Tuesday, May 15, 2012

NANDEK AMBIGA LEBIH POWER DARI KESAN SUJUD DI DAHI ULAMAK PAS!!!


Tunku Aziz keluar DAP kerana tidak setuju dengan pendekatan politik dengan cara melanggar undang-undang negara yang dilakukan oleh pembangkang. Tuanku Sultan Johor murka dan kecam perhimpunan kotor bersih yang melanggar undang-undang. Majlis Fatwa Kebangsaan keluar fatwa demo kotor bersih itu haram.

Pembangkang pula umum akan buat bersih 4 dengan sasaran sejuta rakyat akan keluar demo. Demo bersih bertujuan untuk bantah SPR tapi bersih 4 dibuat bertujuan untuk paksa kerajaan buat PRU13 cepat. Bengong!

Nik Aziz sedang giat memansuhkan fatwa majlis fatwa kebangsaan dengan bertindak mengecam kenyataan Ust Harussani. Nik Aziz mengaku keluar duit bantu bersih 3. Peserta Bersih guna masjid nabi dan masjidil haram untuk promosi bersih dan beri gambaran buruk terhadap kerajaan Malaysia dengan harapan Nabi Muhammad saw juga akan turut bersama memberi syafaat dan mendoakan kejayaan kegiatan untuk menghancurkan kerajaan Malaysia.

Mungkin rombongan bersih ke masjid nabawi juga bertujuan untuk memberi mesej kepada Nabi Muhammad saw bahawa larangan dan laknat perlakuan umat nabi lut sudah tidak lagi relevan pada hari ini. LBGT dan kebebasan menukar agama mesti diperjuangkan dan tiada sesiapa berhak mengongkong hak asasi setiap individu. Usaha mempromosi LBGT ini menjadi lebih berkesan dengan menjadikan SPR sebagai tunggangan dan cacian masyarakat.

Maka perjuangan Ambiga dalam mempromosi kegiatan LBGT dan murtad harus dibawa sehingga ke dalam masjid nabawi. Selepas berdoa di Raudah, bersebelahan makam Nabi saw, peserta demo bersih pimpinan Ambiga ini memohon doa di depan kaabah pula sambil bertawaf agar perjuangan Ambiga direstui oleh Allah swt.

Bagi PAS pula isu LBGT dan murtad adalah isu yang berasingan. Ambiga harus disokong dan dibantu terlebih dulu, dalam menjayakan kempen bersih melalui demo jalanraya walaupun hakikatnya ia adalah percubaan untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan pintas tanpa melalui pilihanraya.

Keberanian PAS dalam memperjudikan prinsip agama untuk sementara waktu menjelang PRU13 demi untuk menjatuhkan umno sangat-sangat mengujakan pelbagai pihak, khususnya DAP.

Jika Allah dan rasulNya merestui demo, doa dan ibadat peserta bersih di masjid nabi dan masjidil haram tempohari, maka akan berjayalah perjuangan asas Ambiga untuk menghalalkan LBGT dan amalan murtad dengan berlindung di atas nama bersih yang menuntut piliharaya secara bersih.

Akhirnya "nandek" Ambiga berjaya mengkudakan tanda hitam bekas sujud di dahi ulamak-ulamak PAS.

Agak-agaknya macam tu la lebih kurang....

No comments:

Post a Comment