Monday, May 14, 2012

SAKSIKAN ANWAR DAN NIK AZIZ BERDUET FATWA PUJANGGA!!!

Nik Aziz nasihat Ust.Harussani jangan campur urusan politik. Baru petang semalam PAS cakap politik ada dalam Islam. Hari ni dah cegah pulak Harussani campuri urusan politik.

Anwar pula tempelak Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan haram yang dilakukan di luar batas undang-undang atas alasan demo yang sampai kereta polis diterbalikkan itu bertujuan untuk menyeru kepada kebaikan.

Serakat berita ini ditulis, belum pernah lagi Pas bersetuju dengan nasihat dan pandangan yang diberi oleh orang lain melainkan akan ditempelak balik segala nasihat dan pandangan itu.

Anwar ni tak payah komen sebab kalau komen, bermakna kita samalah kepala batu macam dia. Sebarang tindakan akur dari Anwar adalah termasuk di dalam sifat mustahil Anwar. Tapi bukan sifat 20 ya. Jangan salah faham.

Psstt... Rakyat diingatkan supaya jangan fikir sangat tentang fatwa Nik Aziz dan Anwar ni jika mahu iman anda selamat dan tidak terjebak dengan budaya memperalatkan hujah agama untuk menghalalkan tindakan yang haram dan membenarkan segala yang salah.



No comments:

Post a Comment