Friday, May 11, 2012

KARPAK SINGH BERI KATA DUA LAGI PADA HADI....


"Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan," Karpal Singh dalam satu kenyataan hari ini.

Karpal dalam pakatan ibarat macam Mahathir waktu pegang pengerusi BN. Bila kecoh-kecoh, gaduh dan cakap bukan-bukan, sekali saja Mahathir bercakap, MIC, MCA dan Gerakan terus terdiam dan tunduk bisu. Takut dan hormat.

Karpal sudah beberapa kali memberi amaran kepada Hadi dan pemimpin PAS, langkah mayat dia dulu jika mahu laksana hudud. Bila kena warning, maka PAS pun terkial-kiallah mencari sirah dan alasan yang kelihatan mirip kepada agama dan mirip kepada keadilan sejagat. Maksudnya DAP pun sejuk hati, ahli PAS di bawah pun boleh menerima kerana kononnya masih tak lari dari ajaran Islam sebenar.

Inilah nasib badan PAS sejak jadi rakan mentimun DAP. Digelek penyet, menggelek kepet.

Jika itulah gambaran imej Islam sebenar, maka jelas, kelihatan Islam itu seperti agama yang hina, sentiasa diperkotak-katikkan. Tapi sedarlah, Islam itu sebenar-benar suci dan tiada agama yang boleh dibandingkan dengannya.

Hinanya Islam pada pandangan Karpal dan rakan harbi yang lain adalah disebabkan oleh pendekatan Islam yang dibawa PAS. Kesilapan pendekatan PAS telah menyebabkan Islam sebenar menjadi mangsa dan turut dianggap hina dan diperlekehkan oleh golongan Karpal Harbi & co.

Apa agaknya hukuman tuhan kepada penganutnya yang menjadi punca hingga Islam yang suci telah dianggap hina? Islam melarang zina dan liwat. Pengamal liwat telah menyebabkan Islam kelihatan hina, apatah lagi apabila pengamal liwat tersebut telah mencipta pelbagai hukum dan fatwa baru bagi membersihkan diri.

Samalah seperti tindakan Hadi yang bertaklid dan berfatwa ikut suka dan ikut masa sesuka hati sehingga bukan saja orang kafir bertambah jauh, malah orang Islam menjadi bertambah keliru. 

Tidakkah tindakan menambah keliru masyarakat ini hanya akan menambah pelbagai fitnah hina kepada Islam itu sendiri?

Hadi Awang... Untuk makluman, jika kamu terlalai...islam itu bukan untuk digunakan sebagai perisai dan kubu pertahanan untuk menyelamatkan atau mendaoat kuasa pemerintahan. Islam sepatutnya diamalkan semata-mata disebabkan perintah Allah dan bukan disebabkan untuk mewujudkan "keserasian" perjuangan dengan DAP bagi tujuan menumbangkan UMNO.

PAS kena betulkan semula niat....Biarlah semata-mata kerana Allah. Sembahyang pun kalau niat bercampur kerana Allah dan kerana nak datangkan kekayaan, itu pun sudah dikira salah.

Apa lagilah jika niat nak laksanakan hudud kerana Allah dan pada masa yang sama pasang niat untuk jatuhkan pemerintah Islam sediada hingga sanggup bergabung dan akur cakap DAP. 

2 comments:

  1. PAS LUPA KOT KEDUDUKAN DIORG DALAM PAKATAN.PAS NIE TUGAS DIA DIJALANAN JER.TUKANG TAMPAL POSTER,BUAT PERARAKAN,ANGKAT2 MEJA...TUE LAH REALITINYA

    ReplyDelete
  2. maka dengan bangga mereka boleh kata "INILAH HASIL TARBIAH DARI PAS" - atau "PAS KENA TARBIAH?" sendiri mahu ingat lah

    ReplyDelete