Friday, August 31, 2012

DS HISHAMUDDIN : I'M SICK OF "AMARAN"...

Percayalah...KDN tidak akan berbuat apa-apa, walau macam mana biadap pun tindakan setiap warganegara terhadap negara ini.

Bakarlah bendera Jalur Gemilang. Kamu tidak akan diambil tindakan.

Tukarlah design bendera negara ikut suka hati kamu. Kamu tidak akan dikenakan apa-apa tindakan.

Lontarkanlah apa saja perkataan atau ungkapan samada dalam bentuk menghasut, berbau rasis, anti agama atau anti negara. Kamu bebas melakukannya tidak kira masa dan tempat.

Kamu hinalah raja-raja melayu dengan apa perkataan pun. Tiada masalah.

Kamu cercalah pemimpin dan apa juga yang berkaitan dengan kepentingan negara. Kamu pasti terlepas dari sebarang bentuk tindakan undang-undang. Silap-silap kamu bukan saja terlepas dari hukuman, malah berkemungkinan kamu akan dapat perhatian yang positif dari kerajaan. Silap haribulan geran kerajaan pun kamu boleh dapat. Namewee dah buktikannya.

Untuk makluman tuan-tuan, akta ISA dah taada. Akta hasutan dah dipinda. Akta cetak pun dah masuk longkang. Akta rahsia rasmi tak tau, ada ke tak lagi.

Agensi penguatkuasa KDN pun mungkin sudah dibubarkan secara senyap-senyap.

Menteri KDN tak pasti wujud ke tak wujud lagi. Kalau tak silap pagi tadi ada nampak dalam TV sedang kibar Jalur Gemilang. Begitu bersemangat nampaknya.

Ketua-ketua agensi KDN seperti polis, FRU, Rela, PGA dan lain-lain lebih banyak keluar media buat kenyataan dari Menteri KDN sendiri. Segala kenyataan yang sepatutnya dibuat oleh seorang menteri, terutama yang bertaraf "sensitif dan tidak popular" sudah di "outsource" kepada semua ketua agensi sebagai langkah "main selamat" seorang menteri politik masa depan.

Akhirnya, Menteri KDN hanya berfungsi secara "ceremonial" macam kedudukan Raja-raja Melayu. Hadir dalam himpunan bulanan. Hadir dalam acara sambutan hari kemerdekaan. Hadir merasmikan mesyuarat-mesyuarat bahagian. Buat rumah terbuka eidulfitri. Hadir rumah terbuka hari kebesaran agama-agama. Gelak besar-besar dan berdekah-dekah. Dan lain-lain.

Itu saja fungsi Menteri KDN akhir zaman.

2 comments:

  1. Ya lh kn... Org mcm ko neh Kamarulzaman Kamdias, kerajaan Malaysia x kn ambil tindakan undang2 kt ko pn, tp ko tuh kena bg mati senyap2 jer!

    ReplyDelete