Thursday, May 10, 2012

TAUBAT SAJA TAK CUKUP..PAS KENA MINTAK AMPUN PADA TUN M!!


Sehubungan dengan sikap Hj Hadi dan para pemimpin PAS yang secara rasminya telah terbukti bertabiat suka mempermain-mainkan hukum Allah setiap kali menjelang pilihanraya, maka sampailah ketikanya giliran para pengikut taksub PAS pula membuat keputusan. 

Keputusan samada, mahu turut serta bersubahat dengan para pemimpinnya untuk menjadikan hukum Allah yang suci sebagai barang mainan politik, atau berundur dan beristighfar dengan segala kesilapan lalu kerana Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.

Bermula dari saat ini, PAS berhentilah membuat tuduhan mengatakan UMNO menolak hudud, UMNO kufur, UMNO tolak agama, UMNO parti sekular atau parti ular kerana lidah para pemimpin PASlah yang jelas bercabang mirip seperti lidah ular.

1 comment:

  1. ....bila nak dapat H(UNDI), orang melayu umno akan JAJA agama!.....dan mereka akan BERTAMBAH H(alim)!!

    hahahhahahah....h(alim!)....

    ReplyDelete