan muka baru yang mempunyai ketokohan untuk menang adalah lebih besar dari peratus kehilangan undi disebabkan sabotaj dari tokoh yang tidak terpilih menjadi calon. 

Kesan dari sabotaj parti oleh calon kecewa tidak sebesar kesan buruk yang bakal diterima oleh UMNO jika tersalah mengekalkan calon.

Penonjolan imej baru parti melalui usaha menonjolkan muka-muka atau tokoh baru akan memberi kesan baik berganda kepada persepsi massa terhadap kesungguhan UMNO untuk memperbetulkan kesilapan lalu.

Sudah pasti kesan sampingan seperti sabotaj akan berlaku jika ramai warlord UMNO tidak terpilih kali ini, tapi UMNO akan mendapat ganti undi yang mungkin hilang ini dari pengundi atas pagar yang akan menyeberang mengundi UMNO/BN, apabila mereka melihat UMNO sudah ada keberanian untuk melakukan perubahan untuk memperbetulkan arah tuju perjuangan parti.    

3 comments:

  1. Najib jadi tegas? Dalam mimpi bolehlah!

    ReplyDelete
  2. Saya sokong...winnnable candidate perlu utk setiapa kawasan tak kira UMNO/MCA/MIC usah dok kira warna kulit..yg pasti kita mau menang...Sokongan Cina dan India dah kurang sekarang.Apa perlu kita pedulikan undi mereka....AYOH bangun bangsa ku ...kita dah ditindas dari segi EKONOMI...jangan sampai mereka tindas kita dari segi politik pulak.......SEDAR lah...wahai Orang2 MELAYU....Kita UNDI yang boleh bagi keamanan...bukan parti yg jadi tunggangan DAP...

    ReplyDelete
  3. Kalau Umno bercakap soal perkauman dan kononnya mendaulatkan Melayu cuba tuan-tuan renungkan kenyataan dan fakta di bawah ini.

    PRU 2008

    Parlimen Teluk Kemang - BN - Sontinathan VS PKR - Dato Kamarul Baharin
    (PKR Menang - bertambah kerusi melayu dlm parlimen)

    Parlimen Kuantan - BN Fu Ah Kiau VS PKR Fuziah Salleh
    (PKR Menang - bertambah kerusi melayu dlm parlimen)

    Parlimen Kota Raja - BN Vigneswaran VS PAS Dr Mariah Mahmud
    (PAS Menang - bertambah kerusi melayu dlm parlimen)

    Parlimen Bandar Tun Razak - BN Tan Chai Ho VS PKR Tan Sri Khalid
    (PKR Menang - bertambah kerusi melayu dlm parlimen)

    Kalau DAP atau PKR kalah di kerusi tu, Biasanya calon yg menang di kerusi tu MCA atau MIC. Melayukah MCA dan MIC ni??

    ORANG MELAYU TELAH DIPERBODOHKAN OLEH UMNO DALAM ISU MELAYU.

    Grik, Perak - PAS Hj Md Noor vs Tan Lian Hoe (Hj Md Noor Kalah)
    (73% pengundi Melayu) wow.... senario gila dlm sejarah orang melayu.

    Air Hitam - PAS Hj Husin Sujak vs Wee Ka Siong (Hj Husin Kalah)
    (56% pengundi Melayu) Orang melayu UMNO undi siapa???

    Smpg renggam - PAS Ust Atan vs Teng boon soon (u. atan kalah)
    (54% pengundi melayu) orang melayu UMNO undi siapa.

    Ada 17 lagi kerusi parlimen menyaksikan pertembungan BN bukan melayu dengan PR melayu. Calon PR kalah di semua 17 kerusi ini. Semua kerusi tu adalah majoriti pengundi Melayu.

    Inikah yg dikatakan memperjuangkan melayu ?

    ReplyDelete