Tuesday, July 24, 2012

BENARKAH EKONOMI MALAYSIA SEDANG MERUDUM?


Sumber di atas dipetik dari blog Dr Novandri,MiM.

Negara yang terkenal dengan ketinggian kadar rasuah jarang diiktiraf oleh dunia antarabangsa, terutama sekali oleh akhbar seperti wall Street Journal.

Negara yang pemimpinnya mabuk rasuah, ekonominya tidak akan berada di landasan yang betul.

Negara yang tidak stabil dan aman juga jarang sekali mampu meletakkan asas ekonomi yang kukuh untuk negara dan rakyat mereka.

Negara yang dipimpin oleh pemimpin yang tidak mampu mentadbir dan tidak berupaya membuat keputusan yang betul untuk negara mereka juga tidak akan mampu meletakkan asas ekonomi yang kukuh untuk faedah rakyat.

Tapi semua faktor yang boleh menjerumuskan negara kearah kehancuran ini tidak berlaku di negara ini.

Apa yang berlaku ialah kadar pertumbuhan kebencian yang tinggi di kalangan pembangkang di negara ini telah menyebabkan sebilangan rakyat sering gagal menerima hakikat bahawa Umno dan BN tetap berjaya meletakkan negara dan rakyat di negara ini di landasan yang benar dan betul.

No comments:

Post a Comment