Monday, May 14, 2012

TUN M KERAS HATI, ANWAR KERAS KEPALA..

Mungkin sebahagian pemimpin UMNO memandang rendah perjuangan melalui platform kebebasan dan hak asasi manusia. Sebaliknya, pihak pembangkang menjadikan isu hak dan kebebasan individu ini sebagai antara platform terpenting dalam usaha mereka meraih sokongan rakyat.

Penulis sendiri pun turut hairan kenapa pembangkang lebih fokus kepada gerakan kebebasan hak ini. Bebas bersuara, bebas berhimpun, bebas berdemo dan segalanya dikaitkan dengan hak setiap individu. Setiap Individu ada hak sebagai seorang warganegara, sebagai penganut sesuatu agama, sebagai pelajar, sebagai mahasiswa dan pelbagai lagi sebagai itu dan ini. Kerajaan yang memerintah harus akur. Sebarang larangan membuktikan sesebuah kerajaan itu mengongkong, mengawal, kuku besi, menindas dan pelbagai label lagi akan diberi.

Gerakan ini sudah diterima dan sudah pergi lebih jauh lagi. Hak melakukan seks bebas, hak kebebasan pergaulan tanpa batas, hak kahwin sejenis, hak seks sejenis dan pelbagai lagi hak-hak melampaui batas tabie sebagai manusia turut dituntut dan dipromosi oleh NGO dan disokong pula oleh pihak pembangkang.

Rupa-rupanya penulis tersilap. Penulis tidak sedar bahawa kelompok yang menuntut hak melampaui garis agama dan luar tabie ini sebenarnya sangat ramai. Cuma mereka belum sampai ke bilangan majoriti. Lebih memeranjatkan, rupanya, ramai yang bersimpati dan bertolak ansur serta memahami aspirasi kelompok ini. 

Yang mempertahankan dan memperjuangkan kelompok ini bukan calang-calang orang. NGO Profesional, peguam, pemimpin pembangkang dan paling menakjubkan ia turut dilindungi oleh para pemimpin yang kononnya mahu mendaulatkan hukum islam dan hudud di negara ini.

Gilo. Memang gilo.

Padanlah ramai anak muda yang berpeleseran, merempit dan tidak kenal adat, agama dan susila bangsa apabila ditanya pendirian politik, mereka kata menyokong PKR kerana PKR memperjuangkan hak dan kebebasan kami. PKR memahami aspirasi golongan muda. Kerajaan UMNO tidak faham hak dan nasib golongan muda seperti kami. UMNO asyik nak sekat PKR yang begitu prihatin dengan kehendak dan citarasa kami golongan muda.

Padanlah PKR dan pemimpin seperti Anwar dan Azmin begitu popular di kalangan golongan muda yang berpeleseran di tepi-tepi jalan hari ini.

Kalau kerajaan pimpinan Najib tidak tegas dalam membendung kecenderungan memperjuangkan hak asasi songsang yang sedang digerakkan oleh pembangkang ini, tidak mustahil, ia akan mendapat sokongan rakyat melalui "pengkudaan" pelbagai isu yang menarik minat dan simpati rakyat seperti percubaan menjahanamkan imej polis dan SPR yang sedang giat dilakukan.

Najib perlu tegas seperti Tun M yang begitu tegas memecat Anwar dari semua jawatan parti dan kerajaan suatu ketika dulu, walaupun sebahagian besar rakyat, malah pemimpin UMNO sendiri tidak faham apa dan kenapa Tun M bertindak tegas dengan Anwar.

Tun M sanggup menghadapi apa juga natijah dan musibah dari keputusannya demi maksud mempertahankan negara dan rakyat dari terjerumus ke lembah kehancuran walau pun rakyat belum memahami rasional tindakannya.

Terbukti. Ketegasan keputusan Tun M kerap kali telah menyelamatkan negara ini dari dihancurkan oleh musuh samada melalui jalan demokrasi mahupun anarki.

2 comments:

  1. Kita imbau kembali semasa zaman Tun M menjadi Menteri Dalam Negeri berganding dengan KPN yang berkarismatik seperti Tun Haniff, TS Rahim Noor dan TS Musa Hassan dan bandingkan dengan Menteri Dalam Negeri dan KPN sekarang saudara akan dapat jawapannya!!!

    ReplyDelete
  2. anwar bukan saja keras kepala tetapi keras batang.hihi

    ReplyDelete