Friday, August 31, 2012

DR MAZA-NIK AZIZ JAMIN MELAYU ISLAM AKAN TETAP BERKUASA

Tanda-tanda besar kehancuran jati diri bangsa melayu dan penganut agama Islam sudah semakin jelas kelihatan.

Tapi pemimpin melayu dan Islam langsung tidak menampakkan rasa bimbang dengan kemerosotan yang sedang terjadi kepada kedudukan melayu dan Islam di negara ini.

Pemimpin Islam pembangkang sudah tidak peduli lagi akan semua ancaman ini, malah merekalah yang menjadi penyumbang terbesar kepada keruntuhan maruah dan jati diri orang melayu dan Islam di negara ini.

Pemimpin melayu yang sedang berkuasa pula seolah-olah tidak tahu lagi untuk menggunakan kuasa yang ada bagi mempertahankan apa yang masih ada. Mereka seperti berpelok tubuh dan membiarkan saja segala kemerosotan, ancaman dan keruntuhan budaya bangsa dan agama yang sedang berkembang melalui budaya politik gila yang sedang dipromosi oleh pihak pembangkang hari ini.

Pihak pemimpin melayu Islam pembangkang sudah mempunyai "persefahaman bersama" bahawa walau dalam keadaan apa sekali pun yang berlaku, pasti tidak akan menjejaskan kedudukan melayu dan Islam di negara ini, di atas alasan melayu dan Islam masih majoriti. Bagi mereka semua peringatan mengenai nasib bangsa dan agama ini hanyalah ugutan dan momokan Umno kerana takut kehilangan kuasa.

Sikap terlalu yakin pemimpin melayu Islam pembangkang terhadap keselamatan bangsa dan agama menampakkan seoalah-olah keruntuhan kuasa melayu di negara ini adalah sesuatu yang mustahil berlaku.

Pemerintahan kerajaan Islam yang dibawa oleh kekasih Allah sendiri pun boleh runtuh dan mengalami kemerosotan, inikan setakat kuasa melayu di tanah air. 

Siapa sangka kehebatan kerajaan Abbasiyah boleh hancur oleh kaum tar-tar (Tibet) yang begitu kecil?

Siapa sangka zaman pemerintahan Khulafah al Rasyidin peninggalan langsung dari Nabi Muhammad saw hanya mampu bertahan selama 32 tahun? 

Siapa sangka kerajaan Islam Othmaniah di Cordoba boleh hancur? Siapa sangka kerajaan melayu Melaka boleh dikalahkan Portugis dalam tempoh tak sampai sebulan?

Siapa Dr Maza dan siapa Nik Aziz yang begitu yakin dan memberi jaminan bahawa kuasa melayu dan Islam di negara ini tidak akan hancur? Atas jaminan dan sandaran apa mereka begitu yakin dan bercakap "mendahului tuhan" tentang untung nasib masa depan melayu dan Islam di negara ini?

Kesemua kerajaan besar Islam terdahulu jatuh disebabkan perpecahan dan pergolakan sesama umat yang berlaku terlebih dahulu. Sesudah umat Islam berpecah barulah kuasa ke 3 datang dan mengambil kesempatan untuk menguasai umat Islam dan tanah airnya.

Kalau kita dengar "gelembong" pembangkang, semuanya akan terjamin di bawah pemerintahan mereka. Bukan sahaja terjamin, malah akan lebih mantap lagi walaupun DAP siang-siang sudah memberi amaran jangan sesekali nak wujudkan negara Islam. Jangan sesekali nak cuba laksana hudud.

Hanya satu yang benar-benar "terjamin" jika pembangkang berjaya memerintah negara, iaitu "dijamin negara akan lebih porak peranda" hasil dari persefahaman ala "anjing-kucing-serigala" yang dimeterai di antara PAS-DAP-PKR.

Tanda akhir kiamat antaranya termasuklah apabila kucing, anjing dan serigala boleh duduk sekandang. 

4 comments:

  1. sekadar pandangan...
    Sehubungan dengan terlalu beryakinan oleh DrMaza dan Tok Guru yang umat kuasa Islam masih utuh walaupun diancam hebat oleh DAP,PKR dan PAS sendiri, kita orang Melayu yang berstaus `silent majority' ini harus barsatu dan berusaha. Senang sahaja. Ringan kerjanya. Semasa PRU13, keluar undi (jangan lupa Kad Pengenalan) dan pangkah BN. Saya merasa lebih yakin dengan BN yang setelah 55 tahun merdeka, mereka menunjukkan komitmen membangunkan negara dan agama Islam. Saya merayu kepada ibu bapa, abang adik, lelaki atau perempuan, demi Melayu dan Islam, kita undi BN. Ikutlah majoriti rakyat Malaysia yang mencintai keamanan. Kita tidak mahu DAP PKR PAS memansuhkan PTPTN untuk pelajaran anak adik kita. Kita tidak mahu mereka memperlekehkan hudud.Mereka anti Islam. Kita tidak mahu Malaysia menjadi pusat LBGT, takut dengan bala Allah. Tidak berdosa kita mengundi BN. InsyALLAH akan tercatit pahala disisi ALLAH.

    ReplyDelete
  2. salam..kau tak perasan ke bang?ddlm pilihanraya@usaha meraih undi.. mana2 parti yg tak nak "ambik" kerja Allah rakyat taknak undi mereka..kerja tu adalah "menjamin" nasib manusia lain..pas dan umno 2-2 buat jaminan yg SAMA, kau nampak pas je kenapa bang?sedih aku tengok kau bang..salam.

    ReplyDelete
  3. Dalam negara demokrasi golongan minorit boleh menjadi raja asalkan mempunyai kerusi yg lebih dalam Parliamen. Ini yg dulu berlaku di Fiji. Orang India menjadi Perdana menteri.

    Dalam Demokrasi sesudah keputusan dibuat, suka tak suka kenalah ikut sekurang-kurangnya untuk satu tempoh. Contohnya bila Mat Sapu terpilih sebagai Timbalan Presdien PAS... terima jelah.. Mungkin ada sejuta yg kurang bersetuju tetapi apakan daya wakli parti seramai 400 org telah menentukan nasib Mat Sapu sebagai Timbalan Presiden..

    ReplyDelete
  4. Apo pulak yg payah eee
    kito dah bg BN 55 tahun perintah
    cubo lah pulak bg org lain 5 tahun
    kalo x baguih tukar lah balik
    Kalo tak tak meraso BRIM, BR2M, KLIM, PLIM dan entah apo2 lai

    tu pun payah ko nak pokir......

    ReplyDelete