Thursday, May 10, 2012

NAJIB SUDAH YAKIN UNTUK BUBAR PARLIMEN!!!


Kajian terbaru ini menunjukkan terdapat 30% golongan pengundi atas pagar.

Dalam entri saya yang lepas menyebut pengundi atas pagar ini lebih rasional penilaiannya berbanding dengan penyokong tegar ke dua-dua belah pihak. Mereka ini lebih cenderung memikirkan parti manakah yang lebih berupaya menjamin status kedudukan mereka hari ini. Mereka tidak minat politik. Mereka hanya bertindak sebagai pengundi semata-mata dan tidak mahu terlibat dengan mana-mana parti politik. Ada kalangan mereka yang terlalu menyampah dengan hal-hal politik. Mereka menyampah melihat pemimpin parti politik yang keterlaluan dan berpolitik tak sudah-sudah.

Di antara perkara yang akan menyebabkan pengundi atas pagar bertambah menyampah, ialah;

1. Demonstrasi "duduk dan bantah" yang telah bertukar menjadi demonstrasi "sepak, terajang, maki dan rosakkan harta benda awam dan kerajaan".
2. Lebih bertambah menyampah bila Anwar dan para penipu yang lain menuduh pihak polis yang ganas dan zalim, sedangkan jelas berlaku, kereta polis yang banyak punah.
3. Propaganda Bersih 3 yang berlebihan sehingga sanggup mennyalahgunakan masjid nabawi dan masjidil haram semata-mata mahu memberitahu dunia Islam kononnya pemerintah Malaysia sudah terlalu zalim. Rakyat Mesir yang bangkit menjatuhkan kerajaan mereka pun tidak sanggup untuk berdemo hingga ke Mekah dan Madinah. Mengikut rekod, hanya golongan pentaksub syiah Iran saja yang pernah mengambil kesempatan menggunakan musim haji untuk mengganas.
4. Ambiga sangat dibenci oleh majoriti orang Islam di negara ini kerana banyak tindakannya jelas menghina Islam seperti memperjuangkan murtad, lesbian, biseksual dan seks bebas. Pencapaian tertinggi Ambiga setakat ini ialah kejayaannya memalitkan kekotoran perjuangannya di kota suci umat Islam, mekah dan madinah, dengan cara mengkudakan penuntut pengajian Islam di Arab Saudi sendiri.
5. Kes menyimbah air "kelimbahan" ke muka sendiri melalui pelbagai kantoian tayangan video yang dilakukan oleh Anwar dan Azmin, adalah faktor paling besar yang akan menjauhkan pengundi atas pagar dari Pakatan Rakyat. Kejadian mirip si tanggang yang membelenggu Azmin adalah merupakan "klimak"  kepada kebencian pengundi atas pagar terhadap pakatan.

Banyak dan berjela-jela lagi jika mahu ditulis antara faktor-faktor yang menyebabkan pengundi atas pagar akhirnya akan bertindak menjauhi pakatan.

Cukuplah setakat ni...

3 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    TUNGGU..

    30% atas PAGAR itu penting diMASUKkan ke dalam 49% penyokong UMNO/BN.. Kira-kira MATEMATIK yang MUDAH - kalau 21% yang TIDAK sokong UMNO/BN dapat 'FULLY' 30% itu, tak ke KALAH UMNO/BN?

    Patutnya golongan atas PAGAR ni biarlah 10%-15% aje..

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Tiada satu pun penilaian sdr KNKB dari 1-5 yg betul, semuanya mengarut dan fitnah belaka, ini juga menyebabkan org atas pagar menyampah kpd blog KNKB ini sama seperti menyampahnya kpd utusan meloya.
    Cumanya kesedaran tersebut berlaku selepas PRU nanti, diketika itu para penganalisis di TV selepas diumumkan keputusan PRU kelak akan berkata bahawa kejatuhan kerajaan BN adalah disebabkan oleh tindakan penulis blog seperti KNKB dan akhbar utusan dll yg menulis utk mengampu kerajaan demi habuan dan selain itu untuk syok sendiri sahaja.
    Akibat tindakan tersebut menyebabkan pengundi atas pagar menyampah selain bersimpati kepada PR dan terus mengundi PR menyebabkan PR berupaya membentuk kerajaan........... Padan muka hampa semua.......

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. Esok kono sambung ni.. mano cukup.. sonaraikan bia sampai tigo kajang..

    Tigo kajang? Faham ko dio oghang tu..??

    ReplyDelete