Thursday, May 10, 2012

AKHIRNYA HJ HADI & PAS TUNDUK DENGAN TUN M!!!

Keratan daru artikel dinturtle

Kali ni haji Hadi kata Hudud hanya dilaksana jika cukup syarat.  Hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak). 

"Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu. 

"Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan. 

Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.

"Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan," 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam.

                                           **************************
Mari tilik semula Fatwa Hj Hadi 30 tahun yang lalu, berbunyi;

“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”

Komen Kepal Nasi;
1. Pindaan pandangan dan kaedah perjuangan Islam mutakhir yang dibawa oleh PAS ini tidak lebih dari tindakan ulangan dalam mempermainkan segala hukum Allah dan uslub pendekatan Islam.
2. Pindaan prinsip perjuangan Islam ini juga memberi makna bahawa PAS mengakui selama ini secara tersirat akan kebenaran prinsip pendekatan Islam yang dibawa oleh UMNO kerana itulah yang selama ini telah dan sedang diamalkan oleh UMNO.
3. Dengan pindaan ini, maka Fatwa politik suku agama suku Hj Hadi secara automatik telah menjatuhkan kafir terhadap prinsip perjuangan PAS yang terbaru ini. Bermakna, hanya setelah 30 tahun fatwa ini dikeluarkan, barulah Allah membalikkan semula tuduhan kafir terhadap orang lain kepada si penuduh.
4. Semua ini membuktikan betapa adil dan maha kuasanya Allah.

2 comments:

  1. akhirnya salah bn jugak...lepas takder point lain guna gaji minimum..sepanjang 20 tahun pas dok sibuk dengan hudud tak der pikir ke semua tu ke sepanjang 20 tahun duk buat fitnah je?

    ReplyDelete
  2. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    ReplyDelete