Wednesday, August 8, 2012

ADA ULAMAK YANG LEBIH DULU MASUK NERAKA DARI PENYEMBAH BERHALA!!

Fatwa terbaru Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan;

PAS Kelantan tidak menafikan adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun dibolehkan untuk menjatuhkan kerajaan BN yang diterajui UMNO.

Hukum itu boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu.

Kita sedia maklum UMNO dan BN menolak perjuangan Islam dan hukum hudud.

Kalau tidak undi DAP kita tidak boleh menang jadi kita memerlukan satu gabungan yang besar untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN - Utusan Malaysia, 8 Ogos 2012 yang dipetik dari blog Gelombang wangsa maju.

Tiada kenyataan pemimpin UMNO sejak merdeka yang setaraf dengan ketegaran kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh yang minta di langkah mayatnya terlebih dulu jika PAS bertegas mahu laksanakan negara Islam.

Malahan ungkapan Karpal Singh tersebut sama tegarnya dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Abu Jahal sewaktu Nabi Muhammad Saw memulakan dakwah Islam.

Tetapi, demi untuk menghalalkan pakatan "tidak syarienya", PAS sanggup mencari ayat berpusing-pusing yang mana akhirnya hanya bertujuan mahu supaya tindakannya dilihat halal oleh manusia, dan bukan halal di sisi Allah swt.

Penentangan secara tegas keluar dari mulut Karpal Singh, tetapi UMNO pula yang dicap sebagai "sudah sedia maklum memang menentang perjuangan Islam".

Celah mana UMNO menolak Islam hingga dikatakan "sudah sedia maklum" memang menentang Islam?

Sedia maklum menolak Islam sama maksudnya dengan menolak persaksian kalimah syahadah. Ia bermaksud UMNO terkeluar dari Islam atau UMNO dan ahli UMNO tidak pernah Islam selamanya.

Walaupun benar UMNO dan ahlinya tidak Islam, ia hanya baru setaraf dengan status Karpal Singh dari segi parsaksiannya terhadap Allah dan rasul.

Jika begitu keadaannya pun, UMNO masih lebih baik dari Karpal Singh kerana walaupun Umno sama kafirnya dengan Karpal, tetapi Umno tidak pernah mengeluarkan fatwa seperti Karpal yang sedia dilangkah mayatnya jika Pas meneruskan hasratnya untuk mewujudkan negara Islam.

Jadi kenapa dan atas justifikasi apa Pas masih tetap berkeras sedia bersekongkol dengan DAP dan Karpal dan pada masa yang sama menolak menyptah-mentah sebarang kerjasama dengan Umno?

Pas sanggup bersangka baik dengan DAP dan Karpal tetapi menolak mentah-mentah sebarang sangkaan baik terhadap UMNO, walaupun di dalam hati setiap ahli UMNO masih ada sebesar zarah persaksian kalimah Lailahaillallah.

Sedarkah PAS bahawa akhirnya akan dimasukkan ke syurga juga bagi sesiapa yang terdapat walaupun sebesar zarah kalimah syahadah di dalam dada. Dan, sedarkah PAS bahawa akan kekal selama-lamanya di dalam neraka bagi sesiapa yang tiada sekelumit pun kalimah syahadah di dada?

Begitu pengasih dan penyayangnya sifat Allah kepada hambaNya!!

Siapa PAS dan siapa majlis fatwa PAS yang memutuskan terlebih awal bahawa "sudah sedia maklum bahawa UMNO menolak Islam?

Sedarkah oleh ulamak PAS, bahawa barangsiapa yang tidak beramal dengan ilmunya dengan keyakinan, keikhlasan dan kejujuran yang benar kepada diri dan kepada Allah, akan dimasukkan terlebih awal ke neraka jahanam dari seorang penyembah berhala?

1 comment: