GLC Kedah, PKNK dapat tawaran 500,000 unit saham FGVH pada harga RM4.55 se unit.
Peneroka Felda yang menentang penyenaraian FGVH patut pertikaikan, atas alasan apa PKNK ditawarkan saham sebegini banyak sedangkan mereka hanya ditawarkan sebanyak 800 unit saham setiap peneroka. (Walau pun pada hakikatnya 112,000 peneroka turut diperuntukan 20% dari keseluruhan lebih 4 billion saham berjumlah hampir 1 billion melalui syarikat SPV)
Pakatan pembangkang yang menjadikan isu penyenaraian ini sebagai modal politik dan menghasut peneroka supaya menentang penyenaraian FGVH juga patut desak PKNK pulangkan semula saham FGVH ini kepada peneroka, kerana ia adalah hak peneroka.
Dua perenggan ayat di atas akan terpacul dari mulut sesiapa saja kalangan yang buat-buat mahir tentang selok belok saham dan IPO!
Kalau tak faham pasal saham dan IPO itulah bunyinya kritikan dan tuduhan melampau yang tidak henti-henti ditujukan kepada BN dan Pengerusi Felda tanpa mengetahui persoalan asas apa itu IPO.
Yang paling banyak bercakap dan mengkritik adalah orang yang tidak faham selok belok penyenaraian awam. Itu sebab penyenaraian FGVH ini dikritik tanpa henti kerana tidak ramai yang faham mekanisma penyenaraian dan benafaat pelaburan melalui penyenaraian awam.
Tapi bagi yang faham soal keuntungan dan pelaburan saham seperti PKNK, sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendapat benafaat dari penyenaraian awam yang dibuat terhadap FGVH yang mencatat rekod sebagai penyenaraian terbesar selepas facebook.
Bagi yang faham soal saham dan pelaburan pulak, tapi masih mahu menentang seperti puak pakatan haram, mereka bukan menentang kerana mahu menyelamatkan hak peneroka, sebaliknya mereka hanya mahu memanipulasi ketidakfahaman peneroka dan rakyat tentang soal penyenaraian FGVH.
Yang penting, apa saja isu mesti dimanipulasi...asal dapat undi.
No comments:
Post a Comment